.

Live TV Warta Rakyat

1 November 2013

Bukti Pas Memanipulasi Kalimah Allah Di #PRKSgLimau??? #BeraniHijrah


Sewaktu pusing-pusing sekitar kawasan Sg. Limau awal pagi terpandang satu kain rentang yang dipasang tidak jauh dari Pekan Sg. Limau menghala ke Kota Setar. Jika dilihat sekali imbas pasti kita menyangkakan kain rentang ini adalah kain rentang dari BN kerana tertera gambar PM, Datuk Seri Najib.

Tapi sebenarnya ini adalah fitnah yang cuba dibuat oleh pihak Pas yang sudah terdesak. Kata-kata pada kain rentang ini "..... Kalimah Allah boleh diguna oleh Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja" ayat ini sebenarnya tidak sempurna.

Pihak Pas cuba menggambarkan PM juga menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sedangkan UMNO dan NGO-NGO Islam lain menyokong keputusan mahkamah menghalang akhbar "Harold" menggunakan kalimah Allah bagi bukan kerajaan.

Sekali lagi di PRK Sg. Limau ini pihak Pas tergamak melakukan apa saja dalam berkempen demi untuk mendapatkan kuasa sehingga "matlamat menghalalkan cara" pun boleh. Sebab itu tidak hairan jika Pas sanggup menggunakan Islam sebagai perisai untuk mendapatkan dan mengekalkan kuasa - Kulaan Niring

1 comments:

  1. Register http://cashforvisits.com/index.php?refcode=9579

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM