20:26
Nasihat Ikhlas Untuk Demonstran Mahasiswa Depan UPSI... Assalamualaikum... Wahai adik-adik samada masih belajar dekat Universiti, Kolej dan sekolah menengah. Ketahuilah bahawa, abang sewaktu usia kamu semua, bergelojak darah muda. Merasakan setiap perjuangan itu adalah perjuangan yang benar asalkan matlamatnya memberontak melawan arus Mainstream. Tapi apabila abang semakin meningkat dewasa, dan mengetahui akan realiti duniawi ini, maka tanggungjawab yang paling besar pada diri adalah perjuangan untuk terus hidup membela iman yang masih berbaki di dalam dada serta melangsaikan tanggungjawab diri pada tanggungan. Dan ketahuilah bahawa bumi Malaysia ini penuh rahmat dan berkat. Bagi mereka yang mahu mengakui dan pernah keluar dari negara dan membandingkan dengan negara lain yang lebih berpancaroba. Percayalah kamu bahawa negara ini belum terdesak untuk menerima Roh Medan Tahrir kerana makan cukup di atas meja, sofa hempuk di depan TV, Beras masih bertanak, belajar masih percuma, ubat masih Seringgit. Kerana hak hakiki seorang manusia masih terbela. Pemberontakan yang ada hanya provok membela nafsu beberapa insan. Jika manusia tertindas, manusia akan bangun secara automatiknya tanpa perlu diapi-apikan berbaring di jalan raya, dan memekik-mekik hingga hilang suara. Jika kamu benar, satu pekikan akan memanggil seluruh rakyat Tanjung Malim keluar mempertahankan kamu. Jika kamu benar, Polis akan simpati kepada kamu. Jika kamu benar, seluruh UPSI akan berombak bak riak air dicampak batu. Dan kamu perlu tahu. Apa yang kamu lakukan tidak sedikitpun mampu menyaingi kehebatan pelajar berarak di jalan raya menuntut ITM menjadi Universiti pada tahun 70-an. Dan tidak mampu dijadikan kayu pengukur kebangkitan mahasiswa sama sekali. Jika dari Video itu sebagai bukti, kamu mahu aku berfikir, maka simpati aku kepada pihak polis yang telah lembut gigi dari lidah masa memberi peluang kepada kamu agar kamu tidak tercetus rasa marah, namun kamu semua memang bermula dengan niat mahu ia menjadi perjuangan yang dizalimi dan meraih simpati. Kamu mahu kesan berantai, kamu mahu tangisan air mata darah pada perjuangan yang tidak pasti. Selagi mana manusia belum lapar, dan selagi mana rakyat masih merasa terbela haknya untuk Ilmu, Informasi, bermewah-mewah, berlibur dan tidak merasa takut maka negara tidak akan berevolusi secara tunjuk perasaaan. Demonstrasi itu adalah gerakan semulajadi yang akan bermula dengan satu isu remeh yang akan menjana riak gelombang ketidakpuasan hati seluruh manusia bak kesan domino tumbang. Pada waktu ia berlaku, sama sekali kemaraan rakyat tidak akan mampu dikekang lagi. Janganlah kamu semua bimbang dan memaksa-maksa harapan demo kamu menjadi nyata. Jika hak rakyat sudah tidak terbela, perubahan kerajaan itu akan berlaku semulajadi sepertimana berlaku pada pemerintahan Umayyah, Abassiyah, Uthmaniyah, Fathimiyah, Kerajaan Roman, Kerajaan Monarki Perancis, Kerajaan Kolonial British di Tanah melayu,Kolonial Belanda di Indonesia, Kerajaan Kolonel Muaamar Gadafi, Kerajaan kapitalis di Havana, Kerajaan Hosni Mubarak dan berakhirnya Pemerintahan Presiden Kulit putih di Amerika Syarikat. Dan dengan Automatiknya seorang Wira pejuang rakyat akan bangkit dari mana-mana bak phoenix bangkit dari abu. Ketahuilah kamu bahawa matlamat tidak akan menghalalkan cara. Cara kamu menjadi ganas dengan tidak semena-mena, menfitnah, mengadu domba, dan mengapi-apikan akan hal yang bukan perjuangan pun pasti akan menimbulkan jelak kepada seluruh puak majoriti senyap! Akhir kata, Mari kita main agak-agak. " Agak-agak kamu semua, jika Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA masih hidup dan melihat kamu memberontak, adakah mereka akan berbangga dengan akhlak yang kamu tunjukkan pada malam demonstrasi itu?"
-Zulfikar Hazri,2012-
Brader Jai : melopong Brader dengan kata-kata cukup berhikmah ni
Aku rasa malu dan menangis sendiri menyaksikan ketajaman pena serta kesegaran bahasa dan ide cetusan 'pedang' Zulfikar ..
ReplyDeleteAkulah salah seorang warga emas yang sedang menikmati seringgit ubat untuk membantu jantung yang semakin lemah ...
-Kabus Ibra
ONE WORD!
ReplyDeleteFUCK U BASTARD!
UMNGOK N BE END WILL END SOON!!!!!!!!!!!
enigma : kalau macam inilah bahasa "pejuang kebenaran",rasa lambat lagi kot PR nk memerintah :D
ReplyDeleteagree with u brader jai... ^^~
ReplyDeleteAgak-agak kamu semua, jika Rasulullah SAW dan Para Sahabat RA masih hidup dan melihat kamu memberontak, adakah mereka akan berbangga dengan akhlak yang kamu tunjukkan pada malam demonstrasi itu?
ReplyDelete"dak jika kamu berdiam diri sedangkan kamu tahu negara kamu sedang dipimpin dengan penuh korupsi,rasuah dan sebagainya.malah ade yang menidakkan hukum hudud sedangkan hukumnya kafir serta merta adakah Rasulullah SAW dan para sahabat baginda akan berbangga?agak2 kamu la"