.

Live TV Warta Rakyat

29 July 2012

Beb.Ade cerita menarik ni.Meh tengok!

Gambar hiasan

Satu hari yang bosan, ebee abadi keluar berjalan kaki tergesa-gesa dari rumahnya ke bazaar ramadhan yang terletak di hujung taman perumahannya. Ebee abadi pergi ke bazaar kerana tidak mahu ketinggalan untuk membeli mesin penimbang kualiti puasa yang terlatest keluaran serbanista bumiputera. Sampai di pertengahan jalan, tiba-tiba ebee abadi terpandang ke sisi kanan beliau di mana kelihatan seorang belen (baca: bohsia) sedang bertungkus-lumus memberi minum pada tiga ekor anjing peliharaan jirannya. Hal ini betul-betul memeranjatkan ebee abadi yang serba muslimut itu.


"Hey! kamu buat apa tu." Tegur ebee abadi.


"Waalaikumusalam kak ebee abadi, tak buat apa pun cuma saja nak suruh anjing-anjing ni minum. Semalam saya terbaca satu kisah pasal seorang pelacur yang dapat masuk syurga sebab bagi minum anjing. Tu yang saya dok bagi anjing-anjing ni minum, mana tau kot-kot saya pun boleh masuk syurga he he" Jawab si belen sambil dok sengih-sengih.


"Oo ni kes nak masuk syurga lah ni? Tapi tak boleh dik sebab nampak macam tak ikhlas, memang tak dapat la dik nak masuk syurga." Tegas ebee abadi.


"Eh, akak ni tau mana saya ni ikhlas ke tak?"


"Janganlah tanya dik, akak nak nasihat je tapi kalau adik betul-betul minat nak masuk syurga jugak akak boleh tolong. Ni hah ambil borang ni lepas tu isi. Confirm masuk syurga punya dik, tak cakap banyak la." Balas ebee abadi sambil menyerahkan borang tersebut yang secara tiba-tiba borang itu boleh berada di beg tangannya untuk dibawa ke bazaar. Nothing is impossible.


"Borang apa ni kak?"


"Borang keahlian muslimut hampas."


"Oo okay jugak. Terima kasih akak. Ramai jugak kawan-kawan belen saya dok cerita kalau masuk ahli ni boleh masuk syurga, pahala pun makin bertambah. Makin ramai join bawah kita, makin banyak pahala. Lepas tu saya dengar kata ada macam-macam jenis bonus pahala pula - ada jenis referral bonus, pairing bonus, matching bonus, royalti bonus, bla bla bla.. Eh eh, macam MLM pula he he he."

Baca cerita menarik selanjutnya disini

1 comments:

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM