1. Baru-baru ini timbul suara yang menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menghapuskan PTPTN jika diberi peluang untuk menduduki ruang dibawah kubah hijau Bangunan Perdana Putra yakni menjadi PM. Maka, sekalian mahasiswa yang baru mengenali DSAI semasa zaman sekolah menengah mula melihat satu silver lining in the dark clouds.
Sejarah PTPTN
2. Mari kita imbas sejarah penubuhan PTPTN. Ia ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 atau Akta 566. PTPTN ditubuhkan ketika era pentadbiran Tun Dr.Mahathir Mohamad bagi memberi peluang kepada semua golongan Rakyat lebih-lebih yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.
3. PTPTN diletakkan dibawah ‘jagaan’ Kementerian Pendidikan Malaysia (kini dibawah Kementerian Pengajian Tinggi). Di dalam Akta tersebut terdapat 7 Seksyen yang menyebut MINISTER OF FINANCE (Menteri Kewangan) dan tugas penama tersebut bukanlah kecil. Pendek kata semua urusan kewangan PTPTN mestilah melalui Menteri Kewangan Malaysia dan perkara inilah yang ramai mahasiswa tidak ketahui bahawa ketika Akta ini diluluskan, Menteri Kewangan Malaysia adalah YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim (TPM, BN-Permatang Pauh) dan semua ini berlaku dibawah batang hidung beliau.
4. Sehingga kini, PTPTN telah memberikan pinjaman kepada 1.9 juta pelajar dengan nilai pinjaman sebanyak RM 43.6 Billion.
Anwar The Cameleon (sumpah-sumpah)
5. Pada awal penubuhannya, PTPTN mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 4% yang dilihat agak membebankan peminjamnya tetapi ingin saya nyatakan disini hal-ehwal kewangan PTPTN mesti melalui Menteri Kewangan. Dokumen-dokumen berkaitan ini mestilah pernah berada diatas meja Anwar Ibrahim dan mengapa pada masa itu beliau tidak melihat hal ini sebagai membebankan ? Adakah beliau bersetuju dengan caj ini atau beliau tidak tahu kerana sibuk melakukan “perkara” lain pada masa itu ?
6. Ramai yang bising apabila PTPTN mengenakan sekatan ke luar Negara jika gagal membayar pinjaman PTPTN kerana dalam Akta PTPTN Seksyen 23 (2) ada menyatakan bahawa pinjaman pelajaran yang tidak dibayar boleh dianggap sebagai pinjaman sivil dan Perbadanan boleh menjalankan tatacara tuntutan mengikut undang-undang bagi mendapatkan semula pinjaman.
\
7. Proses mewartakan sebuah undang-undang melaui pelbagai prosedur dari pelbagai peringkat kementerian sehinggalah ia dibacakan dalam Parlimen untuk dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen dan dalam hal ini dimanakah Anwar Ibrahim selaku Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika perbahasan dalam sidang Dewan Rakyat pada masa itu?
Kewangan PTPTN
PTPTN bukanlah sebuah organisasi korporat yang mengaut keuntungan dan hanya bergantung pada peruntukkan kerajaan. Pada suatu ketika kerana tidak wang yang cukup untuk dijadikan modal pusingan bagi pembiayaan pinjaman pelajaran, PTPTN terpaksa meminjam daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengenakan kadar faedah sebanyak 5% kepada PTPTN.
Saya boleh katakan bahawa hampir 90% ibu bapa pelajar Malaysia adalah pencarum KWSP dan ini menunjukkan bahawa wang PTPTN itu secara tidak langsung adalah milik kebanyakkan ibu bapa pelajar. Maka segala pinjaman oleh PTPTN daripada KWSP haruslah dilangsaikan supaya pencarum tidak kerugian wang caruman mereka apabila mereka bersara kelak.
Setelah beberapa lama mengenakan caj perkhidmatan pada kadar 4%, memikirkan nasib graduan baru, kerajaan telah menurunkan kepada 3% dan seterusnya 1% melalui system Ujrah. PTPTN terpaksa mengutip semula bayaran pinjaman pelajaran untuk menampung pembiyaan pelajar baru yang terdiri dari adik-adik kita sendiri juga.
Pendidikan Percuma
Kerajaan Malaysia telah pun mengambil langkah untuk memberikan pendidikan percuma kepada Rakyatnya diperingkat rendah dan menengah;
i) Tiada yuran sekolah
ii) Tiada yuran Peperiksaan Awam (UPSR,PMR,SPM,STPM)
iii) Buku Teks Percuma
iv) Tidak perlu bayar gaji guru
v) Tidak perlu bayar untuk penyelengaraan sekolah
Bahkan subsidi yang berat telah diberikan kepada pelajar IPTA dimana YURAN PENGAJIAN (Tution Fee) hanya dikenakan kurang dari RM 1000 setiap semester berbanding dengan IPTS, bayangkan dengan yuran yang sebanyak itu, mampukah ia menampung pembayaran gaji para pensyarah yang minimumnya kira-kira RM 3500 sebulan.
MUNGKIN RAMAI SUDAH LUPA JIKA PEMINJAM PTPTN MENDAPAT IJAZAH KELAS PERTAMA, MAKA PINJAMAN PTPTN AKAN DITUKARKAN KEPADA BIASISWA. Adakah Mahasiswa/siswi Malaysia tidak mampu mendapat ijazah kelas pertama ?
Pemansuhan PTPTN
Pemansuhan PTPTN hanya akan menambah bebanan kewangan Kerajaan Malaysia kerana kerajaan terpaksa menanggung sehingga RM 60 billion dan hal ini hanya akan menambah beban hutang Negara.
Pendidikan percuma 100% adalah hebat namun ia akan menambahkan kadar hutang Negara (Public Debt) dan hal ini amat membahayakan ekonomi Negara. Pihak pembangkang mengambil contoh Negara German & Turki yang memberikan pendidikan percuma namun kedua-dua Negara ini mempunyai KDNK yang jauh lebih tinggi dari Malaysia dan pada masa yang sama mempunyai Public Debt yang tinggi.
Negara
Negara | KDNK (est 2011) USD | % Hutang dr KDNK est 2011 (Eurostat) | Jumlah Hutang USD |
German | 3.628 Trillion | 81.8 | 2.94 Trillion |
Turkey | 735.26 Billiom | 42.8 | 314.69 Billion |
Malaysia | 247.81 Billion | 52.4 | 129.85 Billion |
Kadar Public Debt Malaysia adalah lebih tinggi dari Turki kerana tanggungan subsidi yang tinggi dalam pelbagai sektor seperti perubatan, pendidikan, makanan, bahan bakar, industry dan lain-lain.
Negara United Kingdom terpaksa menaikkan yuran pengajian IPT kerana kadar Public Debt mereka adalah pada kadar 82.5% KDNK.
Pemansuhan PTPTN juga boleh dilihat melemahkan daya saing pelajar kerana pelajar boleh memilih untuk tidak belajar secara serius dan ini boleh merugikan tenaga kerja mahir Negara kerana pada masa kini, pelajar yang mendapat CGPA kurang dari 2.00 boleh dihentikan pinjaman PTPTN, pendek kata, PTPTN memberikan satu negative reinforcement yang bermaksud pelajar terpaksa belajar bersungguh-sungguh walaupu kurang berminat supaya mendapat CGPA 2.00 keatas.
Rumusan
Saya agak terkejut melihat kebutaan segelintir mahasiswa yang tidak mengkaji aspek mengapa PTPTN diperkenalkan, dari mana sumber kewangan PTPTN dan apa yang akan berlaku jika PTPTN dimansuhkan. Hanya kerana terpedaya dengan retorik dan taksub dengan Anwar Ibrahim, segelintir mahasiswa sudah bersedia untuk bukan lagi dikeldaikan tetapi untuk dilacurkan demi nafsu politik peribadi pendendam yang bernama Anwar Ibrahim.
Tiada yang percuma dalam dunia ini sedangkan Nabi Muhammad SAW juga membeli sebahagian tanah dari dua org anak yatim untuk membina Masjid Nabawi dan apatah lagi kita juga perlu membayar Mas Kahwin ketika hendak berkahwin. Pemansuhan PTPTN hanya akan menambahkan lagi beban hutang kerajaan dan ini boleh menyebabkan hutang Malaysia melonjak lebih 100% dari KDNK-nya seperti Negara Portugal, Italy, Jepun (201%), dan Greece. Adakah kita perlu menangis masa hadapan nanti ?
Persoalan saya mudah dan mungkin rakan-rakan yang berdemo boleh tolong tanyakan untuk saya;
DATO ‘ SERI ANWAR BIN IBRAHIM, MENGAPAKAH ANDA TIDAK MENENTANG PTPTN SEMASA PENUBUHANNYA WALHAL ANDA ADALAH TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN PADA MASA ITU ???
0 comments:
Post a Comment
Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com