.

Live TV Warta Rakyat

19 December 2012

Hampir 300 Keluar UMNO di Sabah.Betul ke? Apa nak jadi?



KOTA KINABALU - Seramai 340 anggota Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Islam Sabah (Perkebas) hari ini MENYERTAI Umno kerana percaya pada perjuangan parti yang mempunyai keanggotaan seramai 3.5 juta itu.

Borang keanggotaan mereka diserahkan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu Datuk Seruji Nawawi pada majlis pelancaran pertubuhan itu di Wisma Wanita di sini.

Ketua Penerangan Umno yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang melancarkan pertubuhan itu turut menyaksikan upacara penyerahan borang keanggotaan itu.

Pengasas Perkebas Mohd Shahni Ismail berkata pertubuhan itu mempunyai anggota seramai 1,400 orang sejak ditubuhkan bulan lepas dan mereka yakin pada perjuangan Umno yang selari dengan prinsip pertubuhan itu.

"Sesuai dengan situasi politik masa kini, kami percaya pada perjuangan Umno yang mirip Perkebas - mengutamakan prinsip agama Islam untuk memajukan negara dan kami mahu membantu apa yang boleh untuk kerajaan dan negara," katanya - Bernama

P/S : Salah pulak.ingatkan keluar UMNO,.Rupanya masuk UMNO.Kah Kah Kah.Hanya orang-orang berkepentingan dan kecewa sahaja yang keluar UMNO.Yang lain masih steady!

3 comments:

  1. Hahaha... Bikin goyanggg jerr bro.... Mana mungkin sabahan begitu... Ekekek

    ReplyDelete
  2. As Salam bro,

    Mohon dilinkkan blog teman ye.

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Latest post blog:

    http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/baik-punya-tak-payah-ke-danok-hadyai.html?m=1

    Semoga persahabatan bertaut dalam perjuangan.

    Tq boss..

    ReplyDelete
  3. Cehhh, bikin gempak je. Gua baru nak call adik tanya hal ni, tapi bila baca, rasa terharu pulak.

    Adik gua di Semporna, bro.. Orang Sabah tahu bezakan intan dan kaca.. Tak mudah diperdaya macam sesetengah orang kita.

    Insya-Allah Sabah kekal bersama BN.

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM