.

Live TV Warta Rakyat

12 October 2012

KANTOI : Pendedahan MPP Pro M UM Gila Kuasa,Akan Bentuk Kabinet Sendiri Dalam Masa Terdekat!

Pemilihan Majlis Tertinggi bagi Majlis Perwakilan Pelajar UM (MPPUM) Sesi 2012/2013 telah berakhir pada Selasa malam yang lalu.Keputusan mesyuarat tidak menyebelahi MPP daripada Pro M dimana calon YDP mereka,Bukhairy Sofian GAGAL mendapat undi majoriti dalam kalangan.

Ok lah,seperti yang dijangka,komfem YB-YB Pro M ni sure tak puas hati punya sebab yelah kan,mereka kan dah siap-siap keluar poster awal-awal dengan letak muka Bukhairy besar-besar kat poster tu.Tup-tup tak dapat jd YDP...malu beb!

Ok,jadi si Bukhairy ni keluar la statement kat media milik mereka (MahasiswaKini.net).Dalam statement tu dia cakap lah 'Kami Bukan Mahu Jawatan,Tapi Keadilan'.


Yeke tak mahu jawatan ni?

Yeke...

Yeke....

Yeke....Sure?Hehehe

Yeke......?Ermmmmm

Yeke....Ok brader nak buat pendedahan..

Ok,brader dapat maklumat bahawa mereka akan mengumumkan KABINET SENDIRI dalam masa terdekat ni.Maklumat PRINT SCREEN ini ada dalam facebook,secret group MPP Pro-M sendiri yang dinamakan GENERASI OREN.Print screen ini adalah KIRIMAN DARIPADA MPP PRO-M SENDIRI yang TIDAK BERSETUJU dengan tindakan BUKHAIRY yang ingin MEMBENTUK KABINET SENDIRI..Belum lantik habis semua MT dan meroyan gila.Tak tau ke MT bukan ade 4 je tapi ada 11?Ok..


Jom kita lihat ape YB-YB kita ni sembang dalam facebook ye!


Peh!Siap nak buat baju sendiri tu bhai!Then cakap MPP yang dilantik tak mendapat mandat daripada mahasiswa?Woi!Diorang tu HEP yang pilih ke?Diorang tak diundi ke?Diorang tak bertanding ke?Ke korang nak cakap yang hanya korang yang bertanding kat UM ni?Yang Gerak punya calon tetibe dilantik oleh HEP tanpa bertanding?Budus!!Jom kita lihat sambungan perbualan mereka.Kikikikiki


Erm...Erm.....Wow...Weeehoooo!Ce tengok komen yang ada,belum apa-apa lagi dah panggil sesama mereka pelbagai gelaran yang hebat-hebat.TAN SRI BUKHAIRY!Pergh...Ni betul-betul gila nama dan gila kuasa ni...2 3 jam jugak la brader gelak sorang-sorang mengenangkan perbualan TAN SRI-TAN SRI kita ni.LULZ.Nak tengok sambungan lagi?Jom...Hehehe...

Tudia,baik punya hasut untuk berpecah si Bukhairy ni

Peh!Nak boikot tu.Sebijik macam perangai senior-senior korang masa 2009 bila tak dapat jawatan YDP.Ramai-ramai boikot dan buat perlantikan sendiri dekat bawah tiang bendera depan DTC.Lepas tu,buat page MPMUM Pro-M.Lepas tuh muncul langsung dekat bilik MPP.Eh,ade...Diorang ade muncul.Muncul MASA NAK AMBIK BAJU BATIK MPP.Time tu jelah.Lepas tu manifesto ntah kemana.Dapat surat amaran sebab tak bertugas,spin macam haram.Tu lah Pro-M.Ok,dah setel membebel,kita sambung lagi apa perbualan mereka.


Peh..Tudia...Memang THINK THANKER sejati la si Bukhairy ni.Siap nk buat konon-konon Pro-M macam menang moral lah kononnya.Gud..Gud....Siap arahkan jentera main isu calon tua lagi.Peh...Hebat-hebat anak didik PAS ni.Si Fahmi Zainol cakap kat luar sana ramai yang menunggu untuk dibela daripada MPP Pro M neh.Tudia sembang HERO.Kau ingat MPP Pro M je ke boleh bela nasib pelajar?Mentah lagi budak ni.Jom sambung lagi.Eksited pulekk nak tau lebih lanjut lagi


Ni ialah ending dia..Happy ending kan?Mereka akan meeting pukul 3 hari ni baq ang...Si Fahmi ni asik meroyan lah.Dia cakap semalam mereka dipinggirkan.Ni mesti merujuk kepada Debat Piala Perdana Menteri.Dipinggirkan macam mana kalau korang sendiri yang balik awal?Betul ke dipinggirkan?Jom kita tengok


Tengok gambar kat atas.Gambar bersama Menteri KPT,Datuk Seri Khaled Nordin.Yang dalam bulatan merah ialah Syukri,MPP Pro M untuk Fakulti Perubatan.Elok je dia dengan MPP Gerak.Tak de pulak cakap dipinggir kan and so on.Dah tu si Fahmi Zainol menghasut cakap dipinggirkan tu pehal?Padahal dia 4 orang yang balik awal.Haih.Masalah Betul lah diorang ni.Da la gila kuasa,gila nk menuduh orang pulak tu.Majibai kia

Ok lah.Brader nak buat kesimpulan lah ye..Korang sendiri macam mane diorang punya perangai lah kan.Tak dapat jawatan,nak buat kabinet sendiri.Buat benda sendiri.Macam ni ke pemimpin yang korang nak?

Mereka label :

1) MPP Pro M diiktiraf oleh mahasiswa
2) MPP Gerak diiktiraf oleh pentadbiran

Cheh!Konon lah nak cakap yang mendapat mandat daripada mahasiswa ni cuma MPP Pro-M je.Kan?Kan?

Pang!!!! (Lempang muka bagi sedar)

MPP Gerak pun dapat mandat mahasiswa lah der.Diorang naik tu atas dasar undi.Bukan tetiba HEP lantik jadi MPP.Konsep yang mudah pun tak boleh nak paham.Ape kes?Paham sebenarnnya.Tapi buat-buat tak paham dan menghasut orang lain.Bukhairy jangan terasa ok?Brader tak cakap kat Bukhairy tau.Serius.....Lulz

Dan disini saya menyeru kepada hadirin semua,janganlah terpengaruh dengan retorika dan propaganda mereka yang mengeluarkan bait-bait kata seolah-olah didusta,dizalimi..Aduh...Sungguh pedihnya pendedahan ini... (Haha)

Then brader nak anda semua faham bahawa,pemilihan kabinet adalah atas dasar demokrasi.Demokrasi asasnya undi.Jika MPP Pro-M gagal meyakinkan MPP Bebas untuk mengundi mereka,itu adalah salah Pro M sendiri.Jangan salahkan orang lain.Ye.MPP  BEBAS ini tak pernah declare pun yang mereka berada di side Penggerak.Jadi mereka kekal bebas.NAMUN IA TIDAK BERMAKNA mereka BOLEH DINAFIKAN HAK untuk mengundi semasa pemilihan kabinet!Yang Pro M duduk canang ialah CALON BEBAS PERLU DINAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MENGUNDI SIAPA-SIAPA.

Come on lah.Demokrasi ape benda ni kalau menafikan hak orang lain untuk mengundi.Nak cakap bab demokrasi tapi BODOH konsep.Serius dowh.

Kemudian,cakap yang nak jadi YDP sepatutnya daripada calon UMUM.

Come on bro.Anda sendiri tahu bahawa dalam AUKU dan buku peraturan TAK ADA MENYATAKAN bahawa calon UMUM wajib jadi MT dan YDP.Itu calon PRO M tahu.Beb.Ni brader nak cakap.Once kalu masuk bertanding PRK,kau dah iktiraf secara automatik apa sahaja syarat yang dikenakan atau tertakluk.Kerana dengan menyertai pilihanraya kampus,anda secara TIDAK LANGSUNG MENGIKTIRAF sistem PRK dan bersetuju dengannya.Brader bagi contoh,Malaysia tidak iktiraf sebuah negara.Tapi,if once Perdana Menteri Malaysia datang Israel atas nama LAWATAN RASMI,secara automatik Malaysia telah iktiraf Israel sebagai sebuah negara kerana ada 'lawatan rasmi' dan secara automatik mengiktiraf kedaulatan Israel sebagai sebuah negara.Sama jugak mamcam konsep PRK ni.Awk dah masuk sistem,so awak secara automatik telah iktiraf sistem itu.Paham??Dah,jangan malas.Pegi Google dan search pasal konsep 'PENGIKTIRAFAN'

Ok.Pro M dok sebok gebang-gebang yang Bukhairy ni mendapat undi  tertinggi dalam senarai calon umum.Duh...susah nak pahamkan orang jumud ni.Der,jumlah pelajar dalam Zon A,B,C,D dan E adalah berbeza.Kalau jumlah pelajar dalam Zon A paling ramai,memang lah dia berkemungkinan nak dapat undi paling tinggi tu tinggi.Haih!Paling sikit Zon E sebab dia pasca siswazah.So boleh ke kalau kita nak kata yang Zon E paling tak mendapat mandat mahasiswa disebabkan jumlah?

Kah Kah Kah

Ok lah.Apa pun terima kasih kepada MPP Pro M yang menghantar gambar print screen kepada brader untuk membuat pendedahan.Ingat ok Pro M sekalian dan juga MPP Pro M.Jangan ingat apa yang kita buat tu semua orang suka.Orang sendiri pun tak suka apa yang korang buat,apatah lagi orang lain.Kalau u ollz rasa apa yang u ollz buat tu semua orang suka maka itu adalah...............................................syok sendiri.Ha Ha Ha

Pesanan brader yang terakhir,sekecil mana pun jawatan yang diberi,kalau kita ikhlas nak membela nasib mahasiswa,Insyallah Allah akan tolong kita.Tak perlu nak berpecah sebab yang menjadi mangsa ialah mahasiswa.

Ingat ye MEETING MPP PRO M jam 3.OK?Hehe

Sekian tazkirah pagi daripada braderjai.......

P/S : Dalam banyak MPP Pro M,brader tengok Dahlia paling ada rasional sikit la.Sayang u lebih la camni.Ahakz!

2 comments:

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM