Terbaca di beberapa laman blog yang menyerang Azwan secara peribadi yang menyerang kekayaaan Azwan seolah-olah menjadi kaya itu satu dosa besar.
Salahkah menjadi kaya hasil usaha sendiri?Apakah ini menjadi 'trend' setiap kali menjelang pemlihan,londeh melondeh menjadi tradisi kepada UMNO?
Sepatutnya dalam mana-mana pertandingan sekalipun,mengikut cara yang betul gua mengambil prinsip mudah iaitu :
"Kita sepatutnya memberikan sebab mengapa orang harus memilih kita bukannya memberi sebab mengapa orang tidak sepatutnya memilih saingan kita"
Dalam bahasa mudahnya tonjolkan kelebihan sendiri bukan kelemahan saingan.Apa pun gua ada mendengar pertandingan untuk pemilihan UMNO kali ini ibarat 'pertandingan adik beradik'.
Namun jika beginilah caranya untuk menunjukkan 'pertandingan adik beradik' maka ia tidak lebih kepada satu retorik untuk mengaburi orang ramai berdasarkan sloga-slogan yang hanya enak didengar namun dari segi perlaksanaannya,ZERO.
Apa pun gua nak menasihati beberapa blogger yang kerap menyerang peribadi calon tidak kira untuk pertandingan jawatan apa sekalipun supaya berhenti berbuat demikian kerana apa yang anda buat hanyalah akan memburukkan imej UMNO dimata rakyat.
Blogger Sangkakala berkata
Ini adalah satu nilai murni yang ada pada Azwan dan setelah dihentam secara peribadi sebegitu pun beliau masih lagi mengatakan jangan jadi seperti mereka yang mengeluarkan keaiban rakan rakan lain.
Marah juga Sangkakal pada Azwan ni, bila beliau nak bersaing terlampau bersih walaupun dah ada yang main kotor macam tu.
Tapi sebagai anak Perak, Sangkakala rasa walaupun Azwan kata jangan, tapi kalau dah melampaui batas, Sangkakala akan telanjangkan satu persatu mereka mereka ini dan apa yang mereka lakukan selama ini.
Sangkakala teringin nak jawab sedikit disini, Azwan memang kaya, dan kebajikan yang beliau lakukan tidak kurang hebatnya dengan kekayaan beliau cuma disini, Azwan mengatakan bahawa jika tangan kanan memberi, jangan sampai tangan kiri mendapat tahu. Juga boleh baca di sini dan sini
P/S : Tidak elok memburuk-burukkan sesama sendiri #1Bro4NKP
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com