Pengerusi Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK) atau lebih sinonim dengan gelaran MACAI (Mengangguk Aje Cakap Anwar Ibrahim) berpendapat bahawa Dato' Husam Musa lebih layak berada di kerusi Perdana Menteri sekiranya menang di Parlimen Putrajaya.
Kah Kah Kah!
Prinsip mane dia belajar ni?Adakah jawatan presiden dalam parti ni tak ada apa-apa function sampai dia rasa Presiden PAS Haji Hadi tak mempunyai kekuatan politik setanding dengan Husam Musa?
Kesian Hadi Awang!
Apa lah nasib pak Haji Hadi ni apabila anak buah sendiri tak rasa presiden PAS lebih layak menjadi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menang PRU 13.Apa kekuatan politik Husam?Apa pulak kurangnya Hadi Awang?
Puak Erdogan
Brader percaya kucar-kacir dalam PAS ni berpunca daripada munculnya puak-puak Erdogan dalam PAS.Siapa puak Erdogan ni?
Berdasarkan kepada cakap-cakap politik ahli-ahli Pas, puak Erdogan yang dipimpin oleh Naib Presiden, Husam Musa dan Setiausaha Agung, Kamarudin Jaafar semakin berpengaruh selepas pilihan raya umum lalu.
Pergelutan dua kumpulan itu turut dirasakan tempiasnya di peringkat negeri antaranya kemelut di Selangor apabila kumpulan ulama mula menyingkirkan beberapa pemimpin puak Erdogan, yang dituduh tidak lagi membawa aspirasi sebenar parti itu. Istilah Erdogan merujuk kepada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan (dianggap pemimpin liberal Islam) sebagai menggambarkan golongan moderat dalam Pas.
Percaturan golongan tersebut dalam politik lebih berkiblat kepada Anwar pemimpin luar parti senario yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Pas. Selain Hadi dan Nik Aziz, Anwar menjadi rujukan penting sebahagian pemimpin dan ahli parti berkenaan.
Dengan kata lain, beliau ada cengkaman dalam Pas. Tidak hairan jika puak Erdogan dilihat terbawa-bawa dengan agenda perjuangan peribadi Anwar termasuk untuk menjadi Perdana Menteri dan melindunginya dalam isu moral. Inilah yang mencetuskan kebimbangan golongan ulama yang selama ini menjadi nadi kepada Pas. Mereka (Erdogan) lebih memikirkan Anwar daripada membela kepentingan umat Islam yang sepatutnya menjadi perjuangan Pas.
Semua ni agenda Anwar untuk jatuhkan pimpinan tertinggi dalam PAS?
Ya.Tak lain tak bukan ini adalah perancangan Anwar Ibrahim yang telah set up ramai budak-budak dia dalam PAS termasuk mahasewel untuk menyokongnya lebih daripada menyokong pimpinan ulama' PAS seperti Haron Din,Nik Aziz,Hadi Awang dan Harun Taib.
Bukti sudah ada.Azan Safar adalah mahasewel yang dilihat lebih pro kepada Anwar Ibrahim berbanding Nik Aziz dan Hadi Awang.So Husam adalah orang Anwar,maka pastilah Azan Safar lebih menyokongnya berbanding Hadi Awang mahupun Nik Aziz,betul?
Kalau tak masakkan dia boleh berpandangan bahawa Husam Musa lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding presiden partinya sendiri?Lebih baik cadangkan Husam Musa jadi presiden PAS,singkirkan Hadi Awang!Kan Husam Musa lebih mantap kekuatan politiknya? (menurut kata Azan Safar lah)
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com