.

Live TV Warta Rakyat

28 July 2012

Gamba photoshop terbaru Nik Aziz - jangan jadi bodoh


Nampak tak gamba kat atas?Terang dan nyata itu adalah gambar Nik Aziz yang diphotoshop untuk memalukan beliau dan memfitnah beliau untuk mengatakan bahawa Nik Aziz pegang peha perempuan yang bukan muhrim.Mostly ape yang brader nampak daripada jumlah orang yang share gambar ni akan mengatakan komen-komen seperti ini : 

"Siapalah yang sanggup buat ulamak macam ni","Ulamak adalah pewaris para nabi" dan bla bla bla bla.Jadi dalam fikiran orang yang melihat gambar ini BERKEMUNGKINAN akan fikir bahawa :

"Ini mesti kerja musuh politik Nik Aziz yang bencikan dia"

Nik Aziz : PAS

Musuh politik  PAS : UMNO/BN

Mindset : Photoshop ni kerja orang UMNO/BN

Tujuan : Membangkitkan perasaan marah rakyat (penyokong PR,Atas Pagar,bahkan penyokong BN) yang tak suka benda-benda macam neh - simpati kepada Nik Aziz

Jap,betul ke photoshop neh penyokong UMNO/BN yang buat?Jom kita tengok.Brader cerita menggunakan contoh yang mudah.

Contoh :

Katakanlah,seorang penyokong PR yang mahir dalam bab photoshop buat perkara-perkara di bawah

1) Create 1 akaun facebook (Fake account)

2) Masuk dalam group-group yang biasa digunakan untuk berdebat politik e.g Facebooker1Malaysia,Tepak Bersulam,Road to Putrajaya dsb

3) Post kenyataan-kenyataan yang menyokong kerajaan - bagi tujuan memberi persepsi kepada orang ramai bahawa  dia adalah penyokong kerajaan (menyamar)

4) Photoshop gambar Nik Aziz macam kat atas tadi

5) Post gambar yang siap photoshop dalam group-group yang dia dah join tadi

6) Buat caption gambar - contoh "Astaghfirullah,Nik Aziz meraba peha wanita.Inilah dia pemimpin PAS!!!"

Kesan kepada pembaca

1) Mereka akan menuduh musuh politik Nik Aziz memfitnah Nik Aziz dengan gambar-gambar yang tak senonoh

2) Facebooker/Blogger Pakatan Rakyat akan pickup gambar ni (print screen) dan akan menuduh bahawa UMNO/BN memfitnah pemimpin mereka sebagai modal

3) Geng-geng PR (yang telah berpakat dengan orang yang photoshop gambar Nik Aziz) akan keluarkan gambar sebenar dan dicompare dengan gambar yang telah diphotoshop seperti diatas

4) Komfem orang akan share kat facebook dan meluahkan rasa simpati tanpa kaji lebih dalam perkara-perkara macam yang dah brader sebutkan kat atas.Disebabkan ada gambar sebenar dan diletakkan sebelah -gambar yang telah photoshop,maka akan keluarlah komen-komen macam 'cybertroopers UMNO kantoi fitnah'.Padahal sendiri yang buat

5) Sokongan/simpati kepada Nik Aziz akan meningkat

6) Akhirnya persepsi berjaya dibentuk

So korang da boleh nampak kan game dia macam mana?Easily people fooled by propaganda.Tujuannya adalah untuk membentuk persepsi tak kisahlah apa asalkan orang akan menyampah kepada UMNO/BN.

So tanggungjawab brader ialah menjelaskan bagaimana 'game' ini dicipta berdasarkan pemerhatian dan kajian.Kalau anda nak tau,ini dinamakan 'Black Ops'.Black Ops atau Black Operation bertujuan mengelirukan kumpulan sasaran (pengguna media sosial).Ini baru satu.Yang lain yang kita tak tau macam mane?

Tapi kan YANG PELIKNYA,korang perasan tak,setiap kali keluar gambar macam ni mesti akan keluar gambar original yang belum diphotoshop.Pelik,macam mane dia boleh cari sumber gambar tu dalam internet?Keyword apa yang dia guna?Hebat gila.Ups!Lupa lak,sendiri yang buat kan?Mestilah dia dah save gambar tu.Sebab tu dia boleh suruh geng dia keluarkan gambar sebenar.Untuk tibai UMNO

Pembaca sekalian,harap dapat kaji dahulu sebelum membuat tuduhan.Jangan mudah terpengaruh dengan emosi.Dan,dont easily fooled by propaganda!

P/S : Bahaya beb


4 comments:

  1. biarkan mereka Allah bersama2 dengan kita, Allah lebih mengetahui kebenaran yang sebenar....

    ReplyDelete
  2. politik Melayu politik murahan dan taraf politik kedai kopi. Itulah sebabnya kebanyakan pencinta politik dari kalangan minda kelas rendah yang suka bergosip dan megata kerana tabiat yang sudah sebati dalam jiwa mereka. Orang Melayu tidak mampu melihat kehadapan. oleh itu permainan politik murahan sudan mampu menjahanamkan pemikiran mereka. Bangsa Cina dan India sudah tahu tentang ini. Hanya dikalangan orang Melayu yang tidak suka membaca buku-buku yang baik disebaliknya ghairah dengan politik mengata dan memfitnah akan mudah teruja dengan permainan ini dan lantas Melayu "bodoh" ini akan membantu mengkecundangkan bangsa mereka sendiri! Sedarlah jika tidak berhati-hati Melayu berada dalam keadaan "mentimun" kerana mereka biarkan diri mereka diperlakukan begitu!

    ReplyDelete
  3. Teori:
    Barua DAP buat photoshop
    Barua PKR upload di internet
    Barua PAS tuduh UMNO fitnah

    Di mana photo tu mula keluar?

    ReplyDelete
  4. Follow my blog & i will give you 1000 back link & traffic from my blog..

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM