.

Live TV Warta Rakyat

7 November 2012

Serius,kempen Baru Pakatan Rakyat ni bagus.Kenapa?

Wow!Kempen terbaru Pakatan melalui poster 'Pakatan Jamin Masa Depan Anda' serius bagus.Kerana,ia merupakan satu ubat yang mujarab bagi mereka yang menghadapi masalah tekanan perasaan kerana kempen ini adalah bahan yang sesuai sebagai modal untuk kita gelak bersendirian mahupun berjemaah!

Kah kah kah!jom kita tengok 'sedikit' jaminan masa depan yang telah 'dibawa' oleh Pakatan sepanjang mereka memerintah 4 buah negeri.

-----

Sebelum PRU 2008, Anwar berkata di Pulau Pinang, "Saya cakap, kalau pilihanraya umum bulan 12, kalau PKR menang bagi saya satu bulan sama-sama dengan DAP dan PAS, bagi saya satu bulan saja, saya kasi bersih dan cat seluruh Padang Tembak".

Hari ini, setelah 3 tahun memerintah Pulau Pinang, "hapa pun tarak" di Padang Tembak.

Kata Anwar lagi kepada penduduk Kg. Buah Pala, Pulau Pinang, "you percaya cakap saya…Kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu….2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni.."

Selepas sahaja menang PRU 2008, Kampung Buah Pala benar-benar selesai…dan tinggal dalam lipatan sejarah sebagai bukti kekejaman DAP dan penipuan Anwar.

DAP pula berkata merekalah parti yang mengamalkan ketelusan, tanggungjawab dan cekap (CAT) serta sering mengecam UMNO sebagai rasis. DAP berjanji jika mereka memerintah, mereka akan berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum.

Selepas sahaja menang PRU 2008 dan menerajui Pulau Pinang, kampung-kampung dan gerai Melayu dan India seperti Kampung Jalan Pokok Asam Jelutong, Kampung Permatang Tepi Laut dan Batu Maung di roboh atas berbagai alasan tanpa perbincangan atau pertimbangan. Tetapi, kampung dan gerai Cina tidak pula disentuh walaupun kebanyakan gerai Cina di Pulau Pinang sememangnya menyakitkan mata dan menyesakkan lalulintas seperti di Raja Uda, Chai Leng Park, Georgetown.

Kampung Pulau yang 100% penduduk adalah Cina, boleh pula diajak berbincang, diberi masa dan bantuan termasuk khidmat peguam sewajarnya bagi menangani masalah tanah kampung mereka. Sedangkan kampung India dan Melayu dihalau bagai kucing kurap.

PAS Kedah juga tidak ketinggalan dalam menabur janji. Tetapi, janji PAS Kedah lebih bersifat umum dan tiada tempoh masa tertentu seperti Anwar. PAS Kedah menjanjikan kesejahteraan kepada rakyat dan akan lebih prihatin dan mengambil berat tentang rakyat berbanding BN.

Namun, apa yang berlaku di Kedah setelah 3 tahun PAS memerintah adalah sebaliknya. Sudahlah rakyat dibebankan dengan kenaikan tariff air negeri sehingga 44%, kerajaan negeri juga menyukarkan lagi urusan pembayaran bil air. Ini kerana 1 Mac lalu, Syarikat Air Darul Aman (SADA) memberhentikan khidmat membayar bil air di pejabat-pejabat pos bagi menjimatkan wang negeri dari membayar komisen kepada pejabat pos.

Ini bermakna lebih 500,000 pengguna bekalan air SADA adalah penduduk pedalaman yang sebelum ini membayar bil air di 46 pejabat pos di seluruh negeri kini terpaksa mengambil teksi atau bas ke bandar yang kadangkalanya sejauh 40km dari kampung mereka semata-mata untuk membayar bil air. Lebih menyukarkan lagi apabila cuma terdapat 16 tempat yang boleh menerima pembayaran bil SADA dan SADA pula hanya membuka kaunter dari jam 8 – 3.30 petang dan ditutup pada hujung minggu.

Akibatnya, rakyat Kedah jangankan sejahtera, tetapi jatuh ditimpa tangga di bawah naungan PAS. Sudahlah tariff air meningkat, ditambah pula dengan minyak kereta, tambang bas atau teksi untuk membayar bil di pekan besar.

Selain itu, rakyat Kedah juga terpaksa hidup bersama longgokan sampah sarap yang menimbun di sekeliling mereka kerana kerajaan PAS Kedah gagal mencari penyelesaian terbaik bagi menangani masalah kontrak mengangkut sampah.

Maka sejahteralah rakyat Kedah di celah-celah sampah.

Ini hanyalah sebahagian janji-janji 'kecil' yang dilafazkan oleh PR. Janji-janji kecil ini juga nampaknya tidak mampu dikotakan mereka. Itu belum lagi diambil kira janji-janji rasmi yang tercetak dalam hitam putih di dalam Manifesto PR 2008.

----

P/S : Skang ni da nampak kan 'jaminan' masa depan dpd depa?Brader menyeru kepada yang masih gelak tu tolong berhenti kerana kesian kawan-kawan pembangkang kita nanti kecik hati.kah kah kah!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM