Kuala Besut - Ratusan motosikal mengiringi konvoi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Dato' Razali Ibrahim.
Ahli parlimen Muar yang tiba pagi tadi itu membuat lawatan ke 10 buah rumah di Pusat Daerah Menggundi (PDM) Seberang Barat Luar dan memberi bantuan kepada keluarga berkenaan.
Semasa melawat salah sebuah rumah di kawasan PDM berkenaan,beliau turut mencadangkan agar warga kurang upaya (OKU) diberikan bantuan laptop dan broadband sebagai salah insiatif memajukan ilmu pengetahuan melalui internet dan juga sebagai langkah awal perniagaan secara 'online' jika mereka berminat
Beliau dijangka meneruskan lawatan ke kawasan-kawasan PDM yang lain selepas solat Jumaat untuk aktiviti 'Pemuda Prihatin'.
Turut serta dalam lawatan Naib Ketua Pemuda ini ialah Exco Pemuda UMNO Nazir Hussin Akhtar Hussin dan Tun Faisal Ismail Aziz
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
The King and U
3 days ago
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com