.

Live TV Warta Rakyat

11 December 2013

Gerakkan bantu banjir besar besaran.Tahniah siswa!


Bangga brader melihat gerakan siswa yang digerakkan ke arah positif.Ini namanya rekrut orang untuk buat benda yang betul.Bukan rekrut orang untuk kepentingan demonstrasi sahaja.Itu mempergunakan namanya

Baca

KUANTAN,10 Disember - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Yayasan Sukarelawan Siswa menggerakkan hampir 2000 sukarelawan bagi membantu kawasan yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda sejak minggu lalu,bermula hari ini

Misi sukarelawan yang turut disertai oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),Universiti Putra Malaysia (UPM),Politeknik serta Universiti Malaysia Kelantan (UMK) itu berpusat di Universiti Malaysia Pahang, (UMP) kampus Gambang yang mengumpulkan pelbagai bantuan berbentuk pakaian sumbangan orang ramai,makanan serta barang barang keperluan seperti selimut dan tilam

Sukarelawan turut memberi bantuan tenaga kerja bagi membersihkan rumah penduduk setempat serta kemudahan awam seperti sekolah serta dewan orang ramai

Pengerusinya,Datuk Zuraidah Atan berkata misi bantuan banjir ini adalah salah satu usaha YSS bagi menggalakan aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa

Berkata kepada mymahasiswa,beliau menjelaskan usaha menggerakkan aktiviti sukarelawan ini dibuat dalam pelbagai bentuk

"Kami baru sahaja pulang dari Batang Lupar,Sarawak dalam program berkala anjuran YSS iaitu misi tuisyen dan terpanggil untuk menggerakan misi sukarelawan banjir di Pahang terutamanya daerah yang terjejas teruk iaitu Kuantan"

Beliau berkata program sukarelawan siswa dalam negara merupakan salah satu cabang dalam YSS bagi memupuk semangat sukarelawan mahasiswa IPT

"Ia merupakan satu program bagi menggerakan sukarelawan siswa di dalam negara pada skala yang besar dan saya berbangga dengan Universiti Malaysia Pahang yang berjaya memobilisasi sukarelawan dengan begitu ramai"

Beliau berkata YSS turut menyediakan bantuan pemeriksaan percuma yang digerakkan oleh pelajar perubatan daripada UPM

"Setakat ini kerjasama yang baik diterima daripada pelbagai pihak yang berkesudian menyumbang bantuan terutamanya mahasiswa dari pelbagai universiti yang sanggup turun padang  bagi menyumbang bakti kepada masyarakat"

"Kami dengan kerjasama Majlis Sukarelawan
Universiti Malaysia (MASKUM) akan memberikan bantuan secara berkala sehingga banjir pulih sepenuhnya dengan bantuan pusat khidmat banjir"

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM