Kalau dahulu, nama kumpulan New Boyz menjadi kegilaan buat para remaja yang begitu meminati setipa ahli dalam kumpulan tersebut.
Malah, ada di antara gadis-gadis yang sanggup melakukan sesuatu supaya cinta mereka dibalas oleh penyanyi dan setiap ahli dalam New Boyz.
Namun, kemantapan dan populariti kumpulan News Boyz semakin tenggelam sedikit demi sedikit memandangkan ahli-ahli kumpulan itu telah membuat haluan masing-masing.
Terbaru, timbul pula cerita kecoh yang tidak enak didengar.
Seorang ahli dan juga pemain bass kumpulan itu, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani, 32, atau lebih dikenali sebagai Zack berdepan dengan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, semalam, atas tuduhan mengedar 1.321 kilogram (kg) ganja di sebuah kondominium di Damansara, dekat sini, dua tahun lalu.
Menurut laporan dari Harian Metro hari ini, Zack didakwa mengedar 1.321kg ganja di K-11-9, Jalan PJU 6, Persiaran Pelangi Damansara, Petaling Jaya, jam 9.20 malam, pada 26 Januari 2010.
Zack yang juga bapa kepada dua anak didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, perbicaraan kes Zack itu akan disambung pada 24 September depan selama lima hari.
Sebelum ini, ada juga pihak-pihak tertentu yang terdengar bahawa kehidupan Zack terlalu ‘mewah’ dan ramai yang mempersoalkan tentang pekerjaannya.
Ada yang mengatakan dia menjual dadah? Betulkah tanggapan ramai pihak selepas Zack tertangkap sekarang ini?- MyNewsHub
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com