Penduduk Lembah Pantai ikhlas menghargai segala sumbangan Raja Nong Chik. Tetapi dalam tempoh 2 minggu kempen pilihanraya, Ambiga sudah 4 kali datang Lembah Pantai berkempen menjatuhkan Raja Nong Chik, Anwar Ibrahim sudah turun berkempen memenangkan anaknya dan akan turun lagi dalam minggu terakhir.
Wan Azizah sudah 3-4 kali turun malah turut menangis tagih simpati kaum wanita di Lembah Pantai, Nik Aziz sudah turun ke Pantai Permai buat gimik pelancaran surat Yusof Al-Qardhawi, Ustaz Azhar Idrus sudah turun ke Bazaria Pantai, Muhd Muhd Taib aka "Mike Tyson" yang baru masuk PAS sudah turun ke Pantai Ria.
Tian Chua sudah beberapa kali memberi ceramah, Sivarasa Rasiah sudah hadir meracuni pemikiran penduduk Sentosa, Teresa Kok akan turun, Lim Guan Eng akan datang, khabarnya Md Sabu akan turun, malah ada kemungkinan Karpal dan Lim Kit Siang akan turun.
Semuanya utk menjatuhkan Raja Nong Chik. 14 vs 1. Adakah Raja Nong Chik akan berdiri berseorangan, atau adakah rakyat Lembah Pantai mahu dia terus menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kali ini ditambah dengan menjadi Wakil Rakyat Lembah Pantai?
P/S : Selamat Tinggal Nurul Izzah
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tunggu Maha-thir turun Lembah Pantai. Sebagai lumrah di mana ada Anuar di situ ada Mahathir.
ReplyDelete