.

Live TV Warta Rakyat

26 March 2013

Analisis ringkas - Gelombang penentangan ulama pondok terhadap PAS #TolakPAS


Sedikit analisis ringkas mengenai penentangan ulama pondok terhadap PAS

Penentangan demi penentangan yang dilakukan oleh ramai ulama' terhadap kepimpinan PAS pada hari ini akan memberi tamparan hebat kepada parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu.Gelombang penentangan ini semakin hari semakin kuat dan bakal memberikan impak yang besar terhadap undi kepada PAS pada PRU 13 yang akan datang.

Angka 10,000 bakal menjadi igauan ngeri buat PAS

Jika PAS memandang ringan angka 10 000 ini  maka dengan sendirinya PAS ibarat menggali lubang kubur sendiri.Mengapa?Mari kita lihat

Dari potal MySuara.net :


BACHOK – Kira-kira 10,000 ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam, ustaz muda dan bekas ahli Pas menyatakan kesediaan mereka untuk bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13.

Antara pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK), Pendita dan Selamat Tinggal Pas (STP).

Mereka turut mengulangi perisytiharan yang dibuat sebelum ini iaitu mengundi Pas pada PRU-13 adalah haram dan perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Pertubuhan itu juga menegaskan kerajaan Pas Kelantan bukan sebuah kerajaan Islam sebenar dan ia wajib ditukar pada PRU-13 nanti.

Ahli Jawatankuasa Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata, kerjasama Pas dalam pakatan kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku Pas hanya menjadi pak turut DAP. “Kita mengisytiharkan bahawa PRU-13 merupakan jihad moden iaitu wajib mengundi BN dan haram sokong PR atas beberapa sebab yang bercanggah dengan Islam.

“Pas hari ini sudah tersasar jauh, sudah menggadaikan akidah apabila sanggup membenarkan orang bukan Islam mengguna pakai nama Allah dalam bible versi Melayu dan diguna pakai di gereja-gereja, maka kita yang berpegang kepada akidah Islamiah sebenar, wajib melihat perkara ini, membuat keputusan betul, menolak PR.

“Wajib kita bersama dengan UMNO dan BN, haram kita mengundi Pas pada PRU-13 inilah sepakat kita golongan ulama dan seluruh rakyat negeri Kelantan yang berpendidikan agama,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui pada Program Deklarasi NGO Tolak Pas yang dihadiri kira-kira 200 orang di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tawang di sini hari ini.

Dakwa Mohd. Syamsul, Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mempermain-mainkan akidah apabila mentafsirkan Surah Taha ayat lima dengan mengatakan bahawasa tuhan bersila lendik di atas arasy. Sedangkan bagi umat Islam yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah tegas beliau, tafsiran sebenar ayat itu ialah Tuhan Yang Maha Pemurah menguasai arasy, bukannya Tuhan itu duduk bersila di atas arasy (iaitu sifat yang menyamai makhluk).

“Begitu juga beliau mengatakan Nabi Muhammad (SAW) seperti mamat-mamat kampung, seperti orang biasa. Mana sama, tidak sama, sebab Nabi suci, maksum daripada alam nur lagi.

“Apabila Musyidul Am Pas mengatakan Nabi ini umur 40 tahun barulah sempurna, sebelumnya seperti mamat di kampung, seperti rakyat biasa, salah. Mamat di kampung, rakyat biasa buat dosa, Nabi tak pernah buat dosa dan kesilapan, ini bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah,” katanya.

Beliau turut merujuk pelbagai tafsiran yang diberikan oleh pemimpin Pas mengenai kerjasama mereka dengan DAP yang menurut Mohd. Syamsul hanya menunjukkan Pas menjadi pengikut manakala DAP menjadi imam.

Akibat menjadi makmum, Pas sanggup beri apa sahaja kepada DAP, hatta ribuan hektar tanah di Gua Musang, selain merelakan penjualan arak secara terbuka di negeri yang mereka perintah, iaitu Selangor, menyaksikan Exco Pas, Datuk Hasan Ali dipecat kerana DAP marah apabila merampas arak yang dijual secara terbuka.

“Maknanya, DAP imam Pas menjadi makmum, pak turut, menjadi pengikut yang mengikut apa sahaja walaupun bercanggah dengan agama, walaupun terpaksa menggadai akidah, kalimah Allah, mengatakan Nabi seperti manusia biasa dan sebagainya.

“Dia (Pas) sanggup lakukan apa sahaja kerana hendak berpakat dengan DAP menuju ke Putrajaya, yang jelas hari ini Pas sudah tersasar jauh daripada matlamat yang sebenar, maka wajib kita bersama UMNO dan BN, haram kita mengundi Pas pada PRU-13,” tegas beliau.
Ulasan : Melihat kepada isu pokok yang menjurus kepada ketidakpuashatian ulama-ulama ini adalah berpunca daripada isu Kalimah Allah yang gagal dipertahankan oleh PAS.Ini menunjukkan ulama-ulama ini begitu tegas dengan isu yang melibatkan akidah.
Jika PAS yang dikatakan parti yang memperjuangkan Islam ini dilihat gagal mempelihara kalimah Allah,bagaiamana mereka boleh diharap untuk menegakkan syiar agama sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya?Itu belum cerita janji kosong PAS mengenai hudud.Itu belum cerita bab DAP yang chuvinis.Itu belum masuk bab moral pemimpin agung Pakatan Rakyat (bila masa rakyat berpakat dengan mereka) bernama Anwar Ibrahim
Penangan bekas ahli PAS tegar yang kini menentang PAS
Buku 'Kafirkah Aku' yang menjadi kontroversi sebenarnya memberi kesan yang teruk kepada PAS.Banyak usaha untuk 'damage control' berkenaan penyebaran buku yang ditulis oleh BEKAS AHLI PAS seumur hidup yang kini menjadi penentang kuat PAS iaitu Zainon Ismail atau nama pena CM Afghani.
Di dalam buku tersebut terdapat hujah-hujah konkrit dimana sekiranya dibaca oleh golongan 'atas pagar' atau pihak yang sedikit menyokong PAS (atas faktor imej Islamik) pastinya akan berfikir panjang untuk mengundi parti itu pada PRU 13 ini.Brader sendiri sudah membaca buku berkenaan dan ternyata ia memberi lebih pemahaman terhadap penyelewengan-penyelewengan PAS yang bertopengkan Islam sebagai 'perisai' mereka.
Terkini Zainon Ismail juga telah membuat pendedahan bahawa terdapat rancangan untuk membunuh Tun Dr Mahathir serta menteri kabinet pada tahun 1988 olehnya seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (rujuk sini) akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi.
Mengapa kita perlu percaya Zainon Ismail?
Sebagai seorang ahli PAS seumur hidup yang kini menentang PAS,apakah kita tidak boleh mengambil pengalamannya bersama PAS?Jika hari ini penyokong-penyokong yang baru hendak berjinak-jinak dengan PAS (mungkin disebabkan PAS itu nampak Islamik) hendak mempertikaikan kredibiliti Zainon Ismail,siapakah anda?Pernah menjadi ahli PAS seumur hidup?Pernah berada bersama gerak kerja jentera PAS?Mengenali PAS luar dalam?Jika PAS itu bagus dan menjadi pejuang Islam yang sebenar,mengapa Zainon Ismail tidak duduk kekal dalam PAS?Mengapa 10,000 ulama pondok tidak bersama PAS?
Peristiwa rancangan pembunuhan Tun Mahathir pada tahun 1988 oleh Zainon Ismail dan penentangan 10 000 ulama pondok terhadap isu Kalimah Allah yang digadaikan oleh PAS pada pandangan brader berkait rapat.Mengapa?
Isu rancangan pembunuhan Tun Mahathir adalah akibat daripada terpengaruh dengan amanat Haji Hadi.Oleh kerana satu amanat dikuasai oleh kepentingan politik,habis porak peranda negara (rujuk isu Memali).Isu pokok yang ingin ditimbulkan disini ialah bagaimana PAS menggunakan pengikutnya untuk memenuhi tuntutan nafsu politik mereka.
Dan perkara seperti ini jugalah yang dibimbangkan dan ditentang oleh ulama pondok berkenaan isu Kalimah Allah.Keputusan PAS membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah apakah tidak akan memberi kesan kepada akidah umat Islam pada masa akan datang?Apakah kita mahu lihat negara porak peranda dan pisang berbuah dua kali pada masa akan datang?Jika pada masa yang lepas isu Memali yang membabitkan ketenteraman awam,adakah kali ini kita mahu melihat akidah umat Islam digugat hasil daripada keputusan PAS atas kedua-dua isu ini?
Fatwa VS Fatwa
Bekas S/U Dewan Ulama PAS Kelantan,Wan Ismail Wan Ahmad dalam satu kenyataannya turut mengeluarkan fatwa 'Haram memberi undi kepada PAS selagi ia bersekutu dengan DAP.Kenyataannya itu didedahkan oleh portal Detik Perubahan (rujuk sini).
Ini satu lagi perkara yang memeningkan kepala pemimpin PAS.Jika dahulu PAS sahaja yang begitu rajin membuat fatwa (baca dengan nada sarkastik),kini muncul individu lain yang PERNAH bersama PAS turut mengeluarkan fatwa.Jadi bagaimana?Mereka ini bekas pengikut PAS tegar.Mereka terlibat dengan gerak kerja PAS.Mengenali PAS luar dalam.Jadi bagi yang anda-anda yang baru berjinak-jinak dengan 'jenama' PAS ini hendak lebih kuah daripada sudu?
Mereka ialah produk PAS yang antara yang paling awal dilahirkan.Jadi pada brader tak perlulah yang baru berjinak-jinak dengan PAS ini bersikap seperti seolah-olah orang yang serba tahu mengenai PAS.
Penangan NGO #TUKAR pulak dah!
Muak,bosan dengan pentadbiran kerajaan PAS Kelantan,satu lagi entiti yang memeningkan pemimpin PAS ialah NGO Tukar yang berhasrat menukar kepimpinan PAS kepada BN pada PRU yang akan datang.Kalau sebelum ini kita lihat penentangan 10,000 ulama pondok yang menentang PAS disebabkan isu akidah,NGO #TUKAR pula dilhat lebih kepada menyentuh aspek yang pelbagai dan menyeluruh yang gagal ditadbir oleh PAS Kelantan.




Muncul dengan satu gelombang besar bermula dengan Himpunan Tukar Kelantan di Kota Bharu,mereka merupakan rakyat Kelantan yang begitu komited untuk menukar kerajaan PAS Kelantan pada PRU kali ini.Telah berlangsung juga jelajah ke seluruh Kelantan selepas himpunan itu oleh kumpulan ini.Hampir lebih sebulan sudah berlangsung jelajah ini.Kehadiran setiap kali berlangsung jelajah amat konsisten (ramai) .Please check kalau tak percaya (tukar-kelate.blogspot.com)
Disamping itu mereka juga kian hebat mempergiatkan gerakan siber hasil daripada pelancaran jentera siber Kelantan (BNYCT) bagi tujuan penyebaran maklumat di alam maya disamping perang saraf.
Namun begitu PAS juga telah melancarkan KEKAL yang bertujuan meraih sokongan penduduk Kelantan untuk mengekalkan kerajaan PAS yang sedia ada.Namun gelombangnya (cukup baik brader panggil gelombang) tidak sekuat TUKAR.





Bezakan gelombang mana lebih besar please!Apa pun PAS Kelantan tidak akan duduk selesa dan mungkin terpaksa berdiri bermati-matian untuk mempertahankan Kelantan daripada dirampas BN!

Koleksi rakyat jelata menyokong Najib Razak




P/S : PAS pening kepala!

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM