.

Live TV Warta Rakyat

7 June 2012

Panas!Nik Aziz dan kerajaanya dimalukan di tempat sendiri?Wajib baca

32 badan bukan kerajaan (NGO) telah berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.

Demontrasi yang disebut 'Tukar Acu Test Sepenggal' itu juga menunjukkan dan menyerahkan alat peralatan pembinaan termasuklah kereta sorong, cangkul, penyodok dan beberapa guni pasir yang menjadi simbol sokongan terhadap 'hasrat murni' kerajaan negeri untuk membawa pembangunan kepada rakyat, juga sebagai ingatan kepada Nik Aziz, MB Kelantan.

Pas Kelantan mempersoalkan tindakan pihak tertentu tersebut yang seolah-olah menyindir Kerajaan Negeri dengan menggunakan pelbagai gimik untuk menyediakan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai apabila memberi peluang kepada rakyat memberikan sumbangan.

Ketua Penerangannya, Dr Mohd Fadhli Datuk Hassan menyifatkan kumpulan tersebut adalah golongan yang tidak memahami dosa dan pahala apabila Kerajaan Kelantan membuka peluang kepada rakyat memberi sumbangan untuk bersama-sama melakukan amal jariah.

Malah katanya, ada di antara pihak tertentu beranggapan Kerajaan Negeri mengutip derma daripada rakyat untuk menampung kos pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bernilai RM1.9 bilion, sedangkan ia sebenarnya konsep wakaf.

P/S : Nak dekat pilihanraya baru buat highway?Takpe,bila PAS buat dia kata jihad.Bila BN buat dia kata gula-gula pilihanraya.APTB!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM