BLOG POLITIK | SOSIAL | HIBURAN | INFO

10 September 2013

Hai Pro Mahasiswa UM,rancangan busuk awak kantoi ke? #ProMFailed

Tadaaa!Tora datang lagi!Eh salah,brader jai datang lagi bagi memusnahkan,mengebom serta menyapu habis penipuan Pro Mahasiswa UM.Sebenarnya malas nak amik port sangat hal politik kampus sebab brader dah bersara dari arena ni.Troll Stopa Ali lagi best beb.Tapi tak pelah brader nak utarakan satu isu Pemudahcara Mahasiswa yang dibuang kolej kononnya atas alasan yang tidak munasabah!Macam hot jugak isu ni.

Dan pastinya yang mengambil kesempatan atas isu ini ialah Pro M lah.Kalau brader cakap pihak Pro M yang sebenarnya merancang semua ini percaya tak?Kalau tak percaya jom kita layan bukti-bukti yang brader dah kumpul kat bawah neh.Jaga baik Pro M!



Betul ke PM dibuang kerana panggil Bukhairy (Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM) atau sebab lain?Jeng Jeng Jeng

Cuba tengok surat dibawah ni






Tapi betul ke PM yang dibuang tu membocorkan maklumat kerahsian data peribadi pelajar?RILEK BRADER BRADER RILEK

Cuba baca kronologi dan fahamkan terlebih dahulu.


LAPORAN KEJADIAN DI KOLEJ KEDIAMAN KE-4


1. Pada 6 September 2013 kira-kira jam 1 pagi, mangsa bernama Nur Fadhilah binti Ibrahim yang hampir pengsan di bawa oleh rakan sebiliknya dan juga Pembantu Khas ke Bilik Seminar dan mula meracau dan menangis.

2. Salah seorang PM, iaitu Hafizah binti Namli memanggil seorang lagi PM iaitu Syafinatunnajah binti Mohamad Noor untuk membantu menenangkan mangsa. Kemudian Syafinatunnajah memanggil Amir Aiman bin Shamsul Bahrin pula.

3. Mereka membuat panggilan kepada seorang ustaz dan mereka mengatakan ustaz tersebut adalah ustaz luar tanpa memaklumkan bahawa ustaz tersebut adalah pelajar UM dan siapa ustaz tersebut.
Selepas itu, mangsa di bawa ke surau pula yang terletak di bawah Bilik Seminar.

4. 15 minit kemudian, Amir Aiman mendapat panggilan yang mengatakan bahawa ustaz yang dihubungi itu tidak dapat masuk ke dalam kawasan universiti dan meminta bantuan Ketua Pemudahcara Mahasiswa (KPM) iaitu Nor Alia Syamin binti Mohd Puad untuk pergi ke pintu pagar KL.

5. Sebaik sahaja KPM dan ditemani pembantu felo, Mohamed Anwar bin Mohd Jamil tiba di pintu pagar, ustaz tersebut telah pun dilepaskan masuk ke dalam kawasan universiti.

6. Setelah tiba, ustaz tersebut sudahpun masuk ke dalam Kolej Kediaman Keempat untuk mengubati pelajar tersebut. Rupa-rupanya ustaz yang dimaksudkan adalah saudara Bukhairy, sambil ditemani Muqit dan Fahmi Zainol (malam tersebut Fahmi Zainol memakai jubah)

7. Setelah selesai semuanya, mereka bertiga pun beredar. Mengikut peraturan, pelajar senior yang tidak menjadi Pemudahcara Mahasiswa tidak dibenarkan masuk ke UM sepanjang berlangsungnya Minggu Orientasi. Hal ini menimbulkan kemusykilan kerana ustaz yang dipanggil merupakan orang-orang kuat Pro Mahasiswa dan Pemudahcara Mahasiswa yang menghubungi ‘ustaz’ tersebut juga merupakan orang Pro Mahasiswa manakala pelajar baru yang katanya ‘disampuk’ juga kelihatan sangat dibuat-buat seolah-olah ianya dirancang

8. Lebih menghairankan dua orang PM tersebut melakukan tindakan sendiri tanpa merujuk kepada KPM, Felo Penasihat, barisan Pengurusan kolej dan pihak keselamatan yang lain.

9. Pada 6 September 2013 kira-kira jam 3 pagi, Nor Alia Syamin binti Mohd Puad, Ketua Pemudahcara Mahasiswa KK4, telah meminta semua Pemudahcara Mahasiswa untuk menyerahkan telefon bimbit mereka berikutan kejadian kemasukan pihak luar ke kolej kediaman ke-4 tanpa arahan atau kebenaran daripada beliau sebagai KPM mahupun pihak pengurusan kolej kediaman.

10. Berikutan dengan itu, KPM memeriksa telefon bimbit Syafinatunnajah binti Mohamad Noor dan juga Amir Aiman binti Shamsul Bahrin dan telah menjumpai beberapa maklumat yang mencurigakan.

11. Maklumat tersebut jelas menunjukkan bahawa mereka berdua menjadi Pemudahcara Mahasiswa kerana ada agenda tersendiri dan bukannya bertujuan untuk membantu mahasiswa baru. (lihat gambar)



*Tiny Stonegiant merupakan nama facebook saudara Amir Aiman, PM yang dibuang.Nuqaba ialah nama secret group Facebook yang ditubuhkan untuk operasi mereka


Tudia nama kepala-kepala jentera mereka

Opppss !! modus operasi dah kantoi?? Kenapa ada nama Muqit dan Bukhairy? Kebetulan atau kejadian histeria dirancang kemudian mereka datang jadi hero? Awas ! PM-PM yang mempunyai agenda untuk memburukkan nama kolej dan melakukan kerja belakang-belakang bukan terdapat di kolej 4 sahaja, malahan setiap kolej ada !

12. Pada 6 September 2013 di antara jam 9 pagi sehingga 10 pagi, salah seorang PM KK4 duduk dihadapan sebuah ‘laptop’ yang terbuka dan di skrin tersebut terpaparnya ‘Sent Mail’ yang meragukan. Didapati ‘laptop’ tersebut adalah milik Amir Aiman binti Shamsul Bahrin (PM yang dibuang). Kemudian PM tersebut terus memaklumkan kepada KPM.

13. Tanpa membuang masa, KPM 4th terus bertindak untuk memeriksa emel-emel tersebut dan didapati emel-emel tersebut adalah berkaitan dengan maklumat Pemudahcara Mahasiswa dan juga maklumat pelajar-pelajar baru yang telah dihantar kepada pihak luar tanpa kebenaran. (lihat gambar)

14. Sehubungan itu, satu mesyuarat bersama pihak pengurusan telah diadakan dan memutuskan untuk membebastugaskan dua orang PM tersebut, Amir Aiman Bin Shamsul Bahrin dan Syafinatunnajah Binti Mohamad Noor dari menjadi Pemudahcara Mahasiswa dan juga disingkirkan dari Kolej Kediaman Keempat.


Memang sah PM yang dibuang telah membocorkan maklumat rahsia peribadi pelajar baru kepada pihak luar. Itulah sebab Aiman dan Najah dibuang bukan sebab memanggil Presiden PMI, Bukhairy masuk kolej untuk mengubati pelajar tetapi kerana membocorkan maklumat peribadi pelajar untuk kepentingan politik. Terbukti ianya fitnah dan modus operandi mereka kantoi!!!! Jadi tak hairan la kalau masa anda 1st year dulu anda mendapat broadcast message dari Pro Mahasiswa dan kehairanan anda selama ini bagaimana Pro M dapat nombor telefon anda kini sudah terjawab. Hehe

Ulasan Brader : Tak habis-habis dengan perancangan BUSUK.Dahlah perancangan BUSUK,kantoi pulak tu.Brader macam nak gelak je beb.Teringat balik satu ketika pada tahun lepas (selepas Pilihanraya Kampus) brader pernah mengkantoikan perancangan puak-puak Pro M yang mana mereka berhasrat untuk mengisytiharkan kabinet MPP mereka sendiri selepas gagal merebut jawatan Majlis Tertinggi MPP semasa undian.

Tapi brader kesian dekat mereka jugak masa tu sebab mereka (MPP Pro M) dah siap guna gelaran YB,Tan Sri,Datuk Sri,Tuan Speaker sesama mereka dalam secret group MPP Pro M dan bukti gelaran-gelaran yang meloyakan itu telah diprint screen dan dihantar oleh MPP mereka sendiri kepada brader oleh kerana  tidak senang dengan aktiviti gelar menggelar panggilan yang meloyakan itu serta niat untuk mengisytiharkan kabinet sendiri.Ok izikan brader gelak.BHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Kbai Pro M!Muah! XOXO


Ketua Pemudahcara Mahasiswa Sentral, saudara Aiman Taslim menemani pelajar yang dikatakan ‘hysteria’ ke PPUM.

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com