Kemenangan ini merupakan satu petanda yang baik dari segi jentera di peringkat akar umbi kerana Pergerakan Pemuda merupakan nadi dalam perjuangan memenangkan Barisan Nasional.
Menepati jangkaan awal, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin berjaya mengekalkan penguasaan masing-masing bagi jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda Umno.
Shahrizat dan Khairy sekali lagi diberi mandat oleh perwakilan untuk terus menerajui kedua-dua sayap Umno itu bagi penggal kedua apabila masing-masing diumumkan mendapat majoriti mudah iaitu sebanyak 100 dan 97 undi.
Keputusan rasmi pemilihan sayap Umno itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Mohamed Ghazal kira-kira pukul 3.30 pagi Ahad.
Sementara itu dua lagi pencabar jawatan Ketua Wanita Umno iaitu Datuk Maznah Mazlan setakat ini hanya mendapat tujuh undi manakala Raihan Suleiman masih belum mendapat undi.
Bagi Pergerakan Pemuda, Khairy diumumkan menang bergaya setelah menewaskan empat lagi pencabarnya iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.
Kesemua pencabar Khairy tidak mendapat undi sehingga keputusan rasmi tersebut diumumkan,
Menerusi sidang media terakhir pengumuman keputusan terkini pemilihan tiga sayap Umno itu yang dibuat kira-kira pukul 4 pagi Ahad, Tajol turut mengisytiharkan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Puteri Umno yang baharu.
Mas Ermieyati menang setelah mendapat 96 undi menewaskan pencabarnya, Jamilah Hanim Othman.
Pemilihan kali ini menyaksikan 110,765 anggota perwakilan Wanita, kira-kira 70,000 Pemuda dan kira-kira 50,000 Puteri melaksanakan tanggungjawab masing-masing memilih kesinambungan kepimpinan sayap parti itu bagi penggal 2013 hingga 2016.
Bagi Pergerakan Pemuda, 94 calon disahkan layak bertanding di peringkat pusat manakala 7,125 calon di peringkat bahagian.
Bagi Pergerakan Wanita pula, 51 calon layak bertanding di peringkat pusat dan 6,758 calon di peringkat bahagian.
Melalui sistem pemilihan 'Electoral College' yang digunakan Umno pada pemilihan kali ini, setiap bahagian akan memberikan satu undi untuk seorang calon bagi setiap jawatan.
Kaedah ini memberi suara lebih besar kepada anggota dari 191 bahagian memilih kepimpinan parti ke arah menjadikan Umno lebih telus dan demokratik.
Disebalik kemenangan KJ : Kepercayaan ahli akar umbi,kerja kuat menyatukan pemuda,tidak memburukkan pihak lawan semasa berkempen dan yang paling penting karier politik perlulah 'ikut step'.Jangan main terjah je sebab nak popular.Ok?Bai
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com