.

Live TV Warta Rakyat

10 June 2012

Gempar!Pak guard didakwa raba buah dada dan kemaluan gadis mualaf!



Seorang pengawal keselamatan Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam atas tuduhan mencabul seorang kanakkanak mualaf.

Dia dituduh berbuat demikian di sebuah Pusat Perkhidmatan Saudara Baru, Lorong Pandan, hujung tahun lalu.Mat Radzi @ Mat Razdi Darus, 60, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang didakwa terhadapnya di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman.

Berdasarkan pertuduhan, Mat Radzi didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang perempuan berusia 11 tahun dengan niat mencabul kehormatannya iaitu meraba buah dada dan kemaluan mangsa.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Nurul Huda Jalan Kesidang, Taman Kesidang Seksyen 2 antara Disember 2011 dan Mac 2012.

Warga emas dari Tanjung Kling itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau manamana daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi ketika pendakwaan meminta mahkamah memberikan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin-Sumber

Cerita selanjutnya sila klik sini

Brader- Ape nak jadi la.Orang tu baru je peluk Islam dan dianiaya oleh orang Islam sendiri!

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM