.

Live TV Warta Rakyat

26 June 2013

#HanyaDiKedah Sudah-sudahlah Team Media Kedah!

BN menang,Kedah senang,blogger dilayan macam gampang?
Brader tertarik dengan artikel yang baru dikeluarkan oleh tiga rakan blogger brader iaitu Sangkakala , Double Y dan juga Kulaan Niring mengenai isu blogger daripada Team Media Kedah yang dipinggirkan oleh UMNOKedah.

Sebenarnya isu ni bukan isu baru.Isu ni dah lama terjadi.Sehingga selepas PRU pun brader tak nampak pengiktirafan daripada UMNO Kedah kepada TMK yang tidak putus-putus menyerang pembangkang dan berusaha memenangkan BN semasa PRU dan sebelum lagi.


Gambar di atas ialah contoh pendedahan yang dilakukan oleh kumpulan blogger yang dianaktirikan (TMK) oleh UMNO Kedah.Sekarang ni brader nak tanya,mana pendedahan ekslusif yang dibuat oleh blogger upahan Ahmad Bashah mengenai isu di Kedah????

Daripada gambar di atas pun kita boleh tahu bahawa Team Media Kedah mempunyai struktur organisasi yang jelas.Dalam apa-apa perkara sekalipun perkara yang paling asas dalam sesebuah organisasi adalah struktur.Kalau tak ada struktur yang jelas,apa yang diharapkan untuk menumbangkan kerajaan PAS di Kedah sebelum ini?Jadi brader nak tanya blogger upahan Ahmad Bashah,apakah mereka mempunyai struktur yang jelas seperti TMK?


Lu orang nampak tak apa yang gua nampak?Dalam sebulan purata 200 artikel.Gua rasa  tengah berak pun budak-budak TMK ni buat artikel menyerang pembangkang lah!

Blogger upahan BN Kedah ada ke macam ni?

Stesyen radio sendiri

Brader secara peribadi pernah pergi melihat STESYEN RADIO ONLINE yang diberi nama darulamanFM.com.Cuba teka apa kelengkapan yang mereka buat untuk mengusahakan radio online ini?Ofis?Konti radio? NO! - Mereka hanya buat di dalam rumah sendiri yang dikendalikan oleh blogger Aktivis Pendang Junior (APJ)

Apa tujuan mereka buat stesyen radio bagai ni?Tujuan mereka adalah untuk menarik anak muda supaya berhibur sambil menyampaikan mesej-mesej daripada BN Kedah sebelum PRU lagi! - Bro ini level team media yang dianaktiri oleh UMNO Kedah.Tapi brader rasa blogger upahan Ahmad Bashah mesti lagi perform,mesti lagi tinggi level diorang dalam menyampikan mesej daripada BN Kedah (baca dalam nada sarkastik)

Sudah-sudahlah Team Media Kedah!

Kadang-kadang dalam perjuangan kita boleh bertolak ansur.Kita boleh berkorban.Tapi kalau sehingga tahap tidak dipandang dan lebih teruk lagi orang lain yang menuai hasil (baca : blogger upahan BN Kedah) itu kita perlu fikirkan semula peranan kita.

Info terbaru yang brader dapat,walaupun dianaktirikan tapi TMK siap buat kerjasama dengan Warta Rakyat untuk menyiarkan kuiah agama yang dibuat oleh MB Kedah secara live lagi.Takkan pemimpin UMNO Kedah masih buta dan tidak melihat apa yang mereka mampu dan sanggup buat UMNO?

Brader nasihatkan supaya TMK tak payah susah-susah buat promotion,serang pembangkang lagi sebab semua tu boleh dibuat oleh blogger upahan Ahmad Bashah.Ok?Adios! 

Ni brader ada lagu yang lagi sedap daripada lagu yang Double Y dengan Kulaan Niring bagi


P/S : Kalau pemimpin UMNO dan exco-exco Kedah masih tak nampak lagi usaha budak-budak TMK ni,tu bukan buta perut tapi memang dilahirkan buta.


1 comments:

  1. SALAM SAHABAT,

    TAK PERLU KITA HERAN DENGAN SIKAP PEMIMPIN UMNO.MEREKA EGO TINGGI DAN RASAKAN MEREKA AJE BOLEH MENANGKAN PARTI MEREKA.SELURUH MALAYSIA BERPERANGAI MACAM TU.

    YANG PENTING TANYA DIRI KITA SENDIRI.SIAPA PERLUKAN SIAPA?KITA PERLUKAN DIA ORANG,ATAU DIA ORANG PERLU KAN KITA?

    PRU 13 NASIBLAH MEREKA MENANG.KERANA PEMBANGKANG PUN BANYAK HURU HARANYA.

    TENGOKLAH NANTI BILA PEMBANGKANG SUDAH JADI BAIK DAN BAGUS TIADA ISU BESAR ATAU SKANDAL,MASA TULAH PEMIMPIN UMNO TAHU LANGIT TINGGI RENDAH DAN MENGGELUPUR MENCARI BLOGGER MACAM KITA.

    MASA TU SUDAH TERLAMBAT,KITA PULAK PANDANG DIA ORANG SEBELAH MATA!

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM