.

Live TV Warta Rakyat

22 July 2013

Banjir bukti kewibawaan Tengku Zaihan?Macam mana tu? #PRKKualaBesut

Kewibawaan calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman sebagai jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) terbukti dalam kejadian banjir besar di Kota Tinggi, Johor tujuh tahun lalu.



Perkara itu dikongsi Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique yang juga Anggota Parlimen Tenggara yang terletak bersebelahan Kota Tinggi, Johor.

“Saya mula mengenali Tengku Zaihan semasa beliau menjadi jurutera JPS dan semasa banjir besar di Kota Tinggi antara 19 Disember 2006 hingga awal Januari 2007, beliau adalah orang yang banyak membantu kami.

“Kami sentiasa mendapatkan pandangan beliau apakah tindakan yang perlu dilakukan, sama ada perlu kami memindahkan penduduk ke tempat selamat, adakah amaran awal perlu dikeluarkan dan lain-lain tindakan yang perlu dilakukan untuk keselamatan penduduk” katanya semasa berucap pada Program Kesedaran Awam Bersama Komuniti di Dataran Pasar Tani di sini, hari ini.

Banjir di Kota Tinggi dianggap paling besar dalam sejarahnya dan berlaku dalam dua peringkat, iaitu gelombang pertama pada 19 Dis 2006 diikuti gelombang kedua pada 11 Jani 2007 dan menenggelamkan hampir semua bandar Kota Tinggi.

Banjir itu terjadi ekoran angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya dan semasa itu, hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.

Justeru itu, Halimah mengingatkan penduduk Kuala Besut untuk membuat pilihan tepat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan memilih calon yang berpengetahuan luas, boleh meneruskan pembangunan dan membawa agenda untuk meningkatkan ekonomi penduduk.

Pada pilihan raya kecil itu, Tengku Zaihan atau lebih dikenali sebagai ‘Abe Ku’ di kalangan penduduk Kuala Besut dicabar calon PAS Endot@Azlan Yusof, seorang ahli perniagaan.
Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru - Sahabat Gunung

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM