Love U SMM!Hehe..Tersentak brader bila SMM amik perhatian pasal Jelajah Aman Kampus!Ni mesti ada ape-ape ni...kan kan kan
Ok lah mari brader copy apa kenyataan Syukri
Kuala Lumpur, 17 Feb : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata pihaknya “tidak berasa terancam dan tergugat” dengan kumpulan pro-Aspirasi yang menganjurkan program jelajah seluruh negara khususnya untuk membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang dianggap mereka suka berdemonstrasi dan mencetuskan huru-hara di kampus.
Sebaliknya Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Ab Razab berpendapat tindakan tersebut adalah “satu persaingan demokrasi yang baik” bagi membolehkan rakyat menilai isu dengan matang dari siri jelajah kedua-dua pihak.
“Kita berpendirian negara kita, negara demokrasi. Mana-mana kumpulan boleh mengadakan jelajahnya dan boleh bertemu rakyat. Mereka boleh menyampaikan segala idea mereka.”, ujarnya.
Bagi kita, ini satu perkembangan yang baik, apabila pro-Aspirasi sudah mula bergerak dengan baik. Sudah bertindak sebagai mahasiswa yang sebenar,” katanya sinis.
.......................................
Bagi brader,jelajah Aman Kampus ni memang tak bagi kesan kat masyarakat pun.Ala biasa-biasa je pun buat
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com