.

Live TV Warta Rakyat

13 October 2012

Pro M UM buta sejarah,BEBAS pernah sokong Pro M.Bukti Inside!

Hari ni brader nak sambung cerita pasal puak-puak Pro M Universiti Malaya yang gila kuasa nak buat kabinet sendiri.Tapi kali ni brader nak cerita sejarah bahawa BEBAS sebenarnya pernah je menyokong Pro M UM dalam pembentukan kabinet.sebelum tu brader nak cerita pasal Bukhairy yang brader rasa tak pernah refer sejarah Pro-M UM dengan Penggerak UM kot.


Brader highlight : 'Yang selama ini berkecuali dan non partisan'.Bab berkecuali dan non partisan tu brader faham yang BEBAS ni tak bertanding dibawah tiket Pro M mahupun Penggerak.Skang ni brader nak tanya,ada ke keluar kenyataan rasmi daripada dua calon BEBAS ini bahawa mereka bersama Penggerak Mahasiswa?Namun mereka mempunyai HAK untuk mengundi semasa pembentukan kabinet.Dah tu,besar sangat ke Pro M untuk nafikan hak 2 orang calon BEBAS ni daripada mengundi siapa yang mereka inginkan untuk diangkat menjadi Majlis Tertinggi?Demokrasi bhai!

Ok,berbalik kepada cerita yang BEBAS pernah menyokong Pro M dalam pembentukan kabinet sekaligus Pro M mengisytiharkan bahawa Pro M menang.Berlaku semas Pilihanraya Kampus Sesi 2008/2009.Jom baca petikan artikel ini.Khas untuk budak-budak Pro M yang BUTA SEJARAH.Sweet kan brader tolong carikan maklumat untuk korang?Boleh buat page We Are All Brader Jai kot lepas ni.Ok sambung berita.
-----------------

Oleh: Mohd Said Sabir

Kuala Lumpur, 29 Jan - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya akan ditentukan awal minggu depan, kata seorang perwakilan kerusi umum kumpulan Pro-Mahasiswa, Mohd Ridzuan Mohammad.Sementara watikah pelantikan semua 41 calon yang menang akan diserahkan pada 5 Februari, tiga hari selepas pertemuan pertama bagi membincangkan pembentukan jawatankuasa MPP.

Anggota-anggota MPP daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali Pro-Aspirasi) dan Pro-Mahasiswa sudah dihubungi semalam untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Azarae Idris, Isnin depan.Dalam piliharaya kampus itu minggu lalu, Penggerak Mahasiswa memenangi 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus gagal mempertahankan penguasaan mereka pada sesi lalu.

Manakala pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi - menyebabkan ia tidak layak membentuk kabinet MPP dengan segera - dan calon bebas memenangi dua kerusi.Susulan itu, pembentukan rasmi MPP terpaksa ditangguhkanhampir dua minggu.

Dua perwakilan bebas - Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San - dari Fakulti Undang-undang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa .Sebanyak 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan pada sesi ini.

Jurucakap Penggerak Mahasiswa, Wan Mohd Hasif Wan Mohd Ali pula berkata pemilihan yang dipertua MPP tidak bergantung kepada jumlah majoriti kerusi yang dimenangi. Sebaliknya ia dipilih melalui undian daripada 41 anggota MPP yang menang baru-baru ini.

“Pada 1997, siapa yang akan menjadi yang dipertua dipilih oleh suara majoriti (undian terbanyak), tidak kira calon itu menang kerusi umum atau fakulti,” katanya.

Tambahnya, Penggerak Mahasiswa juga mempunyai calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan teratas badan tertinggi pelajar itu.

“Kita ada calon YDP dan timbalannya. Oleh kerana kemenangan 21-20, keadaan menjadi sukar.Jadi kita ada permintaan. Kami hendak jawatan naib yang dipertua diisi oleh calon fakulti kami,” katanya.

Dalam pilihanraya kampus sesi lalu yang diadakan pada 2007, Pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau mencadangkan, tiga jawatan naib yang dipertua MPP wajar diisi oleh pemimpin pelajar berketurunan Melayu, Cina dan India “sebagai tanda perpaduan”.Wan Mohd Hasif menambah, pihaknya tidak membuat sebarang perundingan atau pertemuan secara rasmi ataupun tertutup dengan Pro-Mahasiswa untuk membentuk jawatankuasa MPP.

Dihubungi semalam, Mohd Ridzuan pula berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meletakkan tokoh bagi yang dipertua MPP.Lagipun, katanya, calon Pro-Mahasiswa mendapat undi popular pelajar dan memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum yang dipertandingkan.

Mohd Ridzuan turut mengesahkan pihaknya tidak mengadakan perbincangan dengan Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet campuran.-Malaysiakini


Ok,brader nak bagi carta organisasi MPPUM Sesi 2008/2009 yang brader maksudkan.Pro M jangan lari.Tengok ni!

Majibai kia

-----------

Majis Tertinggi 

Yang Dipertua  : Mohd Ridzuan bin Mohammad

Naib Yang Dipertua : Chong Yah Huei

Timbalan Naib Yang Dipertua 1 : Mohamad Hafiz bin Ilyas

Timbalan Naib Yang Dipertua 2 : Yap Zhen Jun

Setiausaha : Shah Rizul Ayuni binti Zulkiply

Timbalan Setiausaha 1 : Nurul Fitrah binti Mohd Ariffin Marican

Timbalan Setiausaha 2 : Low Yu Jie

Bendahari : Benjamin Ong Jia Ming

Timbalan Bendahari 1 : Ahmad Syazwan Muhammad Hassan

Timbalan Bendahari 2 : Kokilavani A/P Sanmugam

Biro

Akademik dan Penyelidikan

Muhammad Khiratti bin Mat Zainal (Pengerusi)

Yeoh Onn Take

Amos Aw Teik Onn

Penerbitan dan Penerangan

Norzilah Jailani (Pengerusi)

Bong Kim Kien

Yau Chun Hou

Kepimpinan Kerohanian dan Pembangunan Insan

Mohd Aizat Mohd Salleh (Pengerusi)

Tan LEan Choon

Mohd Taufiq bin Sujangi

Hal Ehwal Wanita

Maryam Muneerah binti Ahmad (Pengerusi)

Nurul Jannah bte Ismail

Nor Hidayah binti Haji Nor Hassan

Ekonomi, Keusahawanan dan Kerjaya

Lee Keang Kiet (Pengerusi)

Masaida binti Mohamed Sulaiman

Muhamad Afiq bin Zaini Alamar

Perpaduan dan Kemasyarakatan

Timothy Cheng Tsin Jien (Pengerusi)

Burhanuddin Hilmi bin Mophamad Khalid

Evaely Sabet Saribu Raja

Sukan, Kesenian dan Kebudayaan

Nurul Falina binti Azizan (Pengerusi)

Mohamed Nashrudin bin Naharudin

Ng Boon Kwang

Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus

Mohd Fadzil Jamal (Pengerusi)

Helmy Faliq bin Zulqarnain

Tee Wooi Keat

Perhubungan dan Pengantarabangsaan

Nor Azween binti Mohamed Iqbal (Pengerusi)

Lim Bee San

Ng Rui Wei

Kebajikan dan Aduan

Mohamad Zaki bin Abdul Halim (Pengerusi)

Mihd Mukhlis bin Azmir

Nur Atiqah binti Mohamad Khir

Saiful Redzuan bin Yusoff 



p/s : Tulisan kuning ialah MPP BEBAS yang menyokong Pro M semasa pembentukan kabinet
----------------

Meh brader bagi gambar Dua orang BEBAS yang sokong Pro M tuh

Nor Azween Binti Mohd Iqbal : MPP BEBAS yang menyokong Pro M

Lim Bee San : MPP BEBAS yang menyokong Pro-M


Hah!Dah JELAS belum?Ke nk kena lempang sekali baru nak jelas?Adoyai!Kepada adik-adik,jangalah anda terpedaya kepada para penipu daripada Pro-M ni.Memang ayat mereka terbhaek daripada ladang.Kalau buat novel brader rasa 1 juta unit terjual.Lulz

Ok,sekarang ni brader nk cakap la ape pasal pulak sekarang Pro M nak menyalak-nyalak bila BEBAS undi Penggerak untuk seat MT?Masa PRK 2008/2009,kalau lah Pro M guna 'prinsip' yang dinyatakan oleh Bukhairy bahawa bebas tak boleh campur tangan untuk pembentukan kabinet dan kena kekal bebas,maka PRK 2008/2009 sepatutnya Penggerak Mahasiswa dah menang dah.Tapi apa jadi?Pro M hold 2 minggu pembentukan kabinet sebab untuk makesure calon-calon BEBAS tuh undi diorang masa pembentukan kabinet?Lagi lahabau kan?

TAPI.TAPI.TAPI.

Masa tuh ade ke Penggerak buat demo tak puas hati lepas tu buat statement bagai untuk memburukkan pihak Pro-M?Ada?Mereka cuma mintak untuk seat TNYDP kan?Tapi ada Pro M bagi?tak bagi bhai.Pastu ade Penggerak buat demo dan fitnah Pro-M?

Ini tak,baru kalah 4 seat Majlis Tertinggi utk PRK 2012/2013 dah nak buat KEPALA nak bentuk kabinet sendiri (rujuk sini).Dah la nak buat kabinet sendiri,berangan pulak guna gelaran SENATOR lah,TAN SRI lah.Lu orang tau tak,gelaran-gelaran tu membuatkan brader gelak hampir 2 jam tau!Kejam!Kejam!Kejam!Lulz

Tak pe Pro M,orang ingat korang dah bagus lah nk putar belit fakta.Meh brader bagi viewer blog brader untuk semalam


3049 orang view artikel mengenai pendedahan secret group MPP Pro M

3860 orang view keseluruhan semalam.TERMASUK artikel PENIPUAN PENGERUSI PRO M NASIONAL PASAL DEBAT ANTARA PENGGERAK DAN PRO M tempoh hari

Selepas lama brader tak menulis.Dan brader pun bukan la blogging since 2008.Kira oklah tu viewer camtu.Lulz

DAN INI BERMAKSUD

Sudah 3860 orang SEDANG MENYAKSIKAN PEMBOHONGAN PRO M

Dan jumlah itu juga dan mungkin lebih yang akan MENILAI UNTUK MENGUNDI PRO M PADA MASA AKAN DATANG

Faham???


P/S : Alamak.Kenapa budak-budak Pro M senyap je daripada semalam?Nak fikir jawapan naka balas ape ke?Oh,lupa malam tadi mereka ada meeting jentera.Maybe ada perancangan baru daripada mereka.So,WHAT'S NEXT??

12 October 2012

KANTOI : Pendedahan MPP Pro M UM Gila Kuasa,Akan Bentuk Kabinet Sendiri Dalam Masa Terdekat!

Pemilihan Majlis Tertinggi bagi Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) Sesi 2012/2013 telah berakhir pada Selasa malam yang lalu.Keputusan mesyuarat tidak menyebelahi MPP daripada Pro M dimana calon YDP mereka,Bukhairy Sofian GAGAL mendapat undi majoriti dalam kalangan.

Ok lah,seperti yang dijangka,komfem YB-YB Pro M ni sure tak puas hati punya sebab yelah kan,mereka kan dah siap-siap keluar poster awal-awal dengan letak muka Bukhairy besar-besar kat poster tu.Tup-tup tak dapat jd YDP...malu beb!

Ok,jadi si Bukhairy ni keluar la statement kat media milik mereka (MahasiswaKini.net).Dalam statement tu dia cakap lah 'Kami Bukan Mahu Jawatan,Tapi Keadilan'.


Yeke tak mahu jawatan ni?

Yeke...

Yeke....

Yeke....Sure?Hehehe

Yeke......?Ermmmmm

Yeke....Ok brader nak buat pendedahan..

Ok,brader dapat maklumat bahawa mereka akan mengumumkan KABINET SENDIRI dalam masa terdekat ni.Maklumat PRINT SCREEN ini ada dalam facebook,secret group MPP Pro-M sendiri yang dinamakan GENERASI OREN.Print screen ini adalah KIRIMAN DARIPADA MPP PRO-M SENDIRI yang TIDAK BERSETUJU dengan tindakan BUKHAIRY yang ingin MEMBENTUK KABINET SENDIRI..Belum lantik habis semua MT dan meroyan gila.Tak tau ke MT bukan ade 4 je tapi ada 11?Ok..


Jom kita lihat ape YB-YB kita ni sembang dalam facebook ye!


Peh!Siap nak buat baju sendiri tu bhai!Then cakap MPP yang dilantik tak mendapat mandat daripada mahasiswa?Woi!Diorang tu HEP yang pilih ke?Diorang tak diundi ke?Diorang tak bertanding ke?Ke korang nak cakap yang hanya korang yang bertanding kat UM ni?Yang Gerak punya calon tetibe dilantik oleh HEP tanpa bertanding?Budus!!Jom kita lihat sambungan perbualan mereka.Kikikikiki


Erm...Erm.....Wow...Weeehoooo!Ce tengok komen yang ada,belum apa-apa lagi dah panggil sesama mereka pelbagai gelaran yang hebat-hebat.TAN SRI BUKHAIRY!Pergh...Ni betul-betul gila nama dan gila kuasa ni...2 3 jam jugak la brader gelak sorang-sorang mengenangkan perbualan TAN SRI-TAN SRI kita ni.LULZ.Nak tengok sambungan lagi?Jom...Hehehe...

Tudia,baik punya hasut untuk berpecah si Bukhairy ni

Peh!Nak boikot tu.Sebijik macam perangai senior-senior korang masa 2009 bila tak dapat jawatan YDP.Ramai-ramai boikot dan buat perlantikan sendiri dekat bawah tiang bendera depan DTC.Lepas tu,buat page MPMUM Pro-M.Lepas tuh muncul langsung dekat bilik MPP.Eh,ade...Diorang ade muncul.Muncul MASA NAK AMBIK BAJU BATIK MPP.Time tu jelah.Lepas tu manifesto ntah kemana.Dapat surat amaran sebab tak bertugas,spin macam haram.Tu lah Pro-M.Ok,dah setel membebel,kita sambung lagi apa perbualan mereka.


Peh..Tudia...Memang THINK THANKER sejati la si Bukhairy ni.Siap nk buat konon-konon Pro-M macam menang moral lah kononnya.Gud..Gud....Siap arahkan jentera main isu calon tua lagi.Peh...Hebat-hebat anak didik PAS ni.Si Fahmi Zainol cakap kat luar sana ramai yang menunggu untuk dibela daripada MPP Pro M neh.Tudia sembang HERO.Kau ingat MPP Pro M je ke boleh bela nasib pelajar?Mentah lagi budak ni.Jom sambung lagi.Eksited pulekk nak tau lebih lanjut lagi


Ni ialah ending dia..Happy ending kan?Mereka akan meeting pukul 3 hari ni baq ang...Si Fahmi ni asik meroyan lah.Dia cakap semalam mereka dipinggirkan.Ni mesti merujuk kepada Debat Piala Perdana Menteri.Dipinggirkan macam mana kalau korang sendiri yang balik awal?Betul ke dipinggirkan?Jom kita tengok


Tengok gambar kat atas.Gambar bersama Menteri KPT,Datuk Seri Khaled Nordin.Yang dalam bulatan merah ialah Syukri,MPP Pro M untuk Fakulti Perubatan.Elok je dia dengan MPP Gerak.Tak de pulak cakap dipinggir kan and so on.Dah tu si Fahmi Zainol menghasut cakap dipinggirkan tu pehal?Padahal dia 4 orang yang balik awal.Haih.Masalah Betul lah diorang ni.Da la gila kuasa,gila nk menuduh orang pulak tu.Majibai kia

Ok lah.Brader nak buat kesimpulan lah ye..Korang sendiri macam mane diorang punya perangai lah kan.Tak dapat jawatan,nak buat kabinet sendiri.Buat benda sendiri.Macam ni ke pemimpin yang korang nak?

Mereka label :

1) MPP Pro M diiktiraf oleh mahasiswa
2) MPP Gerak diiktiraf oleh pentadbiran

Cheh!Konon lah nak cakap yang mendapat mandat daripada mahasiswa ni cuma MPP Pro-M je.Kan?Kan?

Pang!!!! (Lempang muka bagi sedar)

MPP Gerak pun dapat mandat mahasiswa lah der.Diorang naik tu atas dasar undi.Bukan tetiba HEP lantik jadi MPP.Konsep yang mudah pun tak boleh nak paham.Ape kes?Paham sebenarnnya.Tapi buat-buat tak paham dan menghasut orang lain.Bukhairy jangan terasa ok?Brader tak cakap kat Bukhairy tau.Serius.....Lulz

Dan disini saya menyeru kepada hadirin semua,janganlah terpengaruh dengan retorika dan propaganda mereka yang mengeluarkan bait-bait kata seolah-olah didusta,dizalimi..Aduh...Sungguh pedihnya pendedahan ini... (Haha)

Then brader nak anda semua faham bahawa,pemilihan kabinet adalah atas dasar demokrasi.Demokrasi asasnya undi.Jika MPP Pro-M gagal meyakinkan MPP Bebas untuk mengundi mereka,itu adalah salah Pro M sendiri.Jangan salahkan orang lain.Ye.MPP  BEBAS ini tak pernah declare pun yang mereka berada di side Penggerak.Jadi mereka kekal bebas.NAMUN IA TIDAK BERMAKNA mereka BOLEH DINAFIKAN HAK untuk mengundi semasa pemilihan kabinet!Yang Pro M duduk canang ialah CALON BEBAS PERLU DINAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MENGUNDI SIAPA-SIAPA.

Come on lah.Demokrasi ape benda ni kalau menafikan hak orang lain untuk mengundi.Nak cakap bab demokrasi tapi BODOH konsep.Serius dowh.

Kemudian,cakap yang nak jadi YDP sepatutnya daripada calon UMUM.

Come on bro.Anda sendiri tahu bahawa dalam AUKU dan buku peraturan TAK ADA MENYATAKAN bahawa calon UMUM wajib jadi MT dan YDP.Itu calon PRO M tahu.Beb.Ni brader nak cakap.Once kalu masuk bertanding PRK,kau dah iktiraf secara automatik apa sahaja syarat yang dikenakan atau tertakluk.Kerana dengan menyertai pilihanraya kampus,anda secara TIDAK LANGSUNG MENGIKTIRAF sistem PRK dan bersetuju dengannya.Brader bagi contoh,Malaysia tidak iktiraf sebuah negara.Tapi,if once Perdana Menteri Malaysia datang Israel atas nama LAWATAN RASMI,secara automatik Malaysia telah iktiraf Israel sebagai sebuah negara kerana ada 'lawatan rasmi' dan secara automatik mengiktiraf kedaulatan Israel sebagai sebuah negara.Sama jugak mamcam konsep PRK ni.Awk dah masuk sistem,so awak secara automatik telah iktiraf sistem itu.Paham??Dah,jangan malas.Pegi Google dan search pasal konsep 'PENGIKTIRAFAN'

Ok.Pro M dok sebok gebang-gebang yang Bukhairy ni mendapat undi  tertinggi dalam senarai calon umum.Duh...susah nak pahamkan orang jumud ni.Der,jumlah pelajar dalam Zon A,B,C,D dan E adalah berbeza.Kalau jumlah pelajar dalam Zon A paling ramai,memang lah dia berkemungkinan nak dapat undi paling tinggi tu tinggi.Haih!Paling sikit Zon E sebab dia pasca siswazah.So boleh ke kalau kita nak kata yang Zon E paling tak mendapat mandat mahasiswa disebabkan jumlah?

Kah Kah Kah

Ok lah.Apa pun terima kasih kepada MPP Pro M yang menghantar gambar print screen kepada brader untuk membuat pendedahan.Ingat ok Pro M sekalian dan juga MPP Pro M.Jangan ingat apa yang kita buat tu semua orang suka.Orang sendiri pun tak suka apa yang korang buat,apatah lagi orang lain.Kalau u ollz rasa apa yang u ollz buat tu semua orang suka maka itu adalah...............................................syok sendiri.Ha Ha Ha

Pesanan brader yang terakhir,sekecil mana pun jawatan yang diberi,kalau kita ikhlas nak membela nasib mahasiswa,Insyallah Allah akan tolong kita.Tak perlu nak berpecah sebab yang menjadi mangsa ialah mahasiswa.

Ingat ye MEETING MPP PRO M jam 3.OK?Hehe

Sekian tazkirah pagi daripada braderjai.......

P/S : Dalam banyak MPP Pro M,brader tengok Dahlia paling ada rasional sikit la.Sayang u lebih la camni.Ahakz!

RANDOM