BLOG POLITIK | SOSIAL | HIBURAN | INFO

17 June 2013

Tun M sokong tiada pertandingan 2 jawatan tertinggi UMNO - Respon blogger?




PUTRAJAYA, 17 Jun (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir

Mohamad menyokong penuh cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden Umno

tidak dipertandingkan pada pemilihan parti November ini.

Katanya beliau bimbang pertandingan bagi dua jawatan tertinggi yang

masing-masing disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin

itu akan menyebabkan perpecahan dalam Umno dan juga orang Melayu.

"Mengikut amalan demokrasi, kita patut ada pertandingan tetapi orang

Malaysia tidak begitu faham amalan demokrasi sebenar. Kalau kalah, mereka akan

tarik diri (keluar parti) dan tubuhkan parti lain dan ini menyebabkan orang

Melayu dan Umno berpecah lagi.

"Sehubungan itu, saya sokong kalau ada pertandingan tetapi bukan untuk dua

jawatan di puncak sekali iaitu presiden dan timbalan presiden.

"Saya biasa bertanding dulu (jawatan presiden Umno) dan saya menang dengan

43 undi saja tetapi pihak yang kalah telah bawa (mendakwa) saya ke mahkamah dan

menubuhkan parti lain... Orang kita (Melayu) berpecah kerana pertandingan,"

katanya pada sidang media di sini hari ini.

P/S  : So apa reaksi blogger-blogger Tun M?Nak tarik poll yang telah dibuat?Bigg boss dah bagi hint ni

1 comment:

  1. aku setuju 2 jwtn nih x dipertandingkn.transformasi negara sedang bergerak.ada menampakn hasil.perpaduan ahli parti semakin erat.pergerakan ahli bawahan semakin kuat.adakah negara sedang mengalami krisis ekonomi atau apa2 isu yg memudaratkn smpi perlu menukar 2 watak yg ada skrg?suasana harubiru dlm negara puak pembangkang yg cetuskn.bkn pihak kerajaan BN yg terajunye UMNO..sama2lh kita fikirkn

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com