Live TV Warta Rakyat

26 September 2013

Pelik dengan UMNO bila Exco Pemuda digugurkan dpd bertanding MT


KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan UMNO perlu menghayati pindaan perlembagaan parti itu dan bukan mentafsirkannya bagi tujuan menghalang pemimpin daripada bertanding.

Matlamat asal pindaan pelembagaan itu adalah untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang demiokratik dan dinamik yang mahu menggalakkan pemimpin berwibawa menaiki hirarki parti dan bukan menjadi penghalang.

Calon ahli Majlis Tertinggi (MT), Tun Faisal Ismail Aziz yang digugurkan nama kerana dikatakan tidak cukup kelayakan berkata, jawatankuasa berkenaan sepatutnya menggalakkan pertandingan dan bukan mentafsir pindaan itu hingga menyebabkan pemimpin tidak dapat bertanding.

"Menurut sumber tidak rasmi, nama saya digugurkan kerana tidak memegang jawatan di peringkat bahagian sekurang-kurangnya sepenggal," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tun Faisal berkata, beliau sendiri tidak dimaklumkan secara rasmi oleh jawatankuasa terbabit mengapa namanya telah digugurkan.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat rayuan, memandangkan beliau memegang jawatan yang lebih tinggi di dalam Pergerakan Pemuda iaitu selaku exco.

Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO juga telah merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebelum menghantar borang pencalonan tempoh hari.

Setelah pasti beliau layak, Tun Faisal berkata, barulah borang pencalonan dihantar yang sekali gus menafikan bahawa nama beliau digugurkan kerana tidak menghantar borang pencalonan.

"Saya ada bukti penyerahan borang dan ada cop penerimaan dengan nombor calon 60 serta ramai saksi," katanya.

Mengulas lanjut Tun Faisal berkata, semangat pindaan Perlembagaan adalah meletakkkan syarat minimum bagi membolehkan pemimpin bertanding.

Syarat minimum, katanya, memang ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, tetapi ia tidak konsisten jika AJK bahagian satu penggal lebih diiktiraf daripada exco Pusat.

"Sekurang-kurangnya jawatan di peringakt Pusat hendaklah lebih atau sama kewibawaannya dengan jawatan di peringkat bahagian kerana di bahagian pemilihan dibuat oleh cawangan, manakala di Pusat pemilihan oleh perwakilan bahagian dari seluruh negara," katanya.

Beliau juga membangkitkan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang berstatus Naib Presiden hanya meletakkan syarat menjadi ahli UMNO selama tiga tahun, iaitu jawatan yang lebih tinggi daripada MT.

"Saya sudah baca syarat dan tanya Tan Sri Tajol sendiri sebelum ini, barulah Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin memperkenalkan saya dan bila tidak lepas saya terkejut," katanya.

Kata beliau, jika ahli biasa boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda, adalah pelik jika Exco Pemuda tidak layak bertanding jawatan MT.

Sedangkan kata beliau, selaku Exco Pemuda beliau telah banyak menyumbang kepada parti di peringkat Pusat.

Menurut beliau, jawatankuasa terbabit tidak perlu ubah peraturan yang sedia ada, tetapi mereka perlu membuat tafsiran dengan lebih jelas.

Tun Faisal juga tidak fikir ada pihak yang mahu mensabotaj kerana beliau adalah calon bukan pilihan.

"Jika ada yang mahu sabotaj, bermakna saya merupakan calon yang berwibawa," katanya.


Sent from my iPhone

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM