Mantap beb sokongan kepada PM.Biasalah bila kita buat baik mesti orang akan sokong punya.
Kali ni PM rasmikan satu program dinamakan Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM).
Memang meriah beb sambutan orang Negeri Sembilan.Beberapa minggu lepas semasa program Jelajah Anak Malaysia di Telok Kemang,kehadiran lebih kurang macam ni lah.
Apa itu program Mengubah Destini Anak India Malaysia?Jom tengok!
Laporan Jelajah Destini :
Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor.
Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM) adalah satu program Pra-Diploma yang memberi laluan khas kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada kaum India, khusus untuk mereka yang tidak mencapai gred kemasukan biasa dan mereka yang dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin tegar.
Mereka akan mendapat peluang kedua untuk mengubah nasib, selaras dengan sistem pengajian tinggi yang memastikan setiap orang berpeluang menyertai pengajian yang lebih tinggi tanpa kekangan kewangan, status ekonomi, etnik kaum ataupun persaingan kesaksamaan.
Justeru itu, Politeknik dengan kerjasama Yayasan Mengubah Destini Anak Bangsa (YMDAB) menyasarkan pengambilan pelajar seramai 1600 orang pada tahun pertama untuk ditempatkan di 20 buah Politeknik seluruh negara.
P/S : Sokongan kaum India kepada Najib meningkat lagi beb.Apa PR nk buat ni?kehkehkeh!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
The King and U
3 days ago
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com