.

Live TV Warta Rakyat

2 January 2013

Akibat tak tahan ditibai budak universiti, PENGARAH STRATEGIK PKR block mereka!Ini standard @rafiziramli ?KahKahKah @fuziah99



Lawak la hai.Brader dapat info yang Rafizi block budak-budak ni sebab tanya pasal isu air je pun.

Maybe dah tah tahan sangat sebab asik dipersoal,dia pun mengambil keputusan utk block semua yang ada

Kah Kah Kah

Lepas tu cakap twitter adalah tempat 'personal'.

Kah Kah Kah

Ni brader nak bagitau sikit lah kat abam Rafizi ni,lepas ni nak block brader,pegi mampus.Brader tak kisah.Ni pandangan brader.Tak suka?Pegi mampus.

1) Tweethandle @rafiziramli ialah tweethandle rasmi bagi dia SEBAGAI SEORANG AHLI POLITIK.Dia pun ada tulis jawatannya 'PKR Director of Strategy'-Boleh check

2) So fikir logik,bila dah menyatakan jawatan sebagai pengarah strategik sesebuah parti DI MALAYSIA di dalam ruangan media sosial,maka akaun twitter dia terbuka untuk RAKYAT MALAYSIA mengkiritik,memberi cadangan dan sebagainya.Jika Rafizi tulis dirinya sebagai Pengarah Strategik dalam RUMAH TANGGA,maka dirinya terbuka untuk dikritik oleh individu-individu di dalam ruang lingkup RUMAH TANGGA tersebut-Ini penting- kenapa?

3) Kerana segala tindak tanduk ahli politik akan mencorakkan negara pada masa akan datang-maka rakyat perlu tahu dan perlu mengkritik apa-apa tindakan yang dirasakan tidak sesuai ataupun perlu dipersoal.Maka dengan itu

4) Tindakan memblock rakyat ialah tindakan menyekat kebebasan memberi pendapat atau kritikan yang mungkin berguna kepada seseorang ahli politik

4) Sebagai ahli politik yang berwibawa,kita tak boleh hanya mendengar pandangan sebelah pihak sahaja.Jika itu berlaku maka anda bukanlah ahli politik yang rakyat Malaysia impikan kerana anda hanya suka kepada yang menyokong/memuji sahaja.Biasalah dalam politik,tidak semua orang suka kita dan terima idea kita.Asam garamlah tu

5) Dato Seri Najib Razak tidak pernah mem'block' mana-mana rakyat di dalam twitter walaupun sering difitnah dengan tohmahan yang pelbagai rasa daripada pembangkang.Bayangkan jika Najib Razak buat,maka riuhlah Malaysia.

5) Ruangan media sosial sebenarnya adalah sebagai 'praktikal' kepada kebebasan media yang bakal diterajui SEKIRANYA Pakatan Rakyat memerintah.Kenapa?

6) Jika PKR atau Pakatan Rakyat mahu memperjuangkan kebebasan media,kebebasan bersuara.Maka 'role model' nya mesti dimulakan oleh PKR/Pakatan Rakyat.Mulakan dengan sekecil-kecil perkara iaitu media sosial.JANGAN TUNGGU sehingga mendapat kuasa baru hendak praktik.Jika begitulah caranya,maka anda (Pakatan Rakyat) tidak ikhlas dalam perjuangan

7) Rafizi Ramli hanya boleh mempersoalkan tindakan mereka (budak2 universiti) yang di'block' sekiranya mereka menyerang akaun twitternya YANG DiISYTIHARKAN sebagai PERSONAL-contoh jika wujud akaun @rafiziramli_personal yang diwujudkan khas untuk ahli keluarga mahupun sahabat handai terdekat.

8) Ada juga salah seorang sahabat brader yang menyatakan dia di'block' oleh Ahli Parlimen Kuantan,@fuziah99 disebabkan-

9) Seperti mana kita tahu,YB Fuziah antara individu yang memainkan peranan penting dalam gerakan Anti Lynas.Maka sahabat brader ni pun 'mention' YB @fuziah99 dan mencadangkan 'Apa kata YB buat debat antara YB dan pihak pengurusan Lynas secara terbuka biar rakyat tengok'.

10) Sahabat brader ini memberitahu isu Lynas ialah isu berkaitan istilah istilah kimia yang sesetengah rakyat tidak faham mengenainya dan dimomokkan pula dengan persepsi bahawa Lynas itu mengandungi radiasi.Come on,jika benar isu Lynas ialah seperti yang ditohmah oleh pembangkang,mari anjur debat SATU lawan SATU.Mudah kan?

11) Selepas bertanya soalan itu kepada YB Fuziah,tidak lama selepas itu sahabat brader diblock.Come on lah,itu belum kritikan.Baru CADANGAN.sudah di'block'?

12) Selama ini bukankah Pakatan Rakyat yang beriya-iya mahu Najib Razak dan Anwar Ibrahim berdebat.Mahu rakyat tengoklah.Nilailah.Itulah.Inilah.Bila terkena batang hidung sendiri,langsung di'block'?

13) Kenapa brader bising pasal block memblock ni?Pandangan brader ini bukanlah disebabkan brader begitu suka melihat dua individu ini muncul dalam timeline brader kerana mereka cumalah seorang perempuan tua dan seorang lelaki buncit yang merasakan diri mereka begitu jaguh dalam arena politik.Lainlah kalau aweks2 cun block brader,barulah boleh meroyan.Ok.Tak lawak

14) Pandangan brader dibuat sebab cuma mahu rakyat melihat realiti dari sudut brader mengenai pimpinan-pimpinan PKR/Pakatan Rakyat yang kononnya memperjuangkan kebebasan media,bersuara

15) Mungkin Rafizi mahupun Fuziah tidak dapat menerima kritikan kerana kritikan itu datang 'directly' dari individu berkenaan tanpa tapisan mana-mana pihak.Tapi itulah guna media sosial.Pantas dan terus

16) Jadi nasihat brader yang terakhir ialah Rafizi mahupun Fuziah perlu menyediakan 'powerbank' sekiranya mengimpikan ingin menjadi ahli politik yang lebih besar daripada sekarang-kerana for sure 24 jam akan ada tweet daripada rakyat tak kiralah cadangan ke,kritikan ke bangkangan ke-Itupun jika tidak diblock.Powerbank berguna sebagai bekalan tenaga elektrik tambahan.So kalau nak powerbank yang cantik macam 'Transfomers' boleh shopping online

P/S : Agak-agak kalau brader hantar adik brader yang darjah 6 si Rafizi dan Fuziah block tak?Kahkahkah

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. salam tuan blogger brader jai, blog tuan telah kami pautkan.pohon kerjasama tuan untuk pautkan blog den ni. myHomeSoil perjuangan merentas sempadan!

    ReplyDelete
  2. slm brader jai, tolong pautkan blog kawe perigitimur.blogspot.com di blog brader jai...blog brader dah dipautkan di blog PT...tq

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM