PERJALANAN UNTUK HARI INI.
Perjalanan hari ini bermula sekitar jam 8 pagi dimana kami meneruskan perjalanan ke dataran pahlawan.Sebelum tiba di sana,kami telah singgah dirumah Sri Kenangan Cheng untuk program Siswa Prihatin.Tujuan kami melawat rumah penjagaan warga emas ini adalah untuk mendekatkan mahasiswa sendiri dengan kelompok-kelompok masyarakat warga emas yang berada disini bagi menyelami isi hati mereka.
Jelajah Aman Kampus peringkat negeri Melaka ini dirasmikan oleh YB Datuk Wira Ir Idris bin Haron,Ahli Parlimen Tangga Batu.
Selepas bergerak dari Rumah Sri Kenangan Cheng,kami bergerak pula ke Dataran Pahlawan Melaka untuk mengadakan Explorace bagi membangkitkan semangat serta meningkatkan kerjasama pasukan.Setelah makan tengah hari,ucapan penutupan oleh wakil GPMS Melaka dan Kelab Chedet mengakhiri sesi program di Melaka
Kami bergerak ke Pasir Gudang,Johor untuk program seterusnya disini.Kami tiba lebih kurang jam 6 petang
Untuk prhatian : Kami sedang menghadapi masalah kelembapan internet disini,foto selebihnya akan di muat turun dalam masa yang terdekat
Sekrang ni kami berada di Unikl MITEC Pasir Gudang dan aktiviti malam ni ialah Pentas Anak Muda yang menampilkan pimpinan mahasiswa yang hot!Siapa mereka?Nantikan laporan daripada kami selepas selesai program.Juga boleh mengikuti perkembangan program di Twitter rasmi kami @AmanKampus
hehehe bro kasi add link saya
ReplyDeleteminda-hijrah.blogspot.com