Gambar salah seorang dipercayai anggota komando VAT69 yang terkorban di Lahad Datu - Gambar bersama keluarga |
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.
Menurut halaman Kelab Penyokong Polis DiRaja Malaysia
“Al- fatihah kepada G/17984 skuad 2/2006″ Insp Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin dari Unit 69 Komando yg telah terkorban semasa pertempuran di Lahad Datu hari ini. G/17984 skuad 2/2006″ - Berita lanjut akan menyusul
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com