BLOG POLITIK | SOSIAL | HIBURAN | INFO

26 September 2013

Najib,Muhyiddin ditempelak mahasiswa pro UMNO @NajibRazak @MuhyiddinYassin


salam 1Malaysia.

Semalam saya dikejutkan dengan satu soalan, "Betul ke nama Tun Faisal kena drop dari pencalonan Majlis Tertinggi UMNO?" Dan on the spot saya bertanya sana sini tentang kesahihan berita tersebut. Dan persoalan "Mengapa?" terus bermain di minda saya serta rakan rakan seperjuangan yang sangat menghormati dan mengagumi Tun Faisal. 

Penglibatan Tun Faisal bersama mahasiswa adalah secara langsung.Bukan hanya menghantar wakil, atau sekadar bertegur sapa di Twitter. Beliau duduk bersama, minum teh tarik sambil dengar dan memberi penyelesaian kepada masalah mahasiswa. Senaraikan saya pemimpin lain yang boleh memberikan sokongan padu kepada mahasiswa selain beliau. Tak banyak, lima orang. Ada? 

Tun Faisal merupakan Exco Pemuda UMNO Malaysia yang secara technically nampaknya seperti lebih rendah dari AJK Bahagian dan menerima endorsement dari Khairy Jamaludin. KJ buat silap? Atau kesilapan itu sendiri berada di pihak JK Pemilihan kerana menerima borang pencalonan? Kenapa terima borang calon yang tak layak ye? 

Keseluruhan mahasiswa yang bersama Tun Faisal akan bersetuju jika saya katakan, Tun Faisal adalah seorang yang walk the talk. Saya sendiri pernah bekerja bersama beliau dan beliau bukan duduk memberi arahan like a boss. "Kalau aku boleh buat, takkan korang tak boleh?" He will do it himself, and he can do it. Kalau tak boleh, takdenye nak suruh orang lain buat juga. Kan? Dan ya, tak sepatutnya ada alasan tak boleh buat. See! Bukan bagi arahan dan nak keputusan ikut kepala sendiri. Lol.

Sejujurnya, ini bukan kali pertama kami mahasiswa mendengar berita mengenai calon yang mempunyai pengaruh yang kuat, especially dengan anak muda dan mahasiswa khususnya yang dicampak keluar dari zon selesa mereka. Di mana transformasi yang cuba dibawa?  

Pilihan mahasiswa dalam PAU2013 juga sebenarnya akan turut membawa kesan besar dalam PRU14. Pemimpin pemimpin yang kami mahukan insya Allah mampu membawa perubahan bersama dalam tempoh lima tahun akan datang. Atau sememangnya UMNO terlalu yakin akan menang besar PRU14 dengan 'transformasi' ini? Good luck! 

Ini adalah bukti, masyarakat memerhati,sejauh mana suara anak muda, suara golongan mahasiswa diambil peduli.Jangan hanya mencipta alasan.

Mahasiswa menyokong Tun Faisal sebagai Majlis Tertinggi UMNO 2013-2016. Mahasiswa memohon agar DS Najib Razak dapat mempertimbangkan semula pencalonan Tun Faisal Ismail Aziz sebagai calon no 60. 

Salam perubahan, salam 'transformasi' - Mahasiswa Utara

P/S : Setahu brader ramai mahasiswa hardcore UMNO yg bersama Tun Faisal di segenap IPTA kecewa bila mengetahui akan perkara ini.Muhyiddin pengerusi jawatankuasa pemilihan jangan main api ok?

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com