BLOG POLITIK | SOSIAL | HIBURAN | INFO

12 July 2013

@Siswa4U dah melingkup ke? @RazaliIbrahim @NajibRazak

Hari ini merupakan penamaan calon untuk PRK Kuala Besut dimana menyaksikan Tengku Zaihan Che Ku Rahman (BN) vs Endot@Azlan Yusof (PAS).Tapi entri ni gua xnk cerita pasal PRK Kuala Besut pun tapi nk cerita pasal sikap pimpinan BN yang agak haram jadah pada pandangan gua.

Brader teringat semasa PRU 13 yang lalu satu gerakan mahasiswa Pro BN telah ditubuhkan di bawah Biro IPT UMNO dinamakan Siswa4U.

Kononnya Siswa4U ini ditubuhkan untuk memberikan sokongan padu kepada BN dan menarik mahasiswa untuk menyertai mereka seterusnya memperkuatkan sokongan kepada BN dari sudut mahasiswa.

Namun selepas PRU 13 brader tidak lagi mendengar cerita mengenai gerakan ini.Setahu brader gerakan ini dah cukup cantik.Sayangnya selepas PRU hilang sama sekali.

Apakah Siswa4U dibawah seliaan Dato Razali Ibrahim tidak berminat untuk membantu PRK Kuala Besut selepas menang PRU 13?

Brader ada membuat tinjauan kepada rakan-rakan brader dalam siswa4U berkenaan apa yang berlaku,apakah mereka tidak berminat membantu PRK Kuala Besut?

Mereka memberi jawapan tiada masalah untuk membantu.Namun pihak pengurusan tidak memanggil mereka untuk membuat apa-apa pergerakan sehingga saat ini.Bahkan selepas PRU dikatakan terus senyap tanpa khabar berita

Apa yang boleh brader cakap ialah,kalau beginilah sikap pimpinan BN melayan mahasiswa yang menyokong mereka- guna bila terdesak,tak nak guna tinggal,tak mustahil mereka ini akan beralih sokongan pada PRU akan datang.

Kalau merekalah orangnya yang mampu menarik mahasiswa untuk menyokong BN,tidak mustahil mereka orangnya yang mampu membuat mahasiswa tidak menyokong BN suatu masa nanti - Ingat tu

Ini semua akibat pimpinan BN yang lemau dan buat kerja sambil lewa,buat kerja asal boleh!Gua memang panas dengan pimpinan BN jenis macam ni.Sibuk bantai pimpinan PR yang menyalahggunakan mahasiswa tapi diri sendiri tak nak buat pengkaderan yang konsisten.

Gua jamin ramai mahasiswa Pro BN yang setuju dengan gua.Pimpinan macam ni tak ada dalam BN pun tak rugi

Apa pun brader kecewa dengan 'kematian' Siswa4U yang pada pandangan brader dah cukup bergerak cantik semasa PRU 13

Sorry lah eh Biro IPT,gua tak suka pimpinan BN yang main-mainkan mahasiswa.Brader rasa ramai mahasiswa pro BN yang sayangkan gerakan ini.Gua tak salahkan mahasiswa sebab gua tau mereka bersedia bila-bila masa.Lagi-lagi tengah cuti semester ni.Tapi sikap pimpinan BN yang pfttt ni memang memanaskan hati ramai orang

Yang bagus gua sokong,yang haram jadah gua balun tak kira lu sapa.

Kepada biro IPT UMNO/BN next time bye-bye.adios!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com