Dalam kejadian ribut yang melanda Kuala Besut petang semalam,ada satu insiden yang membuat aku respek kepada penyokong BN Kuala Besut .
Video seorang pemuda menyelamatkan bendera BN daripada melayang pada gua adalah satu perkara yang dipuji dan kalaulah semua pemuda ada sikap bekerja dengan ikhlas macam ni Insyallah Barisan Nasional akan lebih kuat,
Tanpa menghiraukan keselamatan diri,pemuda ini menyelamatkan 'maruah' BN iaitu dengan menyelamatkan bendera daripada bergelimpangan dan dilanggar kenderaan.
Video
Masih ramai yang ikhlas dalam perjuangan.Ini salah satu lagi contoh.Mengenai anggota polis pula
Insiden seorang anggota polis trafik dilanggar kereta sehingga putus kaki semasa PRK Kuala Besut amat menyedihkan hati ramai pihak.Kejadian belaku di Hadapan SK Alor Peroi, Kuala Besut lebih kurang pada pukul 4.40petang semalam ianya melibatkan motosikal Peronda Trafik jenis VFR bernombor pendaftaran WPV 2542 dan Kereta proton bernombor pendaftaran TAR 9252 .
Kejadian itu berlaku semasa G/17408 FARID HASNI BIN MAMAT (33 thn) dari KONTINJEN MELAKA dan ditugaskan di Kuala Besut sempena PRK Kuala Besut.Mangsa ditugaskan membuat rondaan bersama Asp Zainal dengan menaiki motosikal. Dari apa yang telah diceritakan oleh FARID ketika selesai rawatannya Kuala Terangganu. Sebuah kereta dari arah jalan Semerak datang dengan laju memotong kenderaan lain (double line).
Asp zainal yang berada dihadapan mengelak (sedikit bergesel), namun mangsa yg brada di belakang motosikal Asp Zainal tidak sempat mengelak (bertembung), motorsikal dan mangsa tercampak ke kiri jalan dan melanggar tembok sekolah (kaki kanan putus . dijumpai diruntuhan tembok) manakala mangsa dan motor melambung 10 meter dari runtuhan tembok.
Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital dengan ambulan. Pemandu Kereta bernama Mohd Burhanuddin bin Mohd 19 tahun masih lagi pelajar akan ditahan untuk siasatan lanjut - MKP
Ramai anggota polis cedera semasa menjalankan tugas untuk mengawal kententeraman awam.Namun ada orang awam yang tergamak menyepak terajang anggota keselamatan kita.Gua teringat insiden Bersih 3.0
P/S : Brader melahirkan rasa simpati kepada keluarga seorang anggota polis yang dilanggar semasa bertugas di PRK Kuala Besut.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com