.

Live TV Warta Rakyat

11 June 2012

Sah pemimpin Sabah ini keluar BN?! cc @anwaribrahim @NajibRazak





KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menyifatkan dakwaan kononnya beliau mahu meninggalkan Umno hanya spekulasi.

Beliau yang menyangkal khabar angin berkenaan berpendapat bahawa kelantangan dirinya menyuarakan permasalahan rakyat Sabah menyebabkan wujudnya berlaku tanggapan sedemikian.

"Saya tidak pernah beritahu saya akan tinggalkan Barisan Nasional. Ini (berita tersebut) cuma andaian kerana apabila saya bercakap seolah-olah macam pembangkang.

"Saya hanya bawa suara orang Sabah. Rakyat Sabah mahukan penambahbaikan," kata Ahli Parlimen Beaufort itu ketika ditemui di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya lagi, tidak semestinya apabila beliau lantang bersuara menunjukkan yang beliau mahu meninggalkan parti.

Namun begitu apabila ditanya wartawan apakah jawapannya itu muktamad, Lajim seolah-olah berteka-teki apabila menegaskan ianya belum muktamad.

"Dalam politik macam-macam boleh jadi," katanya.

Bersempena lawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah semalam, wujud khabar angin bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR.

Walau bagaimanapun kedua-dua tokoh politik Sabah berkenaan gagal dikesan menghadiri sebarang majlis sambutan Kaamatan di negeri itu semalam.-Sumber

Jom kita layan video ni petang-petang yang hangat nih 


0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM