1. Pelik tapi benar, tapi itulah hakikatnya apabila Anwar Ibrahim, BEKAS Pemangku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Permatang Pauh yang tidak menyuarakan sebarang bantahan ketika PTPTN ditubuhkan padatahun 1997 walaupun pada ketika itu hanya beliau seorang sahaja di Malaysia yang memegang resume yang begitu mantap, kini lantang membidas PTPTN (bagai ayah kandung menyatakan anak kandungnya adalah anak haram).
2. Setelah penggal PRU-12 meniti penghujungnya, Anwar secara tiba-tiba lantas mencanangkan akan memberi pendidikan percuma bagi pengajian tinggi di Malaysia. Pada mulanya, hanya kedengaran mengenai Yuran Pendidikan yang percuma dan setelah dibidas oleh PTPTN dan pihak lain bahawa pinjaman PTPTN adalah juga untuk kos sara hidup pelajar maka Anwar juga terus menyatakan bahawa polisinya adalah untuk memberi percuma yuran pengajian dan kos sara hidup, (rujuk sini : http://rakyatuntukrakyat.blogspot.com/2012/04/pendidikan-percuma-termasuk-kos-sara.html) memang sedap dan lazat didengari oleh mahasiswa-siswi dan para ibubapa yang siang malam mencari rezeki semata-mata untuk melihat anak tercinta berjaya dan dalam pada masa yang sama parti sekutu PR, PAS yang menguruskan Tadika PASTI juga mengenakan yuran kemasukkan kepada anak-anak kecil. Sila rujuk http://pastiibnukhaldun.blogspot.com/2011/02/blog-post_10.html. Oh, mungkin PAS tidak tahu akan manifesto Anwar.
3. Kerana ramai yang termakan dengan halwa telinga yang dimasak oleh Anwar, Kementerian Pengajian Tinggi memutuskan untuk membekukan pinjaman PTPTN kepada UNISEL, university milik kerajaan Negeri Selangor yang diilhamkan penubuhannya oleh kerajaan Negeri Selangor yang terdahulu. Pembekuan itu adalah untuk memberipeluang kepada Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor untuk “WALK THE TALK” manifesto mereka dan sebagai “Pilot Test”…APA YANG TERJADI ???
4. Kita tidak ada dengar pun ucapan terima kasih dari kerajaan Negeri Selangor atas laluan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan idea mereka. Kerajaan mana dalam dunia ini yang memberikan peluang sedemikian kepada pembangkang mereka untuk PERFORM perkara yang mungkin boleh menjatuhkan Kerajaan Persekutuan namun itulah konsep terbukaan yang dibawa oleh kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak.
5. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seolah-olah mati tergantung apabila pembekuan tersebut dibuat. Hal ini kerana, yuran pinjaman PTPTN kepada pelajar akan digunakan oleh pihak universiti untuk pelbagai urusan pentadbiran namun sekarang siapa yang hendak beri duit..?? Anwar ?KerajaanNegeri ?
6. Terus idea untuk mengapung aset UNISEL dikeluarkan oleh Pakatan Rakyat Selangor untuk membiayai manifesto pendidikan percuma bagi UNISEL.Hebatkan?Namun, Kerajaan Persekutuan faham akan temberang Anwar Ibrahim (maklumlah hampir semua anggota Kabinet termasuk PM adalah bekas kawan baik Anwar masa UMNO dulu, jadi siapa yang tak kenal bekas member baik ?) memutuskan untuk menarik semula pembekuan pinjaman PTPTN kepada mahasiswa-siswi baru ke UNISEL kerana memikirkan nasib anak-anak muda harapan bangsa dan tangisan ibubapa.
7. Saya sendiri bercadang untuk menulis surat kepada PM untuk meminta menarik balik pembekuan itu kerana saya tahu Anwar lebih handal dari Tok Dalang Wayang Kulit dan beliau tidak akan mampu untuk melaksanakan janjinya sebab saya kenal sikap Anwar. Mana tidak kenal, idola saya dari umur 5 tahun namun kerana Anwar lah saya memahami erti peribahasa Inggeris Never judge a book by its cover (Jangan mengadili sesorang dari paras rupa dan bahasa).
8. Walaupun dengan penarikan balik pembekuan tersebut, kerajaan PR Selangor pimpinan TS Khalid Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya, Faekah Husin (SETPOL yang mengalahkan MB sendiri, SETPOL PM pun tak terkenal macam Feakah) bahawa UNISEL akan tetap mencairkan aset dan dengan pencairan itu, sejumlah RM 30 juta dapat dikumpul dan wang tersebut akan digunakan untuk pengurusan UNISEL termasuk membeli semula bangunan asrama UNISEL untuk mengurangkan kos pengurusan UNISEL dan akan pasti memberi impak kepada YURAN PENGAJIAN (rujuksini : http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/selangor-sells-unisel-assets-despite-putrajayas-ptptn-u-turn)
9. Di atas saya menunjukkan bukti bahawa Anwar menyatakan termasuk KOS SARA HIDUP namun Faekah langsung tiada menyebut tentang KOS SARA HIDUP !!!!! (sumber yang diambil adalah dari blog dan portal media yang condong kearah Pakatan Rakyat).Apa benda ni woi!Bos besar cakap lain, bos kecil cakap lain?
10. Paling menggelikan hati saya adalah dengan penuh keyakinan Kerajaan PR Selangor boleh mengurus UNISEL dengan jumlah RM 30 juta.zzzzz... belanja pengurusan UNIVERSITI MALAYA untuk setahun adalah sebanyak….. RM 500 JUTA baq ang!!!!!dan yuran pelajar hanya merangkumi RM 29 JUTA, baki pendapatan dijana dari penerbitan, R&D, pelaburan dan semestinya GERAN KERAJAAN PERSEKUTUAN yang bernilai hampir RM 400 JUTA. Oh lupa pulak saya, UM adalah Universiti Premier, mesti belanja banyak… UNISEL masih baru… tapi Pak Anwar kata itu yang dia akan buat kalau dia jadi PM Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan menjaga 20 IPTA dan dia akan gunakan sumber utama Negara iaitu PETROLEUM melalui PETRONAS…!!!! Wah hebat !!!!!!!!Asyik-asyik dengan Petronas, kalau hasil minyak Negara dah habis…? Mana nak dapat duit ? Photostat duit…??Rumah urut macam jadah banyak kat Selangor??
11. Satu lagi berkenaan dengan pembelian asrama oleh UNISEL yang saya yakin dilakukan untuk memberi penginapan percuma kepada pelajar UNISEL kerana itu yang dijanji Anwar dan untuk itu saya beri anda satu fakta mengenai sebuah kolej kediaman di UM yang berkapasiti 800 orang dimana bil elektriknya mencecah RM 25 000 sebulan dan setahun ia mencecah sebanyak RM 300 000. Itu baru bil elektrik, belum lagi bil air dan pengurusan lain dan itu baru untuk 800 orang. UNISEL mempunyai kira-kira 11 00 pelajar dan semua mesti kena ditanggung penginapannya, kerana itu janji Anwar, maka mari kita kira utk bil elektrik sahaja dahulu :
Purata setahun (UM) : RM 300 000 / 800 orang = RM 375 seorang
Anggaran untuk UNISEL : RM 375 x 11 000 orang = RM 4.125 JUTA
Ini baru anggaran perbelanjaan untuk BIL ELEKTRIK untuk penginapan ,belum bil elektrik kampus… cukup ke RM 30 jutasetahun…??? Ini baru UNISEL, milik kerajaan negeri belum lagi masuk institusi swasta (kena percuma juga, kerana itu janji Anwar) Rasa-rasa kena apungkan aset Negeri Selangor…. Baru boleh…
12. Akhir kata kepada rakan-rakan siswa, banyakkan membaca dan cari ilmu, jangan hanya dengar retorik semata-mata. Saya cuma ingin membuka mata rakan-rakan yang telah diletakkan cermin mata hitam oleh Anwar, walau Nampak bergaya, tapi imej yang dilihat tidak nyata dari segi pencahayaan dan warnanya. Kerajaan Persekutuan memberi subsidi yang tinggi kepada pelajar IPTA dan menyediakan dana pinjaman PTPTN untuk baki kos IPTA dan sepenuhnya untuk IPTS. Tindakan Kerajaan Persekutuan menarik balik pembekuan PTPTN terhadap UNISEL bukan kerana politik tetapi kerana rayuan Naib Canselor UNISEL dan dengan memikirkan harapan ibubapa. Marilah bersama-sama kita menuju kejayaan demi Negara kita yang tercinta MALAYSIA !!!!
KAKI GORENG....goreng pisang....goreng goreng
ReplyDelete