.

Live TV Warta Rakyat

22 May 2012

Baca dulu......



Jelajah Destini Bangsa (JDAB2012) semalam meneruskan siri jelajah mencari anak bangsa yang memerlukan bantuan pendidikan di negeri Kelantan. Sebanyak 3 buah lokasi telah menjadi tumpuan semalam iaitu Pondok Moden (JELI), SMK Tanah Merah (Tanah Merah), dan SK Tumpat (Tumpat).

Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar merasmikan 
Program JDAB Peringkat Kelantan di Kampus UiTM Kota Bharu

Pergerakan pada hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar di UiTM Kampus Kota Bharu. Seramai 80 orang sukarelawan daripada UiTM kampus Kota Bharu dan Kampus Machang telah melibatkan diri pada misi jelajah hari ini.

Masyarakat JELI bergambar kenang-kenangan bersama 
Dato' Seri Mustapha Mohammad

Sejurus sahaja program dirasmikan, konvoi JDAB telah menuju ke Pondok Moden Jeli. Dato’ Seri Mustapha Mohamad telah menyempurnakan upacara perasmian yang disaksikan seramai 300 masyarakat sekitar Jeli.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah:

Dato’ Seri Mustapha Mohamad (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia)
Dato’ Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar (Naib Canselor UiTM)
Prof Madya Dr. Syukri Omar (Rektor UiTM Machang)
Sdr. Mohd Faizal Daud (Presiden Gerakan Destini Anak Bangsa)
Said Aiman (Pengerusi Malaysian Artist Sport Club, MASC)

Surat Tawaran Masuk UiTM melalui Program JDAB


Dato' Seri Mustapha Mohamad memberikan surat Tawaran kepada 
bakal Mahasiswa UiTM dalam majlis Penyerahan Surat Tawaran
di Pondok Moden Jeli

Seramai 16 orang pelajar lepasan SPM telah berjaya menerima tawaran kemasukan ke Program JDAB setelah permohonan mereka pada bulan Mac yang lalu memenuhi syarat kemasukan. Dalam pada itu, Dato Sahol sempat meluangkan masa bersama masyarakat sekitar Jeli untuk menyemak permohonan pelajar lepasan SPM yang gagal dalam pemilihan UPU yang lepas dan meluluskan serta merta kemasukan pelajar ini. Pelajar yang diluluskan akan menyambung pengajian di UiTM untuk pengambilan seterusnya.


Maaf ye internet tidak mengizinkan brader untuk masukkan gmbar-gambar hot artis yang join jelajah ni,klik sini untuk tengok selanjutnya.Kalau tak click brader declare sebagai kurang ajar.Haha

P/S : Gambar-gambar hot akan brader upload kemudian ok?

1 comments:

  1. Sokong tok pah, sokong dato shahol, uitm sentiasa di hatiku!

    ReplyDelete

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM