Menurut Esah Ya (gambar kecil),50,mendakwa,dia bersama suami,Che Mohd.Nor Che Mamat,53 dan anak-anak mereka diminta berpindah segera oleh ibu saudaranya yg juga pemilik tanah dan rumah berkenaan.
Akibatnya,mereka terpaksa memunggah keluar semua barangan dan menumpang di rumah salah seorang anak di Kg Nipah,dekat sini.
"Saya tidak tahu apa salah kami sampai kena halat.Tapi hubungan kami dgn tuan rumah renggang sejak suami sayd menghantar borang keahlian UMNO baru-baru ini".
"Selepas itu segala-galanya berubah.Saya sudah tinggal di rumah ini sejak kecil," dakwa Esah ketika ditemui disinh,kelmarin
Esah memberitahu,rumah berkenaan merupakan harta pusaka peninggalan arwah datuk yg kemudian menyerahkan hak milik kediaman itu kpd ibu saudaranya yg berusia 68 tahun.
Katanya,sejak suaminya menyerahkan borang keahlian UMNO dan menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia berjumlah RM500 pada Isnin lepas,sikap ibu saudaranya itu berubah dan tidak lagi membenarkan dia sekeluarga tinggal di rumah berkenaan.
"Kami sangat sedih bila dihalau keluar sambil pemiliknya memberitahu rumah ini lebih baik disewakan kepada orang lain," dakwanya.Untuk mengetahui lebih lanjut sila rujuk akhbar Kosmo! 3 Jun 2012,m/s 2.
Komen brader- Haritu,brader baru post pasal ketaksuban pengikut Nik Aziz yg ghairah amik gamba nik aziz solat bagai.Yang ni lagi teruk,siap halau rumah lagi.Dengar ni.Kerajaan tidak pernah mengambil kira fahaman politik apabila memberi bantuan kepada rakyat.Siapa yg layak,kerajaan akan bagi.Tak kira siapa.Tapi apabila pemikiran taksub kepada parti politik menjadi kayu ukur kepada segala perkara,maka nilai-nilai persaudaraan akan terhapus.Macam contoh diataslah.Perbezaan politik bukan perbezaan agama!Kerana berbeza fahaman politik,sanggup keluarga 10 beranak ini dihalau.Apa hebatnya parti politik yg disokong tu?Bila anda mati,belum tentu orang2 yg anda sanjung dlm parti politik itu ingat akan anda apatah lagi berdoa untuk anda!Dan belum tentu pemimpin parti anda melawat jenazah anda apatah lagi memandikan anda.Jadi biarlah besederhana dlm berpolitik.Jangan diputuskan tali persaudaraan.Jika hari ini anda menyanjung pemimpin anda kerana kehidupan mereka yg "sederhana",anda lupa bahawa sederhana itu bkn sekadar pada makan dan pakai,tetapi juga pada percakapan dan tindakan.Sama-sama renungkan.Pihak kerajaan harus lihat keluarga ini.Terserahlah apa orang nak kata,kebenaran akan muncul akhirnya.Amanah perlu dilaksanakan.
P/S : Haih!Macam-macam!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com