Program Ikon Siswa di SMK Putri Wangsa,Johor Bahru
(Foto : Harapan Rakyat)
Ahli panel :
Syed Zulfakar (UTM)
Nur Farah Atirah (UPM)
Muhammad Hilal (USM)
Macam yang dinyatakan dalam tajuk artikel ini,adakah pelajar-pelajar takut akan kehadiran Aman Kampus ke sekolah mereka?Brader Jai akan mengesahkan cerita ini di dalam kesimpulan lawatan ke sekolah-sekolah terpilih iaitu SMK Putri Wangsa dan SMK Sultan Alaudin
..............................................
Program Ikon Siswa di SMK Sultan Alaudin,Kulaijaya
Selepas bergerak dengan keadaan yang susah ( pelajar tidak mahu melepaskan kami pulang) dari SMK Putri Wangsa,kami bergerak ke SMK Sultan Alaudin,Kulaijaya untuk menjalankan program Ikon Siswa disana.Sementara itu disini,peserta Aman Kampus telah dibahagikan kepada dua kumpulan -Satu kumpulan di SMK Sultan Alaudin,satu kumpulan di PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) Felda Bukit Besar untuk sesi lawatan
Gambar di SMK Sultan Alaudin
(Menyambut ketibaan YB Dato' Dr Adham bin Baba-ADUN Pasir Raja)
(Nak datang meminang ke??Hihihi)
Sementara berlangsungnya program Ikon Siswa di SMK Sultan Alaudin,kumpulan yang satu lagi bergerak ke PDK Felda Bukit Besar yang tidak jauh daripada situ
Di PDK Felda Bukit Besar
(Peserta Aman Kampus yang cool ini sedang menandatangani buku lawatan ke PDK Felda Bukit Besar)
Sedikit informasi mengenai PDK Felda Bukit Besar- Program Pemulihan dalam Komuniti adalah satu kaedah pembangunan komuniti untuk golongan kurang upaya di mana program pencegahan,pemulihan dan pembangunan boleh dilaksanakan dengan penglibatan aktif keluarga dan masyarakat sendiri supaya dapat mengecapi peluang samarata serta diintegrasikan dalam masyarakat.
Visi- Kesejahteraan dalam Komuniti
Misi- Membangun OKU ke arah penyertaan penuh dan penyamaan peluang dalam masyarakat
Objektif
-Supaya OKU dapat hidup berdikari dan tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada keluarga di dalam hal ehwal pengurusan diri sendiri
-Supaya OKU mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri.
-Supaya OKU mendapat hak dan penghormatan sebagai insan di muka bumi ini
-Membolehkan intergrasi sosial bagi golongan kurang upaya dengan mengurangkan sekatan fizikal,sosial,kebudayaan dan psikologi yang wujud antara ahli masyarakat dan OKU
-Supaya OKU mendapat peluang memperlihatkan atau menggilap bakat dalam semua bidang.
-Supaya OKU menjadi sekelompok masyarakat yang unggul,yang disegani yang berdaya saing dan perlu dicontohi sebagai masyarakat yang produktif,inovatif,kreatif,berintegriti,berketerampilan dan berperibadi mulia
-Menyediakan sokongan peribadi kepada keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang kurang upaya
(Yb. Dato' Dr Adham(tengah) tersenyum riang melihat respons yang diberikan oleh penghuni rumah)
(Menyampaikan sumbangan)
(Saudara Hafiz Arifin YDP MPP UTHM sedang melayat gelagat warga PDK)
(Wakil OKU memberikan ucapan sebelum pulang)
(Ronda-ronda sekitar Felda!)
........................
Selepas beredar daripada PDK Felda Bukit Besar,kumpulan ini kembali ke SMK Sultan Alaudin bagi bersama-sama menyertai sesi penutup dan sesi bergambar bersama pelajar-pelajar
(Ukhwah yang terbina walaupun berjumpa seketika)
Ya Allah,makbulkanlah doa pelajar-pelajar ini
Kesimpulan program : Seperti yang dijanjikan,Brader Jai akan membuat pendedahan mengenai desas desus mengatakan bahawa pelajar daripada kedua-dua sekolah TAKUT akan kehadiran Aman Kampus menggegar sekolah mereka sememangnya benar.Mereka memang takut.Takut apa?Hasil daripada temuramah pelajar-pelajari ini sememangnya MEREKA TAKUT jika MEREKA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN HARAPAN IBU BAPA MEREKA.Jangan takut dik!Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan.Berusahalah semahunya.Insyallah Dia akan membantu.Mari sama-sama kita doakan kejayaan mereka!Amin..
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com