Live TV Warta Rakyat

9 May 2013

Kaki Ustaz Azizan terpaksa dipotong?

Status terkini kesihatan Mantan MB kedah : Kedua belah kaki Ustaz Azizan terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak akan menjalani pembedahan bagi memotong kedua-dua belah kakinya esok untuk mengelak jangkitan kuman, kata Setiausaha Akhbarnya Mohd Helmi Khalid.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan," katanya di sini hari ini.

Aku mohon kepada rakyat Malaysia marilah sama sama kita berdoa agar ust Azizan cepat sembuh.. kepada Pas adakanlah solat hajat kumpulkan seramai mungkin ahli ahli dan rakyat jelata memohon kepada Allah SWT agar Ust Azizan sihat..

Tolak ketepi dulu perbezaan ideologi politik.Yang penting Mantan MB Kedah sihat - Sumber Medan Tempur Kedah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comments:

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM