.

Live TV Warta Rakyat

30 April 2012

Sumpah !! Mereka lebih bijak dan beretika!

Keganasan peserta #Bersih

Disaat mahasiswa boneka pembangkang sedang mencaci maki pihak polis,kerajaan,mahasiswa disebelah sini menaburkan bakti kepada masyarakat.Mahasiswa ini halus tutur katanya.Jika menetang,ia berhemah.Kerana bahasa melambangan bangsa.

JELAJAH AMAN KAMPUS FASA 2,LOKASI TERAKHIR DI UPSI

Dipetik dari UPSIDAILY : SELAMAT DATANG SAHABAT AMAN KAMPUS!!!



Aman Kampus anjuran alumni ASPIRASI telah tiba di UPSI bagi menamatkan Jelajah Aman Kampus Fasa 2 bermula 28hb - 29hb April 2012. Kehadiran Delegasi Aman kampus disambut dengan meriahnya oleh ASPIRASI Mahasiswa UPSI iaitu sebanyak 15 biji kereta dan 10 biji motorsikal mengiringi konvoi bermula dari tol Tg Malim. Aman Kampus menjelajah Tg Malim dari mendekati masyarakatnya dan juga mahasiswa di kolej kediaman. Hari pertama Aman Kampus di UPSI mendapat sambutan yang amat menggalakkan kerana gelombang keAMANan KAMPUS telah sampai ke UPSI jua akhirnya.




Tol Tg Malim, Delegasi Aman Kampus menuju UPSI

SISWA PRIHATIN

Setibanya di Tg Malim pada pukul 2.30 petang, destinasi Aman Kampus yang pertama ialah menuju ke Kg Cabang Lima untuk menjalankan Siswa Prihatin. Tanpa penat, semangat yang ikhlas dengan matlamat yang satu, objektif murni yang hendak dicapai harus diutamakan.


Makcik Kalsum bt Abdullah (berbaju putih) berusia 90 tahun, ibu tunggal yang tinggal berseorangan masih sihat tubuh badan tetapi mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. 



Makcik Salmah membela 5 orang cucu dan 3 dari mereka masih bersekolah. Ibu kepada cucu-cucunya telah melarikan diri meninggalkan suami dan anak-anak. Dengan pendapatan yang kecil untuk menampung anak yang ramai disamping membela ibu yang telah uzur.





Uncle Ah San tinggal bersendirian bersama 2 ekor anjing belaannya. Beliau tidak pernah mendirikan rumah tangga dan tinggal di sebuah pondok usang tanpa bekalan elektrik. Kehadiran Aman Kampus membawa sinar dirinya dihargai dan diingati. Tidak terpinggir, mahasiswa mendekati..mahasiswa menjiwai.


INFO SISWA

Selepas melawat 3 buah rumah di Kg Cabang Lima, Aman Kampus meneruskan pengisian berikutnya; Info Siswa yang dijalankan disekitar Pekan Tg Malim. Tujuan Info Siswa ini ialah untuk mendekati masyarakat dan sebagai agen untuk menjalankan soal selidik tentang masalah yang dihadapi, cadangan untuk menjadikan Malaysia lebih maju disamping beramah mesra dengan pengunjung.


Peserta Aman Kampus berkumpul untuk taklimat ringkas

Soal selidik dijalankan termasuk meraka yang bertugas


SISWA TAQWA
Selepas solat maghrib, Aman Kampus mengadakan bacaan yassin di Surau Al Falah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Bt Md Juferi. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang yang beriman. [KLIK]


PENTAS ANAK MUDA

PTPTN : DIPLOMASI vs DEMONSTRASI



Barisan ahli panel yang hebat dan moderator terkenal RTM1 saudara Shamsul Salleh


Mahasiswa UPSI yang sama memeriahkan Pentas Anak Muda.

Video ini bakal membuat Adam Adli dan Yuyu Luna sakit otak.Klik blog UPSIDaily

-Komen Brader-

Aman Kampus fasa kedua telah melabuhkan tirai.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan fasa kedua ini.Fasa ketiga akan berlangsung dan tarikhnya akan diumumkan kelak.Fasa ketiga ialah Perhimpunan Perdana Menteri bersama Anak Muda yang mengumpulkan seluruh IPT di sembilan buah kementerian.Anak muda yang bijak bukanlah anak muda yang mengikut emosi semata-mata,tapi befikiran waras dan menghindarkan diri daripada terjebak daripada masalah yang kelak akan memusnahkan masa depan sendiri dan juga negara.Terima kasih sekali lagi kepada Universiti Malaya,Universiti Putra Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris atas kerjasama yang mantap di minggu terakhir jelajah Aman Kampus  fasa kedua ini.

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM