.

Live TV Warta Rakyat

18 April 2012

#mansuhPTPTN : Oleh kerana Pro-Mahasewel ni da lebey sangat,brader keluarkan bukti ini

Heboh pasal demo mansuh PTPTN dan tuntut pendidikan percuma.Brader perhati dan terus perhati.Kali ni budak-budak Pro-Mahasewel ni dah lebih sangat.Lepas turun bendera,depa pi serahkan batu nisan.Tak cukup pulak tu depa kalungkan bunga tanda 'simbolik'

So brader rasa dah tiba masanya brader mendedahkan bukti yang mengaitkan budak-budak Pro-Mahasewel ni dengan segala benda yang percuma.Tapi sebelum tu meh kita imbas balik apa yang jadi semasa demo mansuh PTPTN dan tuntut pendidikan percuma.

'terbaik' la hangpa semua

Tak cukup dengan itu


Gelaran Allayarham diberi kepada manusia yang masih hidup iaitu DS Najib dan DS Khaled Nordin.Pun 'simbolik' juga.

Simbolik kalungan ini 'disempurnakan' oleh dua orang 'besar' di Universiti Malaya iaitu Syahid Zaini (mantan YDP MPP) dan Safwan Anang (YDP Persatuan Mahasiswa Islam UM-PMIUM).Kedua-duanya daripada Akademi Pengajian Islam

Ok cukuplah.Mari kita lihat apa yang brader nak dedahkan kepada anda semua

................................

Al-Kisah Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya,dibawah sedara Syahid Zaini (Pro-Mahasewel)  telah menubuhkan satu 'secret group' MPP di laman sosial Facebook bertujuan untuk membincangkan hal-ehwal MPP

Ok.baguslah.Brader tak halang.Brader puji

Tapi adakah anda tahu apakah yang dibincangkan selain daripada program-program berkaitan MPP?

Brader ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada pemberi maklumat PENTING seperti gambar printscreen dibawah


Nampak tak?Ok,brader post balik gambar.Kali ni besar sikit


Ok.Dah nampak kn?Apa tu?

ITU ADALAH SALAH SEORANG MPP YANG MENDEDAHKAN BAHAWA MEREKA TELAH MEMBUAT PERBINCANGAN DENGAN NAIB CANSELOR UNTUK MPP TINGGAL SECARA PERCUMA DI KOLEJ KEDIAMAN

SIAPA HAWARI ZAKARIA NI?





Hawari Zakaria ialah MPP yang bertanding dibawah tiket Pro-Mahasiswa dan menang dengan undian kelapan tertinggi iaitu 3982 undian semasa Plilihanraya Kampus sesi lepas.Dia juga adalah orang yang kuat menentang penubuhan Executive Caretaker bagi menggantikan MPP yang telah dibubarkan.Beliau juga adalah penyokong tegar kepada pemansuhan PTPTN (rujuk gambar dibawah)


Brader ucapkan terima kasih kepada saudara Hawari kerana mencadangkan kepada Naib Canselor supaya membenarkan MPP tinggal di kolej kediaman SECARA PERCUMA manakala mahasiswa lain perlu membayar sekitar RM 864 untuk yuran kolej.Inilah yang dikatakan DEMOKRASI yang sering dilaung-laungkan oleh Hawari dan kawan-kawannya tidak kira dimana.Dan inilah juga MPP yang dipilih oleh mahasiswa secara demokrasi.TERIMA KASIH HAWARI dan PRO MAHASISWA kerana mencadangkan perkara ini.Mujurlah cadangan ini ditolak oleh peringkat pentadbiran kerana mereka sedar bahawa tiada perbezaan antara MPP dan juga pelajar biasa.Mereka sama-sama mahasiswa.Bezanya ialah MPP dipilih oleh mahasiswa untuk berkhidmat secara ikhlas dan sukarela.Iyalah,itu kan tanggungjawab yang perlu dpikul.

Suka untuk brader beritahu Hawari bahawasanya :

1) Barisan JTK (Jawatankuasa Tindakan Kolej) juga adalah mereka-mereka yang berkhidmat untuk kolej.Ada antara mereka yang berkhidmat selama 2 tahun,3 tahun, malahan ada juga yang sepanjang pengajian mereka berkhidmat untuk kolej tersayang.Banyak projek kolej dan pelbagai lagi aktiviti yang dilakukan untuk pembangunan mahasiswa telah mereka lakukan.Ada juga yang separuh gila mengendalikan projek-projek besar kolej seperti Dinner Tahunan,SUKMUM serta FESENI.Jika difikirkan,mereka juga layak mendapat pengecualian daripada membayar yuran kolej.Tapi..Mereka tidak sedikit pernah menggunakan alasan berkhidmat untuk kolej bagi mendapat pengecualian yuran kolej.Biarlah apa yang mereka lakukan ini ikhlas demi mahasiswa.

2) Suka brader ingatkan kembali bahawa barisan calon Pro Mahasiswa yang bertanding sezaman dengan Hawari (sesi lepas) ramai yang memberi janji atau manifesto kepada mahasiswa untuk memotong elaun MPP sekiranya terpilih dan disumbangkan kepada tabung kebajikan pelajar.Indah bukan?Tapi sebenarnya mahasiswa tidak tahu bahawa MPP tidak diberikan elaun untuk perkhidmatan mereka.Jadi apa yang mereka janjikan itu tipu.Dan siapa yang tertipu?Mahasiswa yang mengundi mereka.Dan pada akhirnya barisan MPP yang terpilih rata-ratanya daripada Pro-Mahasiswa (kerusi umum) akhirnya membuat tindakan tanpa diketahui oleh mahasiswa iaitu meminta untuk duduk di kolej kediaman secara percuma.

3) Suka brader ingatkan Hawari dan teman-teman Pro Mahasiswa bahawa mengapa perkara ini tidak dihebahkan kepada umum (mahasiswa)?Jika mereka setuju MPP diberikan yuran kolej secara percuma?Teruskan.Sekiranya tidak,tidak boleh teruskan.Anda dipilih secara demokrasi,dan perkara-perkara sensitif seperti ini tidak pula anda buat secara demokrasi.Brader percaya bahawa setiap keputusan adalah dikuasai oleh pimpinan tertinggi MPP yang dimonopoli oleh Pro-Mahasiswa.

........................

PERCUMA.PERCUMA.PERCUMA.Anda boleh cari golongan-golongan Pro-Mahasewel ini kerana mereka sememangnya sukakan perkara yang percuma dan akhirnya mereka MENGIGIT pihak yang memberi faedah kepada mereka.Memalukan Universiti,memalukan fakulti dan memalukan mahasiswa!

Tentu malu bukan?Fikir kembali bagaimana puak-puak anda bertindak secara kurang ajar tempoh 
hari.

P/S : Huntonglah jadi MPP Pro-M ni,boleh pakat-pakat mintak duduk kolej preee!Yelah kan korang dominate sekarang! :P

BIAR FREE,BANTAI KERAJAAN TETAP BANTAI!INI RUPANYA PUAK-PUAK NI PUNYA 'DEMAND'!

0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM