.

Live TV Warta Rakyat

7 August 2013

Pilihanraya Kecil Bukit Katil akan terjadi?


Berita hari ini melaporkan Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, Shamsul Iskandar yang juga merupakan Ketua AMK didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur berhubung dengan perhimpunan 'Blackout 505' pada Jun lalu.

Shamsul didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada 22 Jun.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000, jika sabit kesalahan.

Persoalannya, jika Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Rayuan memutuskan MP Bukit Katil itu bersalah mengikut Seksyen Akta tersebut, bagaimana pula dengan kelayakan Shamsul sebagai ahli Parlimen?

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM