.

Live TV Warta Rakyat

2 March 2012

BUMI UNIVERSITI MALAYA DIGONCANG LAGI,KALI INI APA?


(gambar bukan sekadar hiasan)


Baru-baru ini dua gerakan mahasiswa di Universiti Malaya (Penggerak Mahasiswa dan Pro-Mahasisswa) telah digoncang dengan pengumuman HEP mengenai sistem baru yang diperkenalkan iaitu Sistem Zon dan penurunan syarat untuk bertanding pilihanraya kampus dari 3.0 kepada 2.5.Brader mengambil sikap memerhati sebelum membuat sebarang pandangan mengenai sistem ini.Jom rujuk apa itu sistem zon

Aliran sastera :

Zon 1

Akademi Pengajian Islam, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Akademi Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial

Zon 2

Fakulti Bahasa dan Linguistik, Fakulti Pendidikan, Pusat Kebudayaan, Fakulti Undang-undang, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan

Aliran Sains :

Zon 3

Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perubatan, Fakulti Alam Bina

Zon 4

Fakulti Sains, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Pusat Sukan

Zon Institut Pengajian Siswazah

1 kerusi umum, 2 kerusi fakulti

.....................

Ok,brader nk komen dulu pasal sistem Zon.Secara mudahnya pembaharuan yang dibuat ialah pelajar hanya boleh mengundi calon umum daripada zon mereka sahaja manakala untuk kerusi fakulti,sistem adalah sama seperti sebelumnya.

Jom analisis!

So memang ramai lah (Pro-Mahasiswa) yang bising pasal sistem ni.Ok,brader disini ada beberapa persoalan yang ingin dilontarkan

1.Adakah selama ini Pro-Mahasiswa cuma bergantung kepada pelajar daripada Akademi Pengajian Islam (API) untuk meneruskan survival Pro-Mahasiswa?

2.Adakah benar sistem ini ingin memecahkan undi Pro Mahasiswa?

3.Adakah sistem ini wajar dilaksanakan?

Pandangan brader

1.Ya,nafikanlah macam mana pun tetapi jika kita dengar nama Pro Mahasiswa,pelajar-pelajar di UM ni pasti akan mengaitkan mereka dengan A.P.I.Maknanya mahasiswa daripada API adalah dominan dalam gerakan Pro Mahasiswa.Adakah kita dengar nama Penggerak Mahasiswa,pelajr di UM ini akan melabel mereka sebagai didominasi oleh mana-mana fakulti?Jawapannya TIDAK kerana Penggerak Mahasiswa wujud bukan diatas sentimen fakulti kerana mereka mendukung teras perpaduan.Teras perpaduan ini bukan sahaja bermakna berbeza bangsa tapi konsepnya lebih luas.Ia juga meliputi pelbagai aspek seperti fakulti juga.Buktinya pada PRK lepas,calon bagi kerusi umum Penggerak Mahasiswa adalah daripada pelbagai fakulti dan dan tidak ada istilah dominan dalam gerakan Penggerak Mahasiswa.Pro Mahasiswa dilihat gagal mendapatkan sokongan kaum India diperingkat umum kerana tiada seorang pun wakil daripada kaum India diletakkan untuk bertanding di kerusi umum!Walaupun Penggerak Mahasiswa gagal mendapatkan sebarang kerusi di peringkat umum,namun apa yang penting bagi mereka ialah bukan kemenangan semata-mata tetapi keharmonian dan kepelbagaian komposisi kaum adalah penting dalam memastikan kelestarian politik kampus itu sentiasa terjaga.

2.Adakah sistem ini memecahkan undi Pro Mahasiswa?Persoalannya disini ,adakah Pro Mahasiswa gagal mendapatkan sokongan daripada fakulti lain sehinggakan mereka menganggap sistem baru ini menggugat  mereka?Come on bro n sis Pro M sekalian,inilah masanya bagi membuktikan bahawa Pro Mahasiswa juga mempu menarik sokongan untuk calon daripada fakulti lain untuk bertanding di peringat umum.Kita tolak jauh-jauh sentimen fakulti kerana bagi brader as long bergelar mahasiswa,kita semua layak bergelar pemimpin.Jika ada yang mengatakan untuk jawatan YDP itu perlu daripada Akademi Pengajian Islam,brader sendiri tidak menafikan jika benar seseorang itu layak,then go on.Tidak cukupkah dua kerusi yang dipertandingkan untuk mengangkat calon mereka menguasai jawatan tertinggi MPPUM seperti YDP?Dan berilah juga peluang kepada fakulti lain untuk sama-sama berkhidmat sebagai jawatankuasa tertinggi MPPUM.Ya brader tahu memang ada daripada fakulti lain yang menjawat jawatan sebagai ahli majlis tertinggi MPPUM tetapi cuba kita bandingkan dengan zaman Khairul Anuar Abu Kassim,mana yang lebih mendukung kepelbagaian?

3.Adakah sistem ini sesuai?Ya memang sesuai!Berdasarkan hujah-hujah yang  telah brader bag di atas brader mendukung sistem ini.Juga dilihat di peringkat Penggerak Mahasiswa,mereka juga bersetuju dengan sistem ini.Tidak kedengaran daripada pihak Penggerak Mahasiswa mereka membantah perkara ini kerana bagi mereka tidak ada masalah sistem zoning ke sistem e-voting ke,sistem barter ke.Mereka tetap akan berusaha memelihara kelestarian politik kampus.Itu baru lah Agama,Ilmu,PERPADUAN,Kebajikan.Eh kejap!!!!Tadi brader ade sebut pasal E-Voting kan???

JOM KITA SELAK BALIK CERITA E-VOTING!!!


Brader rasa semua orang tahu yang Pro Mahasiswa adalah gologan yang GILA HARDCORE membantah sistem E- Voting untuk sepanjang dua tahun ia diperkenalkan.And now WHAT ELEPHANT (What happened)??Yes.Mereka tidak lagi memperjuangkan sistem evoting selepas kemenangan mereka pada PRK lepas.Ya,kepada senior-senior yang menyertai pilhanraya kampus dua sesi lepas,pasti terngiang-ngiang sehingga terbawa ke dalam mimpi mengenai TERIAKAN mereka membantah sistem ini.Tapi bila menang,semuanya jadi telus.Jadi mulus,jadi halussssss....Oke,mungkin mereka terlupa kot!Sebab BIZI dengan politik luar kampus.Ahhh!Sudah! semuanya jadi telus bila mereka menang.Tu yang u ollz kene tau ok?Jadi begitu juga dengan sistem baru ini,akan jadi telus bila mereka memenangi PRK ni.ITU-PASTI.


(Nampak belang sebenar!Ini pentingkan apa ni?Pentingkan kebajikan mahasiswa atau pentingkan penguasaan fakulti??)



Fuhh!!Penat menulis!!!Oke,brader sambung..

Syarat pointer untuk bertanding diturunkan daripada 3.00 kepada 2.5.JOm tengok kartun yang tak berapa lawak yang dikeluarkan oleh Pro-M

(Tukar la nama jadi Senyum Kambing Pro-M)

Tudiaaaaaaaaaaaaaa...Kalut dok buat kartun!Yes,kalau difikirkan dari satu sudut memang orang akan kata ini sebagai down grade kepada sistem pilihanraya kampus.Tapi dila difikirkan daripada satu sudut yang lain,ini lebih membuka peluang kepada lebih ramai pelajar untuk bertanding menjadi calon MPP.Adakah kualiti seseorang pemimpin itu hanya diukur melalui pointer semata-mata????Hehe..Ni yang nk bukak cerita balik ni.Dulu punya cerita lah...Ramai dariapda mereka (Pro-M) sebelum ini GILA HARDCORE menegaskan bahawa pointer bukanlah satu-satunya ukuran untuk menilai kualiti seorang pemimpin.Pemimpin perlu pro aktif dalam memebela nasib mahasiswa!

Yo!!!Itu adalah benar belaka sihhh...Silakang aaaa,itu cakap-cakap sulah bagi backfire pada lu olang maaa..Lu olang ingat lu olang hebat sangat kaa mau kata kalau itu pointer kulang dalipada 3.00 tak layak jadi pemimpin.Oke back to normal speech!

Macam ni lah.Jika kita lihat pengertian apa itu pemimpin,adakah pemimpin itu cuma tertakluk kepada MPP sahaja?Presiden persatuan??Kelab??Kolej???Mereka juga pemimpin!Adakah ktia meletakkan syarat 3.00 untuk mereka layak menjadi presiden atau YDP kepada kelab masing-masing??Ada??Ada??Dan adakah kita mahu memperlekehkan kepimpinan mereka jika ada antara mereka yang kurang pointer daripada 3.00??JIKA ANDA (PRO-M) mahu persoalkan,mari kita tanya mereka adakah bekas pimpinan/orang kuat mereka iaitu SYAZNI MUNIR adalah tergolong daripada gologan yang begitu GRAND pointernya sehingga pernah menjadi Presiden PMIUM dan pelbagai jawatan lain?Jom tengok!


So,banyak kan jawatan dia?So nk pertikai kualiti kepimpinan dia jugak ke wahai Pro-M,Pro-M sekalian?Sekarang apa sudah jadi kepada dia (malas cerita).Korang iktiraf dia sebagai pemimpin jugak kan??Kan???Kan??Ragu jugak ke dengan kualiti yang dia ada walaupun dia diisytiharkan sebagai pelajar yang.....Ok tutup cerita!(Pasni mesti Syazni Munir call budak-budak dia tanya apahal sampai nama dia kene heret sekali.Keh keh keh)

Oke ni pandangan brader pasal DHUTAAA-DHUTAA PRO-M (Ada kaitan dengan pointer jugak)


Hye adik freshie!!!Ok cmni dik.Adik jangan terlalu nak cakap pasal pointer sangat tau.Adik 1st year mungkin la adik tak nampak struggle nye macama mana.Disamping itu adik,adik kena kaji dulu fakuti lain macam mana.Bukan semua sama dik!Ce adik masuk fac  law ke engineering ke.Adik akan tahu ok?"Kempimpinan itu hanya diterajui oleh golongan yang cemerlang akademiknya"??Amboi-amboi,kalau 2.5 untuk kritkal-kritikal course,adik tau tak pointer 2.5 itu tu dah dikira pandai dan boleh tahan??Bukan sampai bawah 2.00 pun dik.Bukan dalam pemerhatian pun!!Adik,cemerlang pointer  itu memang bagus tapi tak boleh jugak menafikan mereka tak cemerlang jika menjadi seorang pemimpin.Boleh la kalau adik sekarang pointer lebih 3.00,Cuba adik kurang daripada 3.00 tetapi kawan-kawan adik merasakan yang adik ni benar-benar bagus,keperibadian baik,dan semuanya superb-superb la..Cuma bab pointer je adik mungkin menghadapi masalah.Adakah adik mahu cakap macam apa yang adik cakap sekarang?? :) :) ) So adik analisis balik tau semua fakulti.Tak pe dik.sementara nak tunggu PRK ni sempat lagi buat analisis.Abang long pun tak kesah kalau adik nk tukar statement ni.Nanti abg long padam je nama n muka adik tau! Hihihihi

OK STOP!!SERIUS BALIK!

Brader rasa cukup setakat ini pandangan brader pasal isu yang hot ni.And brader menunggu juga counter-strike daripada pihak mereka.Ngaaaa!!!Larikkk!!!Keh Keh Keh




P/S : Brader suka gaya penulisan macam ni,sentai tak bermakna tak kritis ok??See the content kalau tak suka joke!Hehe


0 comments:

Post a Comment

Penulis tidak akan bertanggungjawab keatas komen yang menyalahi undang-undang.Ada komen,anda tanggung!Sebarang pertanyaan atau maklumat bolehlah menghubungi penulis di braderjai@gmail.com

RANDOM