Kisah ini pada mulanya tidak menarik perhatian wartawan, acara biasa saja, di mana Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turun berkempen buat pertama kalinya Rabu lalu pergi menabur benih padi di Kampung Pulau Tambun sungai Limau Dalam.
Hadi dan pemimpin PAS pakai kain pelikat turun bendang dan tabur benih pada dalam petak dengan air separuh lutut. Bagi wartawan dari KL, ia acara biasa, masing-masing tak pernah ada pengalaman proses buat bendang dari awal.
Kisah ini mula mencuri perhatian apabila sebuah akhbar siarkan dalam ruangan corat-coret keluhan penyokong PAS Sungai Limau yang pelik kerana orang tak tabur benih padi dalam petak bendang dengan air separuh lutut.
Agendadaily kemudiannya bertanya kepada pegawai Jabatan Pertanian, mengenai proses sebenar tabur benih padi.
Dan kata pegawai tersebut, air bendang perlu dilepaskan dulu, yang tinggal tanah basah saja, tabur benih dan seminggu kemudian baru lepas semula air ke dalam petak bendang atau orang KL panggil sawah.
"Jika tabur masa air tinggi, benih timbul dan akan ikut air, jadi kalau tumbuhpun bertompok-tompok, tidak sekata,"jelasnya.
Tu dia... satu lagi PR exercise yang gagal dari PAS selepas heboh cerita profail calon dengan gambar superimpose yang didedahkan oleh akhbar Sinar Harian.
Haru sungguh cara PAS laksanakan kempen mereka kali ini, ada saja yang tak kena...
Sementara itu, mulai Khamis malam jalan-jalan di kawatan PRK DUN Sungai Limau Yan Kedah mula sesak. Deretan kereta diletakkan di kiri-kanan jalan pada setiap bilik gerakan BN mahupun markaz PAS.
Perang bendera dan poster calon yang bertanding, Dr Ahmad Sohaimi Lazim bagi BN dan Mohd Azam Samad dari PAS sudah sampai ke kemuncaknya.
Sempena cuti hujung minggi hari Jumaat di Kedah, suasana kempen jadi meraih dari biasa. Dan mulai hari ini, nama-nama besar dari kedua-dua belah pihak mula turun berkempen.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini buat pertama kalinya turun membantu kempen PAS.
Beliau akan bertemu dengan pengundi Cina di Pekan Sungai Limau dalam, kawasan yang pernah menjadi kubu PAS tetapi kini sudah terlepas pada BN.
Sungai Limau Dalam merupakan tempat di mana bilik-bilik gerakan utama BN diletakkan.
Sebelumnya, Anwar dijadualkan akan memberikan tazkirah Maghrib di Masjid Batu 16, sesuatu yang 'salah' kalau nak ikut undang-undang, kerana Anwar tidak mempunyai tauliah mengajar di masjid-masjid di Kedah.
Dengar kata, Jabatan Agama Islam negeri bersedia untuk 'stop' tazkirah Anwar jika beliau masih berdegil untuk teruskan. Ini kerana mengajar tanpa tauliah seperti mencabar Sultan, penasihat tertinggi hal ehwal agama Islam negeri dan pemberi tauliah.
Selain Anwar, sebahagian besar MP PAS, PKR dan DAP turun hari ini.
Masing-masing nak tunjuk muka, sebab selama ini yang berkampung di Sungai Limau bagi pihak pembangkang boleh kira dengan jari.
Bagitu juga dengan BN, banyak program-program 'pusingan akhir' yang diatur, dari lawatan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sehinggalah kehadiran Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa.
Program kementerian tok sah kira, memang padat dengan bermacam aktiviti.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin juga turun kali ketiga untuk membantu kempen. Jentera Pemuda di Sungai Limau sebelum ini diketuai oleh Naib Ketua Pemuda yang baru Khairul Azwan Harun.
KJ akan berada di Sungai Limau sehingga Sabtu.
Dengar khabar bacaan sikap pengundi meningkat untuk BN, namun bukan dalam ketegori 'selesa'.
Jentera-jentera BN disuruh bekerja lebih kuat untuk tarik pengundi menyokong mereka selepas 25 tahun menyokong PAS.
Ada lebih kurang 11,000 pengundi muda, dan di sinilah sebenarnya gelanggang perlawanan antara BN dan PAS bagi menentukan siapa menang 4 November ini.
Bagi 'team sukses BN' antara program besar yang diatur untuk tarik sokongan pengundi muda di saat akhir adalah Himpunan Berani Hijrah Anak Muda Sungai Limau yang akan diadakan esok di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang.
Program tersebut mendapat kerjasama Pergerakan Puteri dan Pemuda UMNO peringkat negeri dan Bahagian Jerai itu menyasarkan 3,000 golongan muda untuk turut serta.
Dari pagi ke malam dan turut menampilkan Menteri besar Kedah Datuk paduka Mukhriz Mahathir, calon BN Dr Ahmad Sohaimi, juga penceramah muda Ustaz fathul Bari Mat Yahaya selain beberapa artis dan pelawak seperti Lan Pet Pet, Zed Zaidi, Fizz Fairuz dan Black.
PAS pula dijangka menampilkan ustaz Azhar Idrus sebagai daya penarik akhir mereka.
Ada tiga hari lagi kempen, persaingan sengit dan cukup taktikal, katanya siapa juga yang menang, undi majoriti bawah 1000. Bagaimanapun dalam politik jangan kata tiga hari, lapan jam pun satu tempoh yang lama dan macam-macam boleh jadi.
Kita tunggu dan lihat, apa seterusnya menjelang hari-hari akhir ini - AD
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com