.

Live TV Warta Rakyat

12 June 2013

'Hilang' masa PRU 13 - jadi SETPOL,Khairun Aseh patut malu dengan student!Kenapa? @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Sebenarnya brader tak paham apa yang Najib Razak fikirkan.Dan brader tak paham kenapa orang-orang yang TAK SEPATUTNYA diangkat untuk 'berdamping' dengan beliau adalah orang yang banyak memberi kesan buruk kepada karier politik beliau.Kehidupan beliau dikelilingi oleh orang-orang yang akhirnya akan memberi PELURU kepada musuh-musuh politik Najib di dalam parti  untuk menjatuhkan Najib (gua da banyak dengar usaha jatuhkan Najib lepas PRU 13 neh).Ok itu sebelum PRU 13.Supposed to be ambik lah pengajaran.

Sekarang brader nak bercerita apa yang berlaku selepas PRU 13.Baru-baru ini seorang AJK Bahagian Putrajaya iaitu Dato Khairun Aseh (Anak kepada Tan Sri Aseh - Pengerusi Perbadanan Putrajaya)  diangkat menjadi SETPOL (Setiausaha Politik) kepada Najib Razak.

Persoalannya layak atau tidak?

Persoalan layak atau tidak Khairun Aseh ini menjadi SETPOL kepada Najib Razak tidak menjadi hal kepada gua DENGAN SYARAT orang ini betul-betul buat kerja dan berusaha membantu BN memenangi kawasan Putrajaya semasa PRU 13.Namun PERSOALAN BUAT KERJA ATAU TIDAK ini,brader tertarik dengan pendedahan rakan-rakan blogger gua 

Petikan dari artikel blog Keris7Lok - Mana SETPOL baru Najib Razak ketika PRU 13 bahagian Putrajaya?
Ini bukan soal bawa anak orang balik daripada lombok. Ini cerita bantu atau tidak ketika pilihanraya yang lepas. Umum tahu Dato' Khairun Aseh adalah AJK Bahagian di Putrajaya namun kemana dia menghilang sewaktu kempen sedang berjalan? 
Keris masih ingat soalan yang diajukan kepada pemimpin atasan UMNO bahagian Putrajaya tentang mana Khairun dan jawapannya adalah entah. Keris ada sejak penamaan calon lagi untuk membantu SU Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor 
Cuba bagitahu dimana dia ada ketika itu? Apa yang dia buat? Apa kontribusi yang dilaksanakan dalam menjayakan serta memastikan Barisan Nasional kekal menerajui Parlimen Putrajaya?
Untuk artikel penuh sila klik sini . Brader juga ada baca di Blog Sangkakala mengenai isu neh.Antara petikan
Ada desas desus yang mengatakan Datuk Khairun akan bertanding sebagai Ketua Pemuda Bahagian Putrajaya, wahhh..hebat la kalau macam tu, tapi setahu Sangkakala beliau tidak terlibat dalam kempen pilihanraya semasa Setiausaha Agung UMNO bertanding sebagai ahli parlimen Putrajaya yang di tentang oleh Naib Presiden PAS Husam Musa dalam PRU yang lepas. 
Perkara ini Sangkakala dapat tahu daripada jentera Putrajaya sendiri, mereka rata rata mengatakan bahawa Datuk Khairun tidak turun membantu dalam kempen tersebut, alih alih nak bertanding Ketua Pemuda Bahagian? 
Ishhh..takkan dah menang Datuk Seri Tengku Adnan baru le nak tunjuk muka semata mata nak bertanding ketua pemuda, nak tambah aset yang ada ke?
Ok semakin menarik.Dengar pulak nak bertanding sebagai Ketua Pemuda.Eh, mampos la Putrajaya kalau dapat Ketua Pemuda yang macam ni.PRU 13,tak turun berkempen.PRU bhai!Bukan main-main!

Dah tu bagaimana dia boleh terpilih?Adakah melalui 'DADYKABEL' seperti yang dikatakan di dalam blog Double Y - macam komfem je!

Dan komfem,spesies macam ni akan mengundang Najib Razak ke kancah masalah ibarat membuka 'Pandora Box' bak kata blogger 1Peluru dalam artikelnya disini

Najib Razak perlu ingat,beliau sendiri yang mentakrifkan 'Pengkhianat parti' sejurus sahaja beliau mengumumkan senarai calon untuk bertanding pada PRU 13.Mengenai cerita pengkhianat parti ni brader tertarik dengan tulisan dari blog APA dan antara petikan dalam artikel tersebut ialah

"Pengkhianat Parti" adalah ahli Umno yang menentang aspirasi dan kehendak Presiden Umno dengan 
1. Mensabotaj calun parti sama ada secara terang atau secara senyap. 
2.Enggan/tidak turun berkempen untuk calun yang dipilih pucuk pimpinan saperti yang dikehendaki sepanjang tempuh berkempen. 
Untuk dua KATEGORI diatas Datuk Khairun Aseh bukan sahaja HILANG.Sewaktu 2 minggu tempuh berkempen untuk Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur untuk P 125 Putrajaya bahkan dia memang tidak pernah aktif (hilang)selama lebih 4 tahun dan ini boleh disahkan oleh ramai ahli Umno Bahagian Putrajaya. 
Lebih memalukan lagi bila Khairun Aseh merupakan ahli cawangan dimana Datuk Tengku Adnan Tengku Mansur adalah ketuanya.Apakah tindakan Khairun Aseh tidak bersama berkempen sepanjang 2 minggu kempen PRU13 tidak melayakan beliau digelar "Pengkhianat Parti"?
 Kenapa Khairun Aseh patut malu dengan student?

Hah!Ni baru brader nak kaitkan dengan tajuk entry brader.Kenapa Khairun Aseh patut malu dengan student.Kaitannnya mudah

1) Khairun Aseh - AJK UMNO Bahagian Putrajaya - Tidak turun berkempen dan tidak membantu Tengku Adnan menentang Husam Musa

2) Student yang kita tidak tahu latar belakang pulak yang membantu Tengku Adnan untuk berkempen membantu BN.Persoalannya student mana?Jom tengok




Dear Khairun Aseh,adakah anda rasa student-student ni adalah AJK UMNO Putrajaya?No!Tetapi kenapa mereka sanggup turun ALL OUT sepanjang 14 hari berkempen membantu Ku Nan?Sebab mereka mempunya kesedaran bahawa mereka ingin melihat kerajaan yang ada sekarang ini terus kekal memerintah.Bukan di Putrajaya sahaja tau tapi di LEBIH 15 PARLIMEN YANG MENJADI  HOT SEAT.

Siapa mereka?Mereka adalah mahasiswa penyokong BN yang diambil dari seluruh IPT.Kombinasi mantap antara Mahasiswa-Biro IPT UMNO-UMB menghasilkan benih yang baik untuk kelangsungan BN khasnya di IPT tempatan.

Tapi lu?Kalau macam gini lah perangai yang ditunjukkan,maka tak mustahil melingkup lah BN di Putrajaya.Please take note Najib Razak dan Ku Nan.

Najib Razak perlu cepat sedar

Brader tak suruh ambik budak-budak reramai ni jadi SETPOL Najib Razak tapi biarlah ambil ORANG YANG BETUL,ORANG YANG BUAT KERJA,BUKAN DADY KABEL,BUKAN ZINKABEL DAN BUKAN JAYKABEL atau MANKABEL.

Artikel ini ditulis atas kesedaran dan sedikit teguran kerana brader tahu masih ramai sayangkan Najib dan TAK MAHU pihak lain menggunakan peluang ini untuk MENCANTAS Najib pada pemilihan yang akan datang.Banyak dah brader dengar ni.Dah ada blogger pun dah siap KELUARKAN  POLL berbunyi "Apakah Dato Seri Najib Tun Razak harus kekal sebagai presiden parti Umno?"

Malangnya puak-puak yang nak jatuhkan Najib  ini jugaklah yang dipuja dan ditantang bagai minyak yang penuh dan akhirnya.....Sendiri fikir baik-baik la Dato Seri

Mengenai hal ni,bolehlah rujuk blog APA atau nanti brader bukak cerita lain.Jeng Jeng Jeng..!

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM