.

Live TV Warta Rakyat

12 May 2012

Jelajah Destini Anak Bangsa 2012 di mata gua cc @datosahol @NajibRazak @JelajahDestini



Hari ini masuk hari ketiga Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB2012) Fasa 2 yang telah bermula pada 9 Mei 2012.Gua telah diberi kesempatan untuk membuat liputan mengenai jelajah ini.Ada beberapa pandangan yang ingin gua utarakan mengenai jelajah ini selepas masuk 3 hari pelancarannya

Pertamanya ingin gua ucapkan tahniah kepada pihak yang menganjurkan jelajah ini iaitu Gerakan Destini Anak Bangsa (GDAB) dengan kerjasama UiTM kerana mengajurkan program yang sebegitu baik pada gua bagi mencari seramai mungkin anak-anak Melayu dan Bumiputera yang kurang bernasib baik bagi meneruskan pengajian mereka di UiTM.Juga jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang merupakan penaung kepada jelajah ini.Ternyata slogan Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan diaplikasi sebaiknya dan dibuktikan melalui program-program transformasi kerajaan.

Keduanya gua nampak peranan mahasiswa dalam membantu kerajaan mencapai wawasan 2020.Gua bkan ape,kadang-kadang gua nampak sesetengah mahasiswa ni suka memencilkan diri bila masuk Universiti.Tak join aktiviti kolej,universiti apatah lagi nak join aktiviti yang dianjurkan oleh NGO dluar sana.Jadi macam-macam usaha dibuat untuk menarik minat golongan  sebegini.Jadi apa yang gua nampak ialah jelajah ini sebenarnya banyak memberi kesedran kepada mahasiswa UiTM sendiri atleast untuk menolong anak bangsa sendri.Gua sempat lah berborak dengan beberapa peserta yang menyertai jelajah ini dan ada antaranya yang jenis mahasiswa 3K (Kuliah,Kafe,Katil).Semasa menyertai program ini barulah mereka membuka mata pentingnya pranan mahasiswa dalam mmbentuk generasi akan datang.Pada gua kadang-kadang apabila kita berada diatas,kita sedikit alpa mengenai golongan-golongan yang tidak bernasib baik yang mahu menyambung pelajaran namun atas faktor-faktor tertentu,mereka membatalkan niat lantas bekerja.Jadi jelajah ni pada gua mmberi ruang seluas-luasnya kepada mahasiswa ini untuk mencari sendiri golongan-golongn seperti ini.Cuba kita bayangkan bila kita pegi ke sebuah rumah dan mendapati anak kepada pemilik rumah tersebut layak menyambung pengajian namun mungkin berdepan masalah kewangan.And then dengan hasil usaha kita,anak tersebut berjaya melanjutkan pengajian.Anda bayangkan bertapa besarnya jasa anda kepada keluarga tersebut.Walaupun tidak mendapat apa-apa ganjaran namun bagi gua,ganjaran terbaik ialah kepuasan apabila terpancar sinar kegembiraan kepada keluaga berkenaan.

Ketiga ialah gua lihat peranan aktif alumni UiTM sendiri walaupun telah bergraduasi,namun masih memikirkan mengenai destinasi anak bangsa pada masa hadapan.Gua lihat inilah generasi alumni yang ingin kita lahirkan iaitu alumni yang bergiat aktif sseperti mana aktifnyaa mereka semasa belajar dahulu.Gua tidak nafikan mmang ada alumni apabila tamat pengjian,mereka langsung tidak mengambil tahu hal ehwal dalam univrsiti.Jadi persoalannya,bagaima kita hendak melahirkan generasi alumni yang cakna dalam isu semasa kampus?Jadi gua memberi jawapan bahawa program seperti JElajah Destini Anak Bangsa inilah yang patut mahasiswa sertai kerana untuk membina "Jiwa" yang sentiasa segar dalam arena masyarakat ia perlu dibina sejak awal lagi.Jika mahasiswa sendiri dapat bersama untuk  mrasai denyut nadi rakyat,maka gua percaya dan yakin bahawa perjuangan ini akan terus segar wwalaupun dimana kita berada.

Jadi gua ingin membuat kesimpulan bahawa walaupun jelajah fasa kdua ini wlaupun baru masuk hari ketiga namun pelbagai resspon positif telah diterima oleh konvoi khasnya daripada masyarakat di luar bandar dan akan dimuatkan di didalam youtube nanti.Dengar cerita artis pun turut sokong jelajah ni?Jom kita follow blog rasmi http://jelajah-anak-bangsa.blogspot.com/  dan follow twitter @JelajahDestini

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM