BLOG POLITIK | SOSIAL | HIBURAN | INFO

11 October 2013

"Apa yang saya cuba buat adalah untuk menarik golongan muda dalam UMNO" - @KhairyKJ #KJ4KPUM @BroJinggo



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menaruh keyakinan tinggi bahawa perwakilan pergerakan itu akan membuat pilihan yang rasional untuk jawatan diperingkat sayap UMNO berkenaan.

Beliau turut berharap seluruh ahli Pemuda dapat menjaga instutusi parti dan juga imej parti itu sendiri dengan memastikan pemilihan yang akan berlangsung esok berjalan dengan lancar yang sekaligus memperlihatkan UMNO mempunyai keahlian yang matang dan membuat pilihan dalam suasana kekeluargaan.



“Saya harap mereka yang dipilih esok pertamanya mereka ini rajin. Saya tak nak dipilih hanya orang yang rajin kempen tetapi rajin sepenggal yang akan datang. Saya rasa media UMNO pun tahu ada yang rajin…..ada yang tidak berapa rajin sebab kita pilih ini bukan setakat jumpa perwakilan dua tiga bulan lepas tetapi akan sentiasa bersama jalankan program bantu visi kepimpinan untuk empat tahun akan datang.

“Kita tak nak dipilih terus senyap…..terus hilang. Saya betul-betul berharap mereka ini rajin dan keduanya dari segi visi mereka mestilah progresif macam visi saya. Apa yang saya cuba buat untuk menarik golongan muda dalam UMNO…, orang muda di luar UMNO itu penting.

“Itu saya bawa pembaharuan dalam pemuda. Ada yang tidak faham dan ada yang kritik, tak mengapalah. Ada yang nak ciri-ciri kepimpinan zaman dahulu tetapi bagi saya ini adalah pembaharuan yang dituntut oleh orang muda pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara ekslusif bersama UMNO-Online, di pejabatnya sempena pemilihan UMNO 2013. Esok, Sabtu sayap UMNO akan mengadakan pemilihan masing-masing dan pada 19 Oktober depan, pemilihan diperingkat sayap dan Majlis Tertinggi UMNO.

Ketika ditanya mengenai jumlah mereka yang bertanding di peringkat Exco Pemuda cukup ramai serta semua jawatan dipertandingkan, Khairy melihatnya sesuatu yang cukup positif.

Katanya senario tersebut menujukkan kejayaan pergerakan itu sendiri sehingga dapat menarik minat Pemuda untuk bertanding di dalam kepimpinan tertinggi pergerakan tersebut.

“Saya melihat positif…, ramai yang bertanding dalam Pemuda UMNO. Kalau tak ramai bertanding maksudnya orang tak minat dengan Pemuda. Saya lagi risau kalau untuk jawatan Exco hanya ada 25 orang atau 30 orang bertanding.

“Tetapi bila kita tengok 77 orang dan yang paling ramai berbanding dengan sayap lain hatta dengan MT Pemuda pun paling ramai, ini menujukkan orang minat dengan Pemuda.

“Mereka nak menyumbang kepada Pemuda. Bagi saya itu adalah isyarat positif dan juga satu tanda kejayaan Pemuda bahawa Pemuda masih lagi dapat menarik minat begitu ramai untuk bertanding dalam kepimpinan tertinggi,” katanya.

Beliau seterusnya menambah pemilihan UMNO pada kali ini menujukkan UMNO jauh lebih demokratik.

“Kita dengan sistem ini ialah walaupun ada sedikt sebanyak kelemahan yang perlu kita perbaiki untuk pemilihan akan datang, tetapi melalui sistem ini kita buktikan kitalah antara parti yang paling demokratik di negara ini.

“Jauh lebih demokratik daripada DAP. DAP pilih jawatankuasa pusat dengan beberapa ramai yang terpilih. Itu pun nak pilih setiausaha agung dipilih dikalangan orang yang menang jawatankuasa pusat.

“Itu kalau kita buat analogi dalam UMNO macam Presiden parti kita dipilih oleh MT sahaja, bagi saya jelas kita paling demokratik dan yang lain kononnya hanya pejuangkan demokrasi sedangkan mereka patut belajar daripada UMNO,” ujar beliau.

Sambil mengucapkan selamat bersidang, beliau seterusnya berharap mereka yang tewas pada pemilihan nanti agar tidak berputus asa.

“Yang kalah jangan putus asa. Saya rasa semua tahu bahawa empat tahun yang lepas kita melalui jalan yang penuh berliku. Menang dalam parti tetapi tidak ada jawatan dalam kerajaan jadi sedikit sebanyak memberi satu kekangan kepada kita. Persepsi dan sebagainya tetapi saya teruskan juga dengan kerja saya.

“Jadi nasihat kepada yang tidak berjaya jangan putus asas. Empat tahun saya tidak dapat apa-apa tapi saya teruskan juga hingga akhirnya Pemuda dapat pengiktirafan selepas pilihan raya yang lepas,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com