.

Live TV Warta Rakyat

19 March 2012

Hot : #AmanKampus berpecah????

Salam semua.Tak tau lah nk cakap ape kali ni bro and sis sekalian.Kali ni diberitakan bahawa Aman Kampus berpecah?Ini tentu berita baik kepada budak-budak Pro-M.Sebelum tu mari kita layan laporan daripada bloggers yang menyertai Aman Kampus :


Siswa Taqwa Modul terbaru digunakan dalam #AmanKampus !!!

Pada Aman Kampus Fasa 1 terdapat 5 buah modul yang digunakan iaitu:

Info Siswa 
Siswa Prihatin
Siswa Cergas
Suara Siswa (Pentas Anak Muda)
Ikon Siswa

Memandangkan beberapa perkara perlu dikemaskini supaya ianya diberi nafas baru, Modul yang ditampilkan pada Aman Kampus Fasa 2 yang menumpukan kepada penuntut IPT telah mengalami beberapa perubahan.


Pada kali ini, Aman Kampus Fasa 2 telah memperkenalkan modul baru iaitu 

Siswa Taqwa
Siswa Budaya

Modul yang sebelum ini dijalankan oleh ASPIRASI ke kampus-kampus iaituDamping Kampus juga telah mengisi slot modul untuk fasa 2 ini. Modul yang digunakan dalam aman kampus fasa 1 seperti Info Siswa, Siswa Prihatin, Siswa Cergas, Suara Siswa (Pentas Anak Muda) masih digunakan. Keseluruhannya, sebanyak 7 buah modul telah digunakan dalam Aman Kampus Fasa 2 ini.


Sepanjang 3 hari ini bermula 16-18 Mac, Aman Kampus Fasa 2 telah berkampung di Kolej Mara Kuala Nerang. Sebentar tadi telah berlangsungnya modul Siswa Taqwa yang mana telah menjemput Ust. Amali Bin Ahmad Amhuri. Beliau merupakan seorang pensyarah di Kolej Islam Darul Ridwan. Tajuk ceramah agamanya ialah 'REMAJA'. Sepanjang sesi ceramah, beliau telah berkongsi ilmu berkaitan Konteks Ibadah dalam kehidupan seharian, serta pencerahan tentang rukun Iman. Ceramah yang disampaikan bermula selepas Maghrib sehingga jam 9.30 amat menarik. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam :


Kumpulan Konvoi Aman Kampus selamat sampai di Kolej Mara Kuala Nerang jam 6.20 petang tadi


sebahagian pelajar sedang menunggu kehadiran penceramah...





Ust. Amali Bin Ahmad Amhuri sedang menyampaikan ceramah...
(Muslimah yang hadir)

Aktiviti pada hari berikutnya :







Aktiviti pada pagi tadi telah berlangsung di Pekan Rabu yang mana Peserta Aman Kampus telah menjalankan sesi soal selidik permasalahan masyarakat setempat bersama rakyat sekitar Pekan Rabu ini. Aktiviti ini berlangsung pada jam 9-12 tengahari. 









Selepas selesai program Info Siswa, peserta Aman Kampus telah pulang ke Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN) untuk menjalankan modul Latihan Dalam Kumpulan bersama penuntut KMKN. Modul yang bertajuk 'Cita-cita dan Harapan untuk Negara'. Modul ini bertujuan untuk menerapkan kesedaran kepada penuntut betapa pentingnya berbakti kepada negara yang tercinta ini. Dalam pada itu, 15 orang Siswa daripada Universiti Utara Malaysia turut serta menjadi fasilitator untuk program ini.



team Fasilitator Bank Rakyat, UUM memang terbaik !!!


Sebilangan penuntut KMKN di bawah tajaan mara ini masih belum mendapat keputusan SPM. Mereka telah terpanggil berikutan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Percubaan SPM. Mereka akan belajar di sini selama 1 tahun dan akan berpindah ke UNIKL selepas itu akan melanjutkan pelajaran ke Luar Negara. Modul ini dianjurkan supaya penuntut-penuntut KMKN ini akan pulang dan berkhidmat di Malaysia selepas menuntut ilmu di luar negara.








Sebaik sahaja selesai modul LDK, Satu perlawanan persahabatan Futsal, Bola Tampar dan Sepak Takraw antara Fasilitator dan Penuntut KMKN telah dianjurkan. Belia 4B Kawasan Padang Terap turut hadir pada perlawanan persahabatan petang tadi...Mengikut perancangan, Ceramah Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Insan akan diadakan pada malam ini tetapi dibatalkan kerana penuntut KMKN terlibat dalam satu aktiviti dianjurkan KMKN sendiri...

SEMENTARA ITU!!!

DI UTHM

Aman Kampus UTHM turut melabuhkan tirainya pada 18 Mac 2012 selepas 8 hari menjalankan Aman Kampus disana.Imbas kembali aktiviti yang telah dijalankan antaranya :

1.Mahasiswa Bersama Masyarakat
2.PC and Book Fiesta
3.Aktif Siswa
4.Bicara Ilmuan bersama Imam Muda Hassan






...................

Aman Kampus satu berada di Kolej Mara Kuala Nerang dan satu lagi berada di UTHM.Berpecah kan??

TAPI!

Bukan berpecah bergaduh-gaduh tetapi aktiviti dilakukan di dua tempat yang berbeza.Pecah jugak tu!Hehehe...Ape pun,tahniah diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan sejaya-jayanya Aman Kampus Kuala Nerang dan UTHM!U Olzz Rock!

P/S : Cheh!dengar berpecah cepat-cepat je budak-budak Pro-M click link brader kan.Sekali tengok bawah......Wakakaka..Lu pk la sendiri ok?tq to Harapan Esok dan Mahasiswa Utara


0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM