.

Live TV Warta Rakyat

19 July 2013

Che Long tidak diberi peluang untuk berucap dalam ceramah! #PRKKualaBesut

Brader baru sahaja selesai menghadiri ceramah PAS berdekatan masjid TUDM Gong Kedak.

Ceramah ini turut melibatkan Nik Aziz yang telah uzur (dia sendiri mengaku) dan juga Kolonel Nazari,pengerusi KERABAT

Brader ingatkan dapatlah dengar sepatah dua ceramah daripada Che Long,calon PAS Kuala Besut

Tapi apa yang memeranjatkan brader ialah Che Long tidak diberi peluang untuk berucap.Sebenarnya perkara ini mengukuhkan lagi hujah bahawa Che Long tidak dibenarkan membuat apa2 kenyataan kepada media tanpa berbincang dengan pengurus kempen beliau dahulu.

Ok itu kenyataan media.Setel.Takkan lah ucapan pun pengurus kempen PAS tak bagi?

Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata padah akibatnya.Che Long telah mengaku dalam video sebelum ini bahawa beliau sekiranya menang akan mahu terus berniaga dan menyerahkan kawasan yang dimenanginya (sekiranya menang,nauzubillah) kepada orang kepercayaannya.

Kalau gua lah,gua malu beb dalam PRK yang ditandingi sendiri,tak boleh nak bagi ucapan kepada orang ramai sebab pengurus kempen tak bagi!Adios!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM