BLOG POLITIK | SOSIAL | HIBURAN | INFO

30 March 2013

Video polis nazak semasa insiden Memali tersebar!


Putar belit PAS didedahkan di dalam video Memali yang belum pernah anda lihat

Saksikalah di dalam video ini di mana wanita dan kanak-kanak dijadikan sebagai perisai bahagian hadapan. Ini bertentangan dengan prinsip Islam sendiri di mana pemimpin terutama kaum lelaki wajib berada di barisan hadapan sesuatu peperangan. Jelas di dalam video ini pihak Polis bertindak dengan tenang untuk menyuraikan orang kampung yang bertindak agresif. Rakaman oleh pihak Polis di dalam Madrasah Ibrahim Libya juga memperlihatkan pengaruh PAS, Syiah di Iran serta Muammar Ghaddafi dari Libya. Amanat Haji Hadi menjadi sumber rujukan perjuangan mereka.

Saksikan juga temubual dengan bapa Ibrahim Libya. Bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yg berlaku (klik sini). Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang Kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

Video kedua pula mendedahkan seorang anggota polis sedang nazak akibat diserang oleh pengikut PAS di Memali akibat daripada amanat sesat Haji Hadi yang berkepentingan politik.

Ini merupakan situasi sebenar yang berlaku, bukan versi rekayasa oleh PAS kerana kandungan 'Kertas Putih' telah dibentang dan disahkan di Parlimen dengan kehadiran wakil PAS dan pemimpin pembangkang sendiri. Kertas Putih Memali boleh dibaca dan diperolehi disini

Saksikan video kedua Memali yang tidak mampu diputarbelit oleh PAS lagi


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com