.

Live TV Warta Rakyat

10 June 2012

Pen merah pen biru.Rafizi marah,dah kantoi leteww! @rafiziramli @KhaledNordin #PTPTN


Manusia boleh menabur janji seenaknya,namun untuk melaksanakannya,tidak ramai yang mampu.Itulah perumpamaan yang tepat untuk mengambarkan situasi yang berlaku di Unisel yang melibatkan tiga pihak iaitu Unisel,PTPTN dan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Negara digemparkan apabila PTPTN mengumumkan untuk membekukan sementara pinjamannya kepada Unisel.Banyak spelukasi yang dibuat dan yang pastinya paling mendapat tamparan hebat ialah Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli yang sebelum ini dilihat sebagai 'jaguh' dalam isu pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN.

Umumnya,rakyat Malaysia tertumpu kepada dua perkara iaitu :

1) Tahap keseriusan Pakatan Rakyat dalam cubaan melaksanakan janji mereka berkaitan pendidikan percuma
2) Bagaimana kerajaan negeri Selangor mengendalikan permasalahan ini


Seperti yang dijangka dan mengulangi skrip lama,kerajaan Barisan Nasional khasnya Menteri Pengajian Tinggi DS Khaled Nordin dituduh sebagai membalas dendam dan menjadikan mahasiswa di Unisel sebagai mangsa konfik antara kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat di Selangor.

Namun mungkin pengarah strategik PKR ini terlupa bahawa bossnya iaitu Anwar Ibrahim beriya-iya menghasut mahasiswa supaya tidak membayar hutang PTPTN-petanda jelas bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia mahu melaksanakan pendidikan percuma jika memenangi PRU 13 akan datang SECARA TEORINYA.

Namun dalam politik,teori sahaja tidak mencukupi.Ia perlu datang dengan pelaksanaan atau paling kurang sedikit pembuktian.Keseriusan janji PR ini diuji sedikit apabila PTPTN mengumumkan ingin membekukan pinjaman kepada Unisel.Apa yang berlaku ialah Rafizi melatah dengan melakukan tuduhan yang pelbagai untuk meletakkan kesalahan pembekuan itu dibahu DS Khaled Nordin.

Sebagai seorang Pengarah Strategik,Rafizi perlu melihat masalah yang datang sebagai satu peluang untuk membuktikan bahawa memang benar kerajaan Selangor mampu memberikan pendidikan percuma.Inilah masanya!Cuba anda bayangkan sebaik sahaja PTPTN membuat pengumuman,dengan lantang Rafizi membuat kenyataan seperti ini "Memandangkan PTPTN berhasrat membekukan pinjaman kepada Unisel,maka kami kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor akan memberikan pendidikan percuma kepada Unisel tanda komitmen kami terhadap janji-janji kami".Jika keadaan ini berlaku,bayangkan berapa banyak undi yang bakal "swing" kepada Pakatan Rakyat?Saya pasti cukup banyak kerana mereka telah menmberikan petanda awal bahawa mereka memang serius mahu memberikan pendidikan percuma kepada IPT di Malaysia sekiranya berjaya menawan Putrajaya-Unisel sebagai bukti awal.

Tetapi kita tahu Selangor dan Pakatan Rakyat tidak mampu memberikan pendidikan percuma bahkan muncul dengan satu tindakan populis iaitu dengan mengumumkan perutukan sebanyak RM30 Juta bagi mengantikan PTPTN yang telah dibekukan setelah gagal mendesak PTPTN membatalkan hasrat mereka-itupun setelah mereka PERLU DILIHAT OLEH RAKYAT sebagai 'berjaya' menyelesaikan masalah.

Kita sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat sering muncul dengan tindakan populist walaupun mereka tahu tindakan berkenaan mampu memberikan kesan yang buruk kepada mereka.Persolannya,mengapa baru kini kerajan Selangor terhegeh-hegeh mahu memberikan peruntukan bagi membantu mahasiswa Unisel?Adakah kerana sudah terdesak,mereka terpaksa menggunakan aset  yang sedia ada agar tidak dilihat sebagai GAGAL dalam menyelesaikan masalah?Adakah dengan isu PTPTPN ini baru kerajaan Selangor mahu 'prihatin' terhadap pendidikan mahasiswa dan adakah 'keprihatinan' itu wujud sebelum ini?Contoh-menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu menanggung SEDIKIT kos sara hidup mahasiswa Unisel  (elaun buku,kos yuran pengajian dan sebagainya).Sekali lagi Pakatan Rakyat menggunakan idea populist ketika keadaan sudah menjerut leher mereka-lihat isu air percuma di Selangor.Itu baru sedikit,adakah jika mereka berjaya mendapatkan Malaysia,segala-galanya akan digadai bagi membuktikan 'jaguhnya' mereka dimata rakyat Malaysia.Benarlah apa yang dikatakan oleh YB Khairy Jamaluddin bahawa penyebab kegawatan ekonomi di Amerika Syarikat ialah akauntan-merujuk kepada Rafizi Ramli ketika debat PTPTN.

Adakah sebenarnya Selangor benar-benar mampu untuk memberikan pendidikan percuma Unisel.Mari saya beri angka.Menurut statistik yang diberikan oleh Kementerian Kewangan.jumlah perolehan cukai langsung dan tidak langsung kerajaan Selangor pada tahun 2011 dan DIBERI KEPADA KERAJAAN PUSAT mencatatkan pendapatan sebanyak RM 15,427,000,000 manakala perbelanjaan untuk mengurus dan membangunkan negeri itu pada 2011YANG DIBERI OLEH KERAJAAN PUSAT KEPADA KERAJAAN NEGERI Selangor adalah sebanyak RM 15,638,559,857 iaitu LEBIH RM 211,559,857 daripada jumlah kutipan cukai.Jadi jika perbelanjaan pengurusan dan membangunkan negeri pun masih bergantung harap kepada kerajaan pusat,bagaimana mahu memberikan pendidikan percuma?Jadi sememangnya Selangor TIDAK MAMPU untuk memberikan pendidikan percuma kepada Unisel dan kerana itulah Rafizi tidak berani untuk mengumumkan pendidikan percuma apabila PTPTNmengumumkan untuk membekukan sementara pinjaman kepada Unisel kerana beliau sememangnya SEDAR AKAN REALITI ekonomi Selangor.Malahan beliau menuding jari menyalahkan pihak lain.Itu belum lagi jika kerajaan Selangor ingin menyalurkan dana sebanyak RM 30 juta seperti yang dijanjikan.Makin banyaklah beban yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan pusat demi melaksanakan misi TERPAKSA kerajaan Selangor.

Saya berpendapat tidak  timbul soal DS Khaled Nordin menjadikan mahasiswa sebagai mangsa kerana pada saya isu ini sebenarnya menunjukkan keterbukaan kerajaan Barisan Nasional untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi kerajaan Pakatan Rakyat dan memberi peluang yang cukup cerah untuk Pakatan Rakyat di Selangor melaksanakan pendidikan percuma.Jika kerajaan hari ini menggunakan pendekatan populis,sudah tentu apa sahaja yang dibawa oleh Pakatan Rakyat akan dilawan oleh kerajaan Barisan Nasional dengan idea yang lebih populis!Dalam hal ini kerajaan Barisan Nasional menyerah kalah kerana masih belum mampu memberikan pendidikan percuma.Jadi tunggu apa lagi kerajaan Pakatan Rakyat Selangor?Buktikanlah anda lebih baik!-Sayangnya mereka gagal membuktikan mereka lebih baik.

Saat ini Rafizi sudah mampu menarik sedikit nafas lega kerana PTPTN sudah pun menarik balik cadangan untuk membekukan pinjaman namun apa yang tertinggal ialah kerajaan negeri Selangor tetap dengan keputusan memberikan RM30 juta bagi menampung keperluan mahasiswa Unisel.Apa boleh buat,terlajak perahu boleh undur,terlajak kata padah akibatnya.Hndak atau tidak mereka terpaksa juga memberikan RM 30 juta itu bagi mengelakkan mereka menanggung malu yang besar!Jadi rakyat mahu melihat adakah mereka benar-benar mahu mengeluarkan wang itu dan teka teki samada perkara ini akan disenyapkan dengan isu lain akan diketahui dalam 2 atau tiga bulan lagi.Namun jangan ingat rakyat Malaysia semuanya pelupa.Mereka akan tuntut!

P/S : PKR harus mengkaji semula kedudukan Rafizi Ramli sebagai Pengarah Strategik PKR kerana tindakannya yang bakal merugikan Pakatan Rakyat.Saya?Hanya melihat lawak politik dalam Pakatan Rakyat

-Brader Jai-




2 comments:

  1. Salam brader jai..
    Blog anda sgt best.. As a mahasiswa, i do need this kind of blog, bnyak info2 yang mnarik and berguna. dgn bloglist, media kampus tu make me tertarik untuk ambil thu ttg ipt2 yang lain.. and sebagai rakyat Malaysia yang bakal mengundi tahun depan, ur penulisan really helped me. :)
    InsyaAllah, i'll share this blog with my friend.. Woha! GOOD JOB and WELL DONE!
    sekarang ni... most of rakyat malaysia macam "tak reti nak bersyukur".. bukan nak mengutuk, tapi melihat on how they hentam kerajaan yang dah bg macam2..tak ke rase cegitu..Huhu.. Sedih tengok diorang yang taksub sgt dengan politik tapi sikit pun tak buat research. .ohoii...pnjgnye comment.. ;P
    apa2 pun...tahniah..! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq miss :) i'm glad to hear that.i'll follow your's too :)

      Delete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM